Keputusan periksa semester 3

Posted: November 12, 2012 in 2012 Semester 3
Tags: ,

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Pertama sekali, aku dah tengok keputusan periksa semester 3 pada hari Sabtu lepas. Pada awalnya nak peram lama sikit. Tapi kemudian, bila dengar kisah adik ipar mengenai keputusannya, yang dikhabarkan oleh isteri… terus bercadang nak tengok keputusan pada hari Jumaat malam Sabtu yang lepas… tapi tak kesampaian sebab sibuk buat hal lain lalu tertidur. Aku tengok keputusan yang diemailkan kepada aku pada pagi Sabtu, bersama isteri di sisi. Aku sendiri yang minta isteri bukakan email tersebut. Saje…, memberi penghargaan kepadanya.šŸ˜€

Pertama kali tengok, aku cari keputusan untuk ECO162.. dan alhamdulillah lulus. Lega sangat… sebab subjek ni yang menyebabkan aku tak lalu makan, mandi tak basah dab sebagainya. Tapi, bila dah tengok result, sama je… makan tetap tak lalu cuma mandi je memang basah. Hehehe… Kemudian tengok pointer, alaaa… turun lagi. Sob sob…šŸ˜¦ Secara automatik, bila GPA dah turun, maka CGPA pun akan turun sama. Tak best, rasa macam nak makan Big Apple je untuk meredakan kekecewaan.. Grr…

Walaupun begitu, walaupun muka aku menggambarkan kekecewaan, isteri tetap mengucapkan tahniah dan meminta aku untuk cuba lagi untuk dapat pointer yang lebih baik di semester yang akan datang. Thanks my love. I know, you believe in me as I believe in myself.

Secara amnya, keputusan aku okay pada pandangan orang lain, tapi tidak bagi aku. Alhamdulillah, aku bersyukur dengan apa yang aku capai, walaupun ia sememangnya tidak mencapai apa yang aku hajatkan. Keputusan aku semakin menurun, menurun di semester 2 dan kali ini menurun lagi di semester 3. Semester 4, aku nak usaha lebih lagi supaya ia naik semula.

Satu subjek iaitu BEL 311 yang membuatkan aku ralat sangat-sangat. Aku hanya mendapat B+. Ye, aku cuma dapat B+ je untuk subjek omputih ni. Aku tak tahu di mana silapnya. Aku amat yakin semasa menjawab soalan di final exam, yang aku telah membuat yang terbaik, dan aku juga yakin yang aku akan mendapat A. Keyakinan itulah yang membuatkan aku untuk tidak membuka keputusan periksa pada hari Jumaat lepas. Tapi nampaknya aku silap, keyakinan aku mungkin terlebih, aku dah berusaha sebaik mungkin yang mana amat aku yakini untuk peroleh A. Tapi Allah lebih mengetahui dan telah menentukan gred yang patut aku dapat.

Hmm… tu je rasanya yang hendak dicoretkan buat masa ni. Pada korang yang lain, yang sudi baca blog aku nih, terima kasih aku ucapkan. Kalau ingin berkongsi alamat blog korang, boleh juga tinggalkan komen di bawah. Insyaallah, akan aku lawati blog korang.

KP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s