Nama pensyarah semester 3

Posted: November 22, 2012 in 2012 Semester 3
Tags:

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semester 3 dan tamat, keputusan periksa pun dah dapat. Sekarang ni hanya menunggu masa untuk daftar untuk semester 4 dan kemudian bolehlah hadir seminar yang dijangka akan bermula pada pertengahan bulan Disember nanti. Bila boleh daftar dan bila kelas akan mula semula? Itu tidaklah diketahui lagi.

Seperti biasa, seperti yang pernah aku lakukan pada semester-semester yang lepas, aku akan menyenaraikan nama-nama pensyarah untuk semester 3 yang lepas. Tujuannya masih sama, aku ingin menyematkan nama-nama mereka yang pernah berjasa dalam hidup aku ini, di dalam blog ini. Sekurang-kurangnya, boleh dibaca dan dikenang semula di kemudian hari.😀

Nama-nama pensyarah tersebut adalah:

1. Ustaz Mahbob Bin Mahfot

Pensyarah ini mengajar untuk subjek CTU241 iaitu Asas Ekonomi Islam. Cara penyampaiannya bersahaja, beliau suka duduk di meja pensyarah sambil menerangkan apa yang ditunjukkan pada slides nota di papan putih. Kelas beliau adalah yang pertama sekali di waktu pagi, nasib baik kami semua masih segar lagi ketika itu, jadi semuanya berjalan dengan lancar.

2. Puan Y. Nurli Abu Bakar

Pensyarah ini mengajar subjek ACC116 iaitu Introduction to Cost Accounting. Beliau hanya meminta kami memanggilnya dengan panggilan Puan Y sahaja. Kulitnya putih bak seorang yang dilahirkan dari keluarga berbangsa Cina. Cara pertuturannya teratur, pengetahuannya amat mendalam dalam subjek ini. Kebetulan aku memang minat dengan pengiraan, jadi semuanya berjalan dengan lancar sepanjang kelas selama 7 kali yang lepas. Alhamdulillah, aku berjaya mendapat gred terbaik, yang aku idamkan.

3. Puan Fatimah Setapa

Puan Fatimah mengajar untuk subjek ECO162 iaitu Microeconomics. Subjek ini boleh tahan susahnya, banyak bab yang perlu dibaca dah difahami. Banyak juga tugasan dan ujian. Alhamdulillah, semuanya dapat aku siapkan sebaiknya, dan mendapat carry mark yang boleh dikira agak baik, tapi tak cukup baik untuk mendapat gred A. Puan selalu membuat perkara menarik untuk mendapat perhatian dari pelajar dalam kelas.

Antara keletahnya yang masih aku ingat adalah, beliau akan berkata, “feeeeewwiiiiittt !” apabila ramai yang lena diulit intan. Hahaha, memang nasib Puan yang mana kelas ini adalah selepas makan tengahari. Tentu sahaja ramai yang mengantuk bila perut sudah terisi. Alhamdulillah, aku dapat memahami apa yang diajar, dan menzahirkannya dalam peperiksaan.🙂

4. Mr Daljit Singh

Mr Daljit mengajar subjek BEL311, iaitu English for acedemic purposes. Perkara yang paling mencabar adalah tugasan menyiapkan term paper. Fuh, nak dapatkan tajuk yang sesuai sahaja sudah berapa lama. Akan tetapi apabila semuanya sudah sedia, tiada banyak masalah untuk siapkan term paper tersebut. Aku agak kecewa dengan keputusan peperiksaan untuk subjek ini. Tak sangka betul, aku hanya mendapat B+. Aku dah yakin sangat yang aku akan dapat A, tapi tidak…. Memang, agak kecewa, bila yang diharapkan tidak menjadi kenyetaan.

Sehari selepas mendapat keputusan peperiksaan, seperti biasa… aku telah menghantar SMS kepada semua pensyarah tersebut, aku ucapkan terima kasih atas tunjuk ajar mereka selama ini…, di samping menyatakan apa gred yang aku dapat untuk subjek yang mereka ajar. Aku nak mereka rasa diri mereka dihargai, walaupun dengan ucapan yang tak seberapa itu. Ini memang biasa aku lakukan pada setiap semester. Insyaallah, akan aku kekalkan hingga bila-bila.

KP

Comments
  1. Asyraf Saufi says:

    salam. ada no puanrayy y x?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s