Sambung tengok Naruto Shippuuden

Posted: November 30, 2012 in 2012 Semester 4
Tags:

Fuh, kenapa kali ini aku cerita pasal Naruto pulak?

Sebenarnya, aku dah pun mengikuti anime Naruto ni sejak sekian lama. Kini ia disambung ke musim terkini iaitu Naruto Shippuuden. Aku pernah ceritakannya di post ini. Kalau dilihat pada post bulan March 2012 tersebut, aku hanya sempat menonton sehingga episod 254, dan semalam aku baru sahaja menonton episod 270. Ye, dari bulan Mac hingga ke hari ini (bulan November), aku hanya sempat menonton kira-kira 16 episod sahaja. Teruk kan aku? Nak habis tengok 16 episod pun ambil masa 7 bulan. Hahah… Camtulah kehidupan seorang pelajar yang sudah berkeluarga, dan bekerja.

Kalau diikutkan kepada episod terkini yang dikeluarkan oleh penerbit anime ini, episod terbaru adalah episod 290. Maknanya ada sebanyak 20 episod lagi aku boleh tengok sepanjang cuti semester ni. Banyak lagi masa ni… Kelas pertama pun, 30 Disember nanti. Ada masa lebih kurang sebulan lagi.

Kebaikan menonton anime ini? Pada aku, ia banyak membari mesej berfaedah kepada aku untuk terus berusaha mencapai apa yang aku nak. Seperti karektor Naruto itu sendiri, dia terus berusaha untuk menjadi Hokage suatu hari nanti, itu impiannya sejak dia kecil lagi, walapun dia menyedari ia bukannya mudah. Ini adalah kerana, dia adalah anak yatim piatu sejak kecil lagi, dan harus berjuang untuk terus hidup di dalam komuniti yang memandang rendah pada dirinya.

Di sini, dapat kita lihat kesungguhan Naruto, dengan keazaman yang tinggi untuk meningkatkan taraf pengusaannya dalam seni mempertahankan diri, hingga dia berjaya menjadi seorang yang kuat, mempunyai ilmu pertahan diri yang tinggi, lalu berjaya menyelamatkan seluruh penduduk kampung halamannya dari serangan musuh.

Memang, kadang-kadang aku sendiri tak sedar yang aku dah tekan next, kemudian next episod lagi beberapa kali, walaupun jam di dinding dan menunjukkan lewat dinihari. Semangat punya pasal, walaupun mengantuk takde hal lah.

Teruskan berusaha…. Cayalah Naruto, cayalah KP !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s