Kelas sem 4, tiga hari lagi

Posted: December 27, 2012 in 2012 Semester 4
Tags:

Assalamualaikum, fuh terasa lama sangat tak tulis apa-apa ke dalam blog ni. Yelah, alasan lapuk – sibuk. Kihkih…. Alhamdulillah, dah selesai hal-hal yang berkaitan dengan pendaftaran dan bil untuk semester 4 ni. Kena selesaikan 2 perkara tu dulu, baru senang nak buat mende lain.

Beberapa hari je lagi kelas akan bermula, rasa macam singkat je masa yang ada sekarang. sibuk dengan keluarga, dengan kerja, dan belajar. Ni pun rasa macam nak cuti, nak rehatkan badan je, tapi mana boleh lagi… Macam-macam hal yang mendatang kebelakangan ni. Tapi alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya.

Jenguk kat i-class, dah bermacam post terbaru dari pensyarah. Setakat ni hanya 2 subjek yang banyak post iaitu BMD101 dan ECO211. Dua lagi subjek yang lain, tiada apa-apa lagi. Mungkin pensyarah masih sibuk. Tapi kalau diikutkan, sepatutnya dah ada post, sebab kuliah untuk pelajar sepenuh masa dah lama bermula. Jadi, aku yang pelajar luar kampus ni sepatutnya dah ada sesuatu untuk dimulakan, walaupun kelas hanya akan mula 30hb Disember ini nanti.

Aku dah lama dah ambil buku (modul) dari Dwelling 6, InED tapi masih belum baca lagi. Yep, masa menjadi penyebabnya. Kihkih… Insyaallah, sehari dua ni bolehlah mula baca sikit subjek ECO211 sebab pensyarah pun dah mula suruh baca, jadi takde lah terkebil-0kebil bila datang ke kelas hari Ahad nanti.

Orait, masa untuk tekan ‘publish’, sebab dah lebih sehari post ni tersimpan kat dalam draft.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s