Semester 4: Seminar 1

Posted: January 4, 2013 in 2012 Semester 4
Tags:

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua yang sudi membaca blog ini.

Hari Ahad lepas, 30hb Disember 2012, berlalulah sudah seminar pertama untuk semester 4 ini. Pada paginya, saya bertolak dari rumah agak awal, dalam pukul 7.45 pagi. Hajat di hati nak sampai awal, nak baca nota sedikit sebelum kelas bermula. Yelah, semenjak dua ni memang sibuk sangat, tak sempat nak baca buku (modul) yang telah diambil sejak sekian lama. Buku tersebut hanya terbiar camtu sahaja, tidak terusik.

Sampai ke kelas lebih kurang 8.15 pagi rasanya. Terus menuju ke kelas AC666. Depan kelas berjumpa dengan Hanafi, dia sampai awal. Tanya kat dia, sama ada betul ke kelas yang saya tuju ni. Dia kata betul. Okey… Masuk ke kelas dah ada beberapa orang pelajar, yang kesemuanya tidak saya kenali. Terfikir jugak di hati, “salah kelas ke? Ah, duduk je lah…”. Saya pun duduk di barisan ke empat dari depan, sempat juga menegur seorang pelajar lelaki (yang kemudiannya dikenali sebagai Eqram), dan mula membuka buku Fundamental of Insurance, sebab subjek ni yang pertama sekali. Tak dapat nak menumpukan perhatian sebab ramai yang keluar dan masuk ke kelas. Sudahnya saya tak baca apa pun, baca dan selak sikit-sikit macam tu je.🙂

Lebih kurang pukul 8.45 pagi, masuk seorang perempuan berpakaian biasa, seperti seorang pelajar, lalu meletakkan beg tangannya di meja hadapan, di meja pensyarah. Saya agak, “tentu pensyarah, muda lagi…”. Kemudian beliau keluar semula dan masuk lebih kurang 5 minit kemudian. Selepas itu, memang sah yang beliau adalah pensyarah untuk subjek INS312 Fundamental of Insurance. Puan Faziatul Amilia namanya. Sedap nama. Ehehhe..😀

Kelas berlalu dengan amat menarik sekali. Walaupun banyak perkara yang perlu difahamkan, tetapi beliau pandai menyampaikannya. Pada mulanya saya menjangkakan akan ada pengiraan dalam subjek ini, tapi tiada lagi setakat ini. Kalau ada pengiraan, menarik sedikit, tidaklah terlalu bosan membaca sahaja untuk pemahaman.

Selepas itu, kelas Statistik (QMT181) bermula pada pukul 10.45 pagi.  Kami terpaksa berpindah ke kelas AC669, selang beberapa kelas sahaja dari kelas INS312 tadi. Dalam kelas dah ada beberapa orang lain, yang mana mereka mengambil subjek ACC116, ketika kelas statistik tadi. Saya dah ambil subjek ini semester lepas. Puan Norezatty sebagai pensyarah mengajar menggunakan slides. Banyak perkara diterangkannya, macam banyak mende je nak baca. Oh…

Selepas makan tengahari, jam 2.00 petang, kelas bahasa Mandarin (BMD101) bermula. Kelas ini memang amat menarik. Rata-rata pelajar yang ambil subjek ini, teruja dengan apa yang bakal kami pelajari. Pensyarahnya, Mr Leow Hong Ping pandai mengajar. Beliau mengunakan bahasa inggeris dan melayu semasa mengajar. Banyak yang dipelajari, antaranya ialah, “Ni hao Ma” yang bermaksud “Apa khabar?”. “Ni jiao Shenme Mingzi?” yang bermaksud “Siapakah nama kamu?”. Bukan setakat mengajar, kami juga diminta untuk mengikuti sebutan-sebutan yang ditunjukkan. Dah macam budak tadika yang baru belajar ABC. Kena sebut perkataan-perkataan macam “Bo”, “Po” dan macam-macam lagi. Kena ngangakan mulut luas-luas. Lawak-memang lawak, kami gelak banyak masa kelas ni. Tapi macam tulah kalau nak sebut perkataan Mandarin dengan betul.

Selepas itu, kelas Macroeconomy, ECO211 bermula pada pukul 4.15 petang. Masa ni badan dah letih dah. Pagi tu bangun awal, mungkin teruja nak kelas pertama bagi semester 4 ni. Banyak masa saya terlentok keletihan, cuba juga menundukkan muka supaya tak nampak macam orang tertidur, tapi rasanya Puan Aisah faham. Ramai juga yang layu nampaknya pada hari tersebut. Tak banyak yang masuk ke fikiran. Sudahnya, bila Puan minta kirakan GDP pun saya tak tahu bagaimana. Isk…

Camtulah lebih kurang catatan kelas Ahad lepas. Hari Ahad minggu ni ada lagi seminar ke-2. Tak sedia lagi ni, nak hantar 2 kuiz untuk subjek BMD101 dan ECO211. Cuba baca sikit tadi, tapi macam tak masuk je. Sudahnya post ini juga yang terhasil. Ehehehhe…🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s