Semester 4: Seminar 3

Posted: February 5, 2013 in 2012 Semester 4
Tags:

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua yang sudi singgah di sini. Post seperti ini kebiasaannya akan ditulis selepas satu-satu seminar, tapi akhir-akhir ini semangat untuk menulis kian luntur.😦

Pada seminar ketiga yang lepas, tak banyak perkara yang menarik berlaku dan aku sendiri pun sudah agak lupa apa yang telah berlaku. Yelah, sudah 3 minggu seminar tersebut berlalu, dan ingatan aku kini tidak lagi sebaik dahulu… Satu petanda normal, aku dah semakin berusia…🙂

Pada hari tersebut, keempat-empat subjek berjalan seperti biasa. Di sebelah pagi, ada test 1 QMT181. Soalan yang diberi agak senang. Tiada pengiraan perlu dilakukan. Yang paling kukuh di ingatan aku ialah apa yang telah berlaku semasa subjek BMD101. Ada quiz dan listening test.

Kuiz bahasa mandarin itu biasa sahaja tapi yang paling mencabar ialah semasa menjawab soalan listening test. Ada 20 soalan kesemuanya. Kami diminta untuk mendengar petikan dari CD dan kemudian perlu jawab soalan yang ditanya. Walaupun didengarkan pilihan untuk jawapan A, B C, atau D, tapi ramai antara kami yang masih buntu. Aku? Tentu sekali tergapai-gapai keliru, oh teruknya prestasi aku !

Listening test tersebut semacam terlalu pantas, tidak sempat kami menangkap apa yang dibicarakan. Masa tu baru sebulan rasanya belajar bahasa ni. Masih baru lagi, macam tak sesuai masa untuk test ini dilakukan. Ada satu ketika, aku tidak pasti aku berada di soalan yang keberapa. Begitulah ganasnya test tersebut. Aku tidak menjangkakan markah yang tinggi, sebab memang tidak yakin langsung dengan jawapan aku. Tengoklah nanti, berapa yang aku dapat.

Selepas kelas ECO211 habis, aku sembahyang Asar di tingkat yang sama, ada surau di tingkat 6. Surau ini kecil sahaja ruangnya, tapi masih cukup untuk memuatkan lebih kurang 4-5 orang sembahyang berjemaah pada satu–satu masa. Selesai sembahyang, kami ke satu restoran mamak tidak jauh dari situ. Tak ingat di seksyen berapa. Aku pernah ke situ semasa semester 2 dahulu. Kali ini, adalah kali kedua aku ke sana. Sempatlah menjamu selera minum petang dengan Naqib dan Hafizal. Aku pekena teh tarik dan roti telur. Naqib lagi dasyat, dia order sama macam aku, yang lebihnya dia makan sekeping lagi roti canai.😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s