Oh ujian lisan mandarin

Posted: February 15, 2013 in 2012 Semester 4
Tags:

Assalamualaikum… Jam menunjukkan sudahpun pukul 1.21 pagi. Pada ketika ini, ahli keluarga yang lain sudahpun lena diulit mimpi masing-masing. Aku masih mengetuk papan kekunci komputer riba ini, cuba untuk mencoretkan sesuatu di sini.

Hmmm, semakin hari debaran di dada kian terasa. Hari Ahad nanti, seminar ke-5 bakal berlangsung. Banyak perkara perlu dilakukan sebelum menghadiri seminar tersebut. Antaranya ialah aku perlu siapkan diri untuk ujian pertama bagi subjek insurans. Ketika ini, aku masih tidak lagi bersedia. Sebelum ini sudah pun menyiapkan beberapa nota untuk bab 1 hingga 4. Itu sudah lama berlalu, rasanya dalam 2-3 minggu lepas. Kini, aku dah lupa apa yang dicatatkan. Aku perlu rujuk semula buku dan nota tersbut, tinggal masa 2 hari sahaja lagi. Insyaalah sempat.

Tentang tugasan 1, aku rasa aku memang tak dapat nak siapkan dalam masa yan singkat ini. Aku bercadang untuk tinggalkannya sahaja, siapkan dan hantar kemudian nanti. Masa kelas insurans nanti, aku bercadang nak jumpa Puan Amilia, nak beritahu yang aku tak sempat nak siapkan tugasan tersebut dan minta kebenarannya untuk hantar sedikit lambat. Semoga beliau memahami…🙂

Bagi subjek mandarin pula, banyak juga perkara yang bakal berlaku pada hari Ahad nanti. Antaranya ujian lisan yang terasa seramnya lain sangat, dan ujian mendengar ke-2. Sebanyak 30 soalan dan 30 jawapan bagi soalan-soalan tersebut yang perlu aku hafal atau fahami. Laoshi (cikgu/pensyarah) akan memilih 5 soalan dari 30 soalan tersebut dan memberikannya kepada setiap orang. Tentunya secara rawak. Aku tak tahu soalan apa yang bakal aku dapat. Jadi, nak atau tidak, aku perlu hafal kesemua soalan dan jawapan bagi seoalan-soalan tersebut.

Ujian mendengar ke-2 pula tidak kurang seramnya. Ketika ujian lisan pertama sebelum ini, teramat lah susahnya untuk menjawab soalan-soalan yang ditanya. Aku tidak menjangkakan markah yang tingi.😦 Susahlah macam ni, harapan untuk dapat markah tinggi untuk subjek  ini memang tipis sekali. Gulp !

 

Comments
  1. krizevci.org says:

    owzmv qllim velm xasu wxdgt.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s