Semester 4: Seminar 5

Posted: February 28, 2013 in 2012 Semester 4
Tags: , ,

Hari ni adalah hari terakhir untuk bulan Februari. Hampir 2 minggu lepas, iaitu pada 17hb Februari 2013, seminar ke-5 telah pun berlalu. Pada hari tersebut, hanya ada 3 kelas sahaja kerana pensyarah untuk subjek ECO211 tiada kerana beliau telah pergi menunaikan umrah. Kelasnya ditunda ke 23hb Februari.

Sebelah pagi, semasa kelas insurans Puan Amy telah memberi kami ujian 1. Kesemuanya soalan esei yang diambil dari peperiksaan semester-semester sebelumnya. Hari-hari sebelumnya, aku telah sibukkan diri dengan mengulangkaji subjek ini. Kalau soalan MCQ (Multiple Choice Question), senang nak jawab. Tapi kali ini, ujian tersebut adalah berdasarkan soalan esei. Hendak atau tidak, aku kena ingat point-point penting yang biasa keluar dalam peperiksaan.

2 soalan pertama agak senang, itu bagi aku sebab aku dah baca tentang soalan ini. eheheh…🙂 2 soalan selebihnya aku tak pasti sebab mungkin aku tak baca, dan juga mungkin ada point yang aku tak faham dan mungkin susah nak jawab. Sudahnya, aku buat keputusan untuk jawab soalan 1 dan 2. Soalan pertama menanyakan tentang fundamental dan particular risks, beserta contohnya sekali. Kira kacang jugak nak jawab sebab dah sedia lah katakan. hahahah… untuk soalan 2 pula tentang mmm.., ntah aku dah lupa.

Kelas selepas itu, kelas QMT181 iaitu Statistik. Kelas ni pun agak berat jugak bagi aku. Nak kata pensyarah ngajar laju, tak juga. Nak kata aku tak paham, tak juga. Masalahnya, aku masih lagi tak dapat menguasai subjek ini. Banyak dah sebenarnya beliau letak tutorial di i-class, cuma aku jer yang tak sempat buat dan ikut apa yang diajar. Ye, salah aku… aku mengaku.

Lepas makan, kelas mandarin pulak. Aku tak tahu kenapa, aku suka sangat dengan kelas bahasa ketiga ini. Mungkin sebab ia benda baru bagi aku, jadi seronok belajar bahasa baru. Mula-mula dulu, masa kelas pertama dan kedua memang banyak yang aku tak faham, tapi kini setelah banyak berusaha, dengar CD yang diberi dengan buku manual, dan penglibatan dalam i-class, fuh alhamdulillah. Banyak yang aku dah faham.

Kali ini, kami kena menjalani ujian oral, iaitu kena bertanya dan menjawab soalan dalam bahasa mandarin. Soalan untuk ujian oral ini telah diberikan kepada kami sejak awal semester lagi. Seminggu sebelumya, aku dah mula cuba memahami dan menghafal soalan yang diberi, dan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut. Pada awalnya memang terasa agak seram, meremang juga bulu roma mengingatkan dasyatnya ujian ini. Betul…, terasa seram sejuk sungguh. Aku perlu banyak praktis… dan alhamdulillah… lama-kelamaan aku okey, dah boleh menguasai kedua-dua bahagian soalan dan jawapan.

Caranya ujian ini dijalankan adalah begini, Laoshi (cikgu) akan memanggil 2 orang secara rawak dari senarai nama. Kemudian beliau akan memberikan 5 soalan kepada setiap orang yang dipanggil tadi. Soalan yang diberi adalah dalam bahasa melayu. Setiap pelajar perlu menanyakan soalan tadi di dalam bahasa mandarin kepada pelajar yang seorang lagi. Tidak boleh tulis atas kertas soalan, jadi kena ingat dan hafal dalam hati sahaja. Setiap soalan dan jawapan diberikan 2 markah maksimum. Maknanya, jika dapat bertanya dan menjawab kesemua 10 soalan tersebut dengan jayanya, aku boleh dapat markah penuh, 20 markah.

Pelajar lain perlu berada di luar kelas. Cuma mereka yang dipanggil sahaja, perlu berada di dalam kelas. Masa giliran aku sampai, aku masuk ke kelas bersama Qamar. Yep, dia parner aku untuk ujian ini. Aku menjadi orang pertama yang perlu bertanyakan soalan kepada Qamar, dan Qamar perlu jawab soalan yang aku tanya. Kemudian tukar, Qamar tanya aku pula, dan aku jawab.

Semuanya berjalan dengan lancar. Cuma satu bahagian soalan sahaja, aku tak berapa yakin dengan ayat apa yang perlu digunakan. Ketika itu, Laoshi bantu aku dan disebabkan itu aku tidak dapat markah penuh, kurang setengah markah. Keseluruhannya, aku mendapat 19.5/20 markah. Alhamdulillah… Aku keluar kelas senyum je, sebab pelajar-pelajar lain yang masuk sebelum aku, kesemuanya mendapat markah sedikit kurang dari aku,😀

Erwan lagi hebat. Dia dapat 20/20 markah. Jeles aku. Nak buat gane (bak kate orang Ganu), dia memang dah lama guna bahasa orang cina ni. Kalau tak silap, semasa kecik dahulu dia sekolah di sekolah jenis kebangsaan cina.

Lebih kurang sebulan sahaja lagi peperiksaan final akan bermula. Aku plan minggu ni nak siapkan segala tugasan yang ada, lepas tu nak concentrate dengan buat mind map x-mind, dan cuba buat soalan-soalan tahun lepas. Tak banyak lagi masa yang tinggal, aku tak boleh leka dah.

Go go go KP !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s