Tips menjawab soalan periksa ECO211 March 2013

Posted: March 28, 2013 in 2012 Semester 4
Tags: ,

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selepas sembahyang Subuh sebentar tadi, teringat kepada keluhan beberapa sahabat seperjuangan yang telah mereka luahkan di Facebook, melalui telefon dan juga SMS. Teringatkan perkara itu, saya terfikir… bagus juga jika saya kongsikan cara saya cuba ‘menakluki’ subjek ini. Mudah-mudahan bolehlah kita sama-sama score A subjek Macroeconomic ini. Hehe… target kena tinggi, ye dak?🙂

Baiklah… jom kita mulakan.

Bahagian A: Soalan objektif

Soalan berbentuk MCQ (Multi Choice Question) sebanyak 20 soalan, yang mana sudah ada 4 jawapan diberikan tetapi perlu pilih yang mana satu yang betul. Hendak hentam keromo, memang tak patutlah, tapi boleh juga kalau tiada pilihan lain. Hehe…🙂 Bagi saya, cara untuk jawab soalan MCQ ini adalah dengan membaca nota, kalau larat… sampai habis. Dengannya, akan faham keseluruhan subjek dan senang untuk menjawab. Tiada cara lain.

Bahagian B:

4 soalan dari pelbagai tajuk. Apa yang saya lakukan ialah, saya senaraikan sub-topik apa yang ditanya satu-persatu, dari atas ke bawah. Saya mulakan dengan soalan dari semester lepas iaitu October 2012.

Soalan 1: berkenaan International Trade, saya labelkan dengan ‘Trade’.
Soalan 2: berkenaan ‘GDP’, saya tulis ‘GDP’ (ikut pemahaman saya, lain orang lain cara)🙂
Soalan 3: mengira ‘National Income Equilibrium’. Saya labelkan sebagai ‘NI’.
Soalan 4: mengira M1, M2 & Trade. Saya labelkan sebagai ‘Money & Trade’.

Selepas itu, saya lihat pula kepada bahagian soalan yang sama, dari kertas periksa March 2012. Saya senaraikan sub-topik yang ditanya, di sebelah kanan Oct 2012 tadi. Akhirnya, ia akan jadi seperti contoh di bawah ni:

Bhgn B ECO211

Bila dah nampak patern soalan (yep, soalan dari sub-topik yang sama diulang), bolehlah tumpukan kepada soalan satu persatu. Baca dan cuba fahamkan nota dan contoh di dalamnya, kemudian bolehlah cuba menjawab soalan-soalan tahun-tahun lepas. Buat satu persatu. Katalah saya mulakan dengan International Trade. Baca, dan tengok cara penyelesaian dalam nota, dan kemudian cuba buat soalan dari semester-semester lepas. Kalau dah dapat buat soalan dari satu semester, kemudian bolehlah beralih kepada soalan dari sub-topik yang sama dari semester berikutnya.

Ulang cara yang sama untuk topik GDP pula, dan seterusnya sampai ke soalan 4. Insyaallah, boleh faham cara jawab soalan bahagian B ni lepas buat beberapa soalan dari setiap bahagian. Sedikit keyakinan akan terasa di hati dan sinar harapan akan nampak semakin terang, insyaallah…

Bahagian C & D:

Soalan esei. Saya senaraikan kesemua soalan, satu persatu mengikut tahun. Dari sini, akan dapat dilihat corak atau patern tentang bagaimana soalan itu ditanya dari tahun ke tahun. Contoh: Soalan 1 dari bahaian C October 2012, bertanyakan berkenaan ‘Macroeconomic objective from the convetional perspective’. Jika dilihat kepada semester-semester sebelumnya, soalan yang sama ditanya pada semester April 2010. Soalan lain juga hampir begitu, diulang dari semester-semester sebelumnya.

Bagi saya, saya gunakan program Xmind untuk senaraikan soalan-soalan tersebut. Saya pernah buat satu tutorial mengenainya di sini. Letak kesemua soalan tersebut pada satu muka surat dan kemudian cetak. Lepas tu, boleh guna highlighter untuk highlight soalan-soalan yang diulang. Dah siap, bolehlah tumpukan buat nota ringkas tentangnya dan praktis untuk jawab. Jika mahu muat turun fail yang saya dah siapkan, bolehlah klik di sini. Saya kongsikan melalui file hosting Mediafire.

Itulah cara saya. Semoga bermanfaat pada yang sudi membaca. Saya doakan anda semua akan dapat jawab soalan-soalan dengan tenang dan betul semasa periksa hari Sabtu, 30hb Mac nanti. Doakan saya sama. Terima kasih.😀

Comments
  1. liyana says:

    satu cara yang cukup baik.. bagus nya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s