Nama pensyarah semester 4

Posted: June 20, 2013 in 2012 Semester 4
Tags:

Assalamualaikum….

Hari ini teringat yang aku belum lagi menyenaraikan nama pensyarah bagi semester 4. Ini adalah satu rutin yang biasa aku lakukan di setiap semester.

Baiklah, mari mulakan.

ECO211 Puan Noraisah Ahmad

Pada awal perkenalan, di kelas pertama Puan Aisah kelihatan amat tegas, dan juga garang. Tak banyak senyuman terukir di wajahnya. Beliau amat tegas dalam penghantaran tugasan, tidak boleh lambat. Jika lambat tidak akan diterima. Ada sekali tu, aku memang tak sempat buat tugasan 2. Ramai juga pelajar lain yang sebegitu. Dalam kelas, kami sibuk tiru jawapan orang lain. Dan pada masa yang sama, Puan dah mula nak beri jawapan. Aduh… Ramai yang keluar kelas untuk siapkan, dan tak ramai yang tinggal untuk dengar seminar pada hari itu.

BMD101 Mr. Leow Hon Ping

Di awal pembelajaran, aku susah nak faham apa yang diajar. Yelah, bahasa lain dari bahasa yang biasa aku gunakan seharian. Tetapi kemudian selepas beberapa kelas berlalu, dan selepas aku gagahkan diri… dapat juga aku kuasai bahasa mandarin ni. Leow Laoshi banyak membantu, di dalam kelas dan juga di dalam i-class. Beliau banyak memberikan latihan di i-class. Beliau pandai mengajar. Aku suka caranya, hinggakan aku beritahu dia melalui SMS yang aku harap dia akan mengajar lagi untuk bahasa mandarin tahap 2. Tetapi itu tidak akan menjadi kenyataan, sebab memang pengajar lain yang akan mengajar aku nanti.

INS312 Puan Faziatul Amillia Mohamad Basir

Puan Amillia muda lagi, lagi muda dari aku. Cara beliau mengajar juga amat menarik, dengan suara yang pandai menambat hati mereka yan mendengar.šŸ™‚ Beliau boleh dan senang dibawa berbincang dan alhamdulillah, aku dapat score A untuk subjek ini.

QMT181 Puan Norezatty Mohd Yusop

Beliau mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam subjek statistik. Sempat juga aku dan beberapa rakan lain berbincang dengannya semasa kelas terakhir, agak lama juga dalam setengah jam. Kami bincangkan tentang bagaimana untuk membuat 3 atau 4 moving average. Alhamdulillah, semasa periksa aku dapat jawab soalan bab ini dengan yakin sekali.šŸ™‚

Comments
  1. zufa says:

    Salam. Saya pelajar tahun akhir di uitm seremban 3. Saya ingin bertanya, bagaimanakah cara atau prosedur yang perlu saya lakukan untuk saya baiki keputusan exam. Untuk pengetahuan tuan, saya tidak ada sebarang repeate papet cuma saya ingin mengambil semula subjek bagi membaiki cgpa saya. Respon tuan, saya ucapkan terima kasih

    • KP says:

      Salam Zufa. Dah tahun akhir, bagus tu.

      Banyak cara nak naikkan pointer (CGPA). Walaupun result bagus (GPA), dapat 3.5 ke atas, tapi CGPA cuma biasanya naik 0.01 hingga 0.03 sahaja, lebih kurang. Sebab itu sebaiknya kena dapatkan CGPA yang baik/tinggi dari awal semester lagi.

      Pernah juga terdengar, boleh ambil semula subjek yang markahnya rendah untuk dapatkan markah lebih baik, untuk naikkan pointer CGPA tapi saya tak pernah buat lagi setakat ni. Ada juga result saya yang dapat B, B-… tapi saya biarkan sahaja lah. Concentrate dengan subjek lain yang boleh score A, dapatkan GPA tinggi. Secara tak langsung, CGPA pun akan naik sama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s