Semester 5: Seminar 2

Posted: July 15, 2013 in 2013 Semester 5
Tags:

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Hari ini adalah hari ke-6 aku berpuasa pada bulan Ramadhan tahun ini. Sekejap je rasanya… dah 6 hari. Tak lama lagi dah raya, pastu raya haji, pastu hujung tahun, pastu semester 6 bla bla bla… memang kejap sangat.

Isk, apa cerita tentang masa lak ni? Okey, kembali kepada tajuk asal. Hari Ahad minggu lepas (7hb julai), seminar ke-2 telah pun berlalu. Macam biasa, kelas pertama adalah kelas bahasa mandarin, BMD151. Ms Huang (tak tahu kenapa dipanggil dengan nama ini, tapi nama beliau yang sebenar adalah Wee Chin Fang), belum sampai lagi. Jadi, aku kira aku awal, tidak seperti minggu lepas.

Kelas berlalu seperti biasa, tiada apa yang luar biasa… cuma kali ini beliau tidak meminta sesiapa membuat ayat dan kemudian tanya seorang demi seorang seperti kelas minggu sebelumnya… tiada. Cuma sekali je dia cabar siapa yang boleh buat ayat menggunakan petikan dalam buku, akan mendapat 2 markah. Naqib dengan beraninya telah menyahut cabaran itu. Tabik la dengan mamat sorang ni. Aku tak berani sangat, kih kih… tak sedia sebenarnya. Haha..

Kemudian, kelas MGT300. En Zambri ajar laju sungguh hari itu. Hingga habis sampai bab 8. Lepas itu, beliau umumkan yang kelas seterusnya akan ada ujian 1, sehingga bab 8. Aduh, banyak tu nak baca. Nasib baiklah kelas lain takde apa sangat, kalau tidak… fuh.

Lepas makan tengahari, kelas ECO261 bermula walaupun agak lambat, lebih kurang dalam pukul 2.30 petang. Itu adalah kelas pertama untuk subjek ini, sebab minggu sebelumnya, tiada. Puan Zuraidah pandai bercerita. Seronok dengar dia cerita tentang dia semasa dia belajar dahulu. Dia ceritakan tak ramai yang dapat ijazah kelas pertama. Ini yang buatkan aku semakin bersemangat ni. Nak buktikan, yang aku pun boleh… insyaallah.

Selepas itu, kelas LAW299 pula. Best pulak kelas ni pada hari tersebut. Yang lainnya dengan pensyarah subjek ni (Puan Che Audah), dia akan meminta seseorang membaca kes mahkamah, kemudian dia akan terangkan dengan lebih terperinci lagi. Lepas tu, dia akan minta seorang yang lain pula untuk baca kes seterusnya. Ramailah juga yang kena baca, termasuk aku. Okey la jugak dia buat camtu, hilanglah jugak ngantuk di mata. Kalau tidak, ke lautlah apa yang ddisampaikan. Yelah, begitulah nasib kelas yang ke-4, kebiasaannya. Para pelajar dah banyak terima input sejak dari pagi. Jika hanya mendengar sahaja, alamatnya…

Itu je yang mampu aku ingat pada hari ini. Dah seminggu dah. Sepatutnya dah lama dah aku catatkan dalam blog ni. Tapi disebabkan sibuk (eheheh), pada hari ke-8 selepas kelas sahaja lah aku coretkan semua ini.

Semoga berjumpa lagi di lain kali. Tata titi tutu…đŸ™‚

Comments
  1. iela says:

    Salam, boleh tanye x saudara ade x buku untuk ACC116 Modul kalo ade lebih dr tu pun bagus, kalo ade saya nk beli…

    terima kasih.

    • KP says:

      Salam, buku nota ACC116 (modul dari InED) memang masih ada dalam simpanan saya. Saya ingin simpan buku tu sebab senang nak buat rujukan di kemudian hari jika ada yang berkaitan dengannya nanti. Boleh ambil buku ini dari InED, free je.

      Siapa yang ajar subjek ni sem ni? Kalau dari Puan Y seperti saya dahulu, beliau biasanya sediakan satu koleksi soalan tahun-tahun lepas beserta jawapan. Bagus buku ni sebab akan yakin bila buat past year questions.

      KP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s