Semester 5: Seminar 4

Posted: August 6, 2013 in 2013 Semester 5
Tags:

Assalamualaikum dan salah sejahtera,

Ahad lepas, selesailah sudah seminar keempat untuk subjek LAW299. Hanya subjek ini sahaja yang telah ada 4 seminar, manakala 3 subjek yang lain masih dengan 3 seminar.

Kelas bermula pada 4.15 petang, di hari puasa yang ke 26 di bulan Ramadhan. Aku tak pasti sama ada ia adalah hari yang ke-26 atau ke-27. Aku agak 26 sebab hari Rabu ini dijangka adalah hari yang terakhir aku berpuasa di bulan Ramadhan tahun ini. Hari Khamis, 8hb Ogos 2013 dijangka raya.

Pada mulanya, Puan Che Audah telah berjanji untuk melakukan ujian 1 pada hari tersebut, tapi memandangkan ramai yang tidak hadir, beliau telah menunda ujian tersebut ke seminar yang akan datang. Bagus juga, sebab aku bukanlah sedia sangat nak ambil ujian itu, walaupun ianya dalam bentuk MCQ.

Sudahnya, 2 jam tersebut hanya dihabiskan dengan perbincangan tentang topik “Law of Agency”. Banyak perkara yang aku tak faham dengan subjek ini. Salah satu sebabnya adalah bahasa yang digunakan agak kompleks, ia semacam tidak sepadan dengan pelajar diploma yang rata-ratanya bukanlah arif sangat dengan perkataan inggeris yang baru, dan agak susah difahami.

Macam aku, nak atau tidak, kenalah membaca sambil bertemankan kamus En-BM di sisi (ketika di rumah). Nak buat bagaimana, kalau setakat baca je, tapi tak faham, tak guna jugak.

Hari ni hari terakhir aku kerja dalam bulan Ramadhan ini sebab esok aku dah mula cuti. Malam ini bercadang nak bertolak balik ke kampung. Plan di hati, nak bawa buku balik ke kampung. Sambil-sambil berehat tu bolehlah jengok sikit-sikit buku, insyaallah kalau sempat. Kena buat macam ni, kalau tidak tak tahulah camana nak habiskan baca buku-buku yang 4 buah tu. Huhu…

Go, go go KP !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s