Semester 5: Seminar 5

Posted: August 26, 2013 in 2013 Semester 5
Tags: ,

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Ahad, 18hb Ogos, berlalulah seminar ke-5 untuk semester ini.

BMD151, kami perlu melakukan ujian lisan (oral test) pada hari tersebut. Setelah menunggu beberapa ketika, sebab ramai yang datang lambat, test pun bermula. Aku secara sukarela menjadi orang pertama yang membuat ujian lisan ini pada pagi tersebut.  Untungnya menjadi orang pertama ini adalah kerana Ms Huang menjanjikan 2 markah tambahan bagi sesiapa yang berani sahut cabaran. Pada ketika itu ramai yang kelihatan tidak sedia. Jadi, beliau menawarkan 2 markah tambahan pada sesiapa yang berani. Aku tidak melepaskan peluang ini. 2 markah percuma adalah sesuatu yang bagus, peluang aku untuk mendapat A bagi subjek ini semakin cerah.

Setelah semua pelajar lain keluar, hanya tinggal aku dan Ms Huang di dalam kelas. Ms Huang duduk di meja pensyarah manakala aku duduk di kerusi, di meja di hadapannya. Kalau ikutkan gugup, gementar, dan lain-lain perasaan… memanglah ada, tapi aku cuba untuk ketepikan perasaan tersebut. Mahu atau tidak, ujian ini perlu dilakukan juga. 20 markah yang diperuntukkan, bukanlah sedikit. Jadi aku perlu buat yang terbaik. Malam sebelumnya, dan sepanjang perjalanan ke kelas tadi, aku telah cuba untuk menghafal setiap butir patah perkataan, dan alhamdulillah kuranglah sedikit perasaan gugup tu bila dah dipraktikkan banyak kali.

Setelah mengisi nama, nombor matrik, dan tandatangan di kertas kehadiran, Ms Huang minta aku mula. Aku kemudian terangkan tentang apa yang akan aku perkatakan. Aku nyatakan yang aku akan bercakap mengenai ‘kan yishen’ iaitu bermaksud ‘berjumpa doktor’. Kemudian aku sebut satu persatu kesemua 10 ayat yang telah aku hafal. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar, aku dapat sebut kesemuanya dengan jayanya. Kemudian tiba pula giliran Ms Huang untuk menyoal aku. Soalan pertama, beliau menanyakan kenapa aku pergi ke klinik. Aku tidak tahu kenapa aku sebut ‘meiyou’ yang bermaksud ‘belum’… sepatutnya aku sebut ‘yinwei’ untuk ‘kerana’ untuk menjawab soalan tersebut. Aduh…

4 soalan seterusnya aku dapat jawab dengan agak baik, alhamdulillah. Selesai pun. Aku cuba untuk mengetahui berapa markah yang aku dapat, dengan menanyakannya pada beliau, tapi nampaknya beliau tidak mahu berkongsi maklumat itu. Tidak mengapa, aku rasa aku dapat markah yang agak baik, insyaallah jika diizinkanNya. Aku kemudiannya keluar dari kelas, dan Dayang pula masuk.

Orang ketiga yang masuk ke kelas adalah Erwan. Selepas itu, agak lama juga tiada sesiapa yang masuk, mereka nampaknya tidak bersedia. Berang juga Ms Huang…, yelah mungkin disebabkan menunggu lama. Ramai nampaknya yang memang tidak sedia. Ada yang baru nak cuba menghafal, ada yang baru tanya soalan, tips dan sebagainya. Beginilah, macam-macam kerenah pelajar PLK ni. Hehe..🙂

Setengah jam sebelum kelas berakhir, kami dipanggil masuk sebab Ms Huang nak mulakan kuiz 2. Kuiz 2 ini berkaitan dengan soalan objektif, isi tempat kosong, dan padankan makna utuk ayat.

Selepas itu, kelas MGT300 pun bermula. Kami diminta untuk buat tugasan 3 di dalam kelas, dan perlu hantar pada akhir waktu kelas ini. Semuanya okay.

Selepas makan tengahari, kelas ECO261 pula. Seperti biasa Puan Zuraidah menerangkan banyak perkara tentang ekonomi di Malaysia. Kemudian kami diminta menjawab beberapa soalan di dalam kertas sebelum menghantarnya.

Kelas LAW299 pula pada pukul 4.15 petang. Fuh, kan baik kalau kelas ini diadakan pada awal pagi. Tukar dengan kelas BMD151, baru betul. Sebabnya, aku ngantuk sangat. Aku rasa, kalau Puan Che Audah tak minta la sorang-sorang baca kes yang melambak-lambak dalam setiap bahagian, mesti ramai yang lentok. Kami telah meneliti beberapa kes berkaitan dengan akta sewa beli (Hire Purchase Act). Setengah jam sebelum kelas berakhir, kami diberi ujian 1 yang mengandungi 10 soalan objektif dan satu bahagian untuk esei pendek.

Tamat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s