Semester 5: Seminar 6

Posted: August 28, 2013 in 2013 Semester 5
Tags:

Assalamualaikum,

Pada hari Ahad, 25hb Ogos yang lalu, berlalulah sudah seminar ke-6 untuk semester ini. Kali ini, ada kelas hanya untuk satu subjek sahaja, iaitu LAW299 pada pukul 4.15 petang.

Satu yang amat merisaukan aku tentang seminar kali ini adalah kerana perlu menghantar tugasan 2. Aku belum betul-betul menguasai cara untuk menjawab soalan esei dengan betul. Aku setakat ini hanya merujuk kepada contoh menjawab soalan yang diletakkan di i-class. Pada panduan itulah aku bergantung tentang cara menjawab.

sampai kat kelas, aku tengok tak berapa ramai yang dah sampai. Aku masuk ke kelas sekali dengan Erwan dan Naqib. Jumpa diorang kat tempat parkir tadi. Dalam kelas, ada yang sibuk membaca nota, ada yang juga sibuk buat tugasan, dan juga memang sudah menjadi kebiasaan – ramai yang sibuk dengan telefon pintar masing-masing.πŸ™‚

Puan masuk ke kelas tak lama kemudian, kami diminta untuk terus buka buku, muka surat 140. Tajuk kali ini ialah Sales of Goods. Banyak yang diperkatakan, dan banyak juga yang aku tak faham.😦 Banyak betul kena baca untuk subjek ini, dan sememangnya subejk pemahaman bukanlah menjadi kegemaran aku. Aku lebih suka subjek yang ada pengiraan.

Aku hantar juga tugasan 2, walaupun tak yakin dengan apa yang aku jawab. Aku semester kali ini, cuba untuk tidak melengahkan penghantaran mana-mana tugasan. Aku cuba untuk hantar tepat pada masa yang diminta. Kalau hantar lambat susah, perlu jumpa pensyarah lagi, kena cari bilik lagi. Lebih baik hantar pada masanya, ketika kelas berlangsung.

Alhamdulillah, selesai pun.πŸ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s