Semester 5: Seminar 7

Posted: September 22, 2013 in 2013 Semester 5
Tags: ,

Alhamdulillah, Ahad 8hb September yang lepas berlalulah sudah seminar ke-7 iaitu seminar terakhir untuk semester ini. Sudah lama aku tangguhkan entri ni sebenarnya. Terasa berat tangan ni nak update blog ni. Banyak perkara yang berlaku akhir-akhir ini.😦 Takpelah, walaupun dah lama, aku update jugalah, biar ada catatan tentang apa yang berlaku pada hari tersebut.

Baiklah… Pada sebelah pagi, semasa kelas BMD151, seawal 8.35 pagi kami sudah diberikan ujian bertulis. Laoshi ada juga menanyakan sama ada kami hendak buat ujian mendengar atau bertulis dahulu. Memandangkan ramai lagi yang tidak sampai ketika itu, aku telah cadangkan padanya untuk berikan kami ujian bertulis dahulu. 45 minit diperuntukkan untuk ujian ini. Pada mulanya terasa lama sangat masa yang diberikan tapi setelah beberapa ketika memerah otak, barulah aku tahu yang 45 minit itu ada satu jangkamasa yang singkat sahaja.

Soalan yang diberikan adalah seperti membina ayat dengan perkataan mandarin yang diberi. Aku hanya dapat menjawab 3 perkataan dari 5 perkataan yang diberi. Susah…. 2 lagi perkataan aku tidak tahu maknanya. Aku terpaksa merelakan diri ini melihat ruang kosong itu dibiarkan begitu sahaja…😦 Untuk bahagian menyusun perkataan menjadi ayat, susah juga… tapi aku tidak biarkan kosong, aku jawab sehabis baik.

Kemudian ujian mendengar pula… Allahuakbar, susah bebeno.🙂 Tapi takpe, aku dah buat yang terbaik. Selepas itu, minta kami hantar projek bahasa iaitu CD dan skrip untuk video bahasa mandarin. Aku tanpa membuang masa, terus hantar. Haha.. Orang lain macam tak siap lagi, cuma aku je yang cepat macam bersemangat sangat.

Kemudian, seperti yang aku cadangkan dalam i-class sebelumnya, Ms Huang minta aku mainkan video itu di komputer di depan. Aku mainkan video kumpulan aku tanpa banyak soal. Ramai yang memerhati, melihat hasil dari kumpulan kami. Aku juga turut ketawa sendiri melihat hasil kumpulan kami. Kemudian kami juga telah melihat hasil dari kumpulan Odah pula. Aku rasa hanya 2 kumpulan sahaja yang mempamerkan video mereka. Fazillah dan kumpulannya tidak dapat memperlihatkan hasil mereka sebab CD mereka tidak dapat dibaca oleh komputer itu. Kesian mereka.

Selepas itu, kelas MGT300 pula, kami diberi test 2. Sebelah petang ada test ECO261 pula. Payah, banyak juga yang aku perlu baca lagi rupanya.😦

Selepas itu kelas LAW299 berjalan seperti biasa. Kami andaikan akan ada test tetapi tidak, sebab Puan Audah tidak sedia lagi dengan soalan testnya. Beliau akan meletakkan test tersebut di i-class.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s