Exam lagi 3 hari lagi

Posted: September 26, 2013 in 2013 Semester 5
Tags:

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca budiman sekalian…

Sedar atau tidak, tinggal 3 hari lagi sebelum exam paper pertama untuk semester ke-5 ini bermula. Pada hari Isnin nanti, 30hb September, aku akan berperiksa lagi untuk kesekian kalinya di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM. Paper pertama tersebut adalah untuk subjek ECO261 – Malaysian Economic. Kemudian, keesokan harinya, exam untuk subjek MGT300 pula. Takde gap langsung, lebih kurang seperti semester lepas jugak, exam untuk INS adalah selepas paper ECO. Tough… Kalau ada gap, bolehlah jugak sediakan diri selengkap yang mungkin.

Exam untuk paper seterusnya adalah pada 11hb Oktober. Fuh lega… ada gap 10 hari. Bolehlah study sambil lewa. Hahahah… mana boleh sambil lewa, mau melingkup result aku nanti. Alhamdulillah, dengan gap 10 hari tersebut, bolehlah aku prepare seadanya.

Sekarang ni aku tengah pulun study ECO261, baru nak tanda kat nota, nak tandakan tahun-tahun bilakah soalan-soalan tahun-tahun lepas tu keluar. Senang nak fokus kepada topik yang biasa keluar dalam exam. Nak baca selengkap mungkin, dah tak sempat dah rasanya ni. Itu jelah yang mampu aku plan dan buat. Harapnya sempat, insyaallah…

Kemudian, lepas dah okey sikit ECO261, aku nak beralih arah kepada MGT300 pulak. Nota yang dah print tempohari takde lah tebal mana. Jadi, kalau mula baca, dan hafal sikit-sikit, start study hari Sabtu pun sempat jugak rasanya. Huhu…

Aku doakan korang yang sama-sama ambil periksa kali ni supaya mudah segala urusan. Mudah membaca, mudah memahami apa yang dibaca, dapat disematkan ke dalam hati dan ingatan, senang menjawab soalan dalam periksa nanti, dan insyaallah jawapan yang dijawab tu banyak yang betul, dan insyaallah boleh score dengan jayanya.

Cuma, jangan lupa… doakan aku jugak ye. Terima kasih banyak-banyak.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s