Exam ECO261

Posted: October 1, 2013 in 2013 Semester 5
Tags:

Semalam, 30hb September berlalulah sudah exam untuk subjek ECO261.

Pagi itu, aku telah berjanji dengan Naqib dan Hafizal untuk berjumpa di perpustakaan PTAR1. Aku datang awal, 8.45 lagi dah sampai kat tingkat bawah, tempat di mana ada satu bilik besar yang boleh digunakan untuk study 24 jam. Aku suka study kat situ pasal bebas nak berbincang apa sahaja. Kalau kat bahagian atas kena senyap.🙂

Pukul 12 Tengahari, kami berempat (Aku, Naqib, Hafizal dan Qamar) menuju ke Restoran Barra untuk makan tengahari. Aku order nasi goreng ayam Barra dan teh o limau panas. Sambil makan sambil tengok nota. Camtulah kehidupan pelajar PLK. Masa yang ada perlu digunakan sebaiknya.😉

Lepas makan, Aku dan Fizal kembali semula ke PTAR1, kami belek sedikit nota, mana yang sempat sebelum bergerak ke Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC). Pukuk 2.15 petang, exam bermula. Selak kertas soalan.. Fuh.. Mengancam giler soalan. Tak banyak yang aku baca keluar. Nak atau tidak, aku kena goreng hingga masak.

Dahlah semua soalan esei. Bahagian A kena jawab kesemua 5 soalan, wajib. Bahagian B pula boleh pilih untuk jawab 2 soalan sahaja dari 4 soalan yang diberi. Kebiasaannya aku akan cuba jawab lebih satu soalan esei.. Tapi kali ini aku tidak berpeluang. Soalan yang diberikan sungguh susah sekali. Aku hanya sempat jawab 2 soalan sahaja dari bahagian D. Maknanya takde jawapan spare untuk cover mana2 jawapan aku yang mungkin tersasar. Huhu…

Aku sedikit kecewa dengan jawapan aku smalam. Tak tahulah apa gred yang bakal aku dapat nanti. Kalau ada keajaiban berlaku, dapatlah tinggi sikit. Kalau tidak… Itu jelah.😦

Habis periksa aku ajak Fizal minum petang. Kamk ke restoran Hakim. Kemudian balik, sampai rumah dah Maghrib.

KP @ 780

Comments
    • KP says:

      Nampak macam susah pada mulanya. Kemudiannya bila dah banyak membaca, selalu tanya atau bandingkan kefahaman diri tentang soalan dari PYQ, insyaallah akan boleh menjawab soalan.

      Secara amnya… mungkin susah bila tak faham, tapi senang bila baca selalu dan faham.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s