Exam LAW299

Posted: October 15, 2013 in 2013 Semester 5
Tags:

Alhamdulillah.. Pada 11hb Oktober yang lepas berakhir lah sudah peperiksaan kertas terakhir untuk semester 5 ini. Macam biasa… Aku agak lambat untuk menulis tentang ini. Huhu..😦

Macam biasa juga, kalau ada peperiksaan pada hari Jumaat di sebelah petang, aku akan menunaikan sembahyang Jumaat di Masjid Al Mizan UiTM dahulu sebelum periksa. Senang begitu… Takdelah nanti tergesa-gesa nak ke dewan peperiksaan.

Aku bertolak awal dari rumah, seawal pukul 12 tengahari. Sampai kat masjid, ambil air sembahyang dan terus masuk ke dewan sembahyang. Inilah pertama kali aku masuk ke dalam dewan sembahyang tu. Sebelum ni aku hanya duduk dan sembahyang di luar dewan sahaja. Besar rupanya ruangan dewan ni. Seronok melihat keluasan yang ada, dengan ketenangan yang dapat dirasai hingga ke jiwa.

Kemudian, aku duduk dan membelek nota-nota yang telah dibuat senelum itu. Akku cuba mengingati fakta-fakta penting macam nama kes, kandungan kes dan macam-macam lagi supaya senang aku aplikasikan semasa menjawab soalan periksa petang nanti.

Lepas sembahyang, aku terus ke dewan periksa di DATC. Sampai di sana, aku semak tempat duduk di pintu masuk. Tak lama lepas tu, dah boleh masuk. Aku cuba untuk duduk di belakang sekali, sebab itu adalah salah satu kesukaan aku bila menjawab periksa. Sebab senang nak perhati orang lain dari belakang, nampak semua.🙂 Tapi tak dapat, sebab dah ada orang duduk kat situ, iaitu Dayang. Aku ke depan sedikit, 5 meja dari belakang.

Soalan objektif bahagian A, alhamdulillah… insyaallah boleh score. Bahagian B pulak kena jawab 3 dari 7 soalan esei yang diberi. Aku baca satu persatu soalan. Kesemua soalan yang berkaitan dengan kes, aku tak ingat fakta kes langsun… Aduh! Memang lari dari jangkaan aku. Aku tak dapat nak recall nama kes, dan kandungan kes untuk kesemua soalan yang berkaitan dengan kes. Sudahnya, aku tak jawab satu pun soalan yang berkaitan dengan kes. Aku cuma jawab, soalan yang berkaitan dengan minor, crossing cheque, dan soalan-soalan lain. Huhu…

Aku agak down kali ini, masa menjawab soalan LAW299 ni. Aku tak bersedia….😦 Aku dapat jangkakan yang markah aku nanti akan tak seberapa. Nak lulus tu, insyaallah boleh, tapi tak taulah macamana nanti. Aku hanya berdoa, supaya dimudahkan pensyarah menyemak kertas aku, dan berikan markah yang terbaik.

KP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s