Keputusan peperiksaan semester 5

Posted: November 4, 2013 in 2013 Semester 5
Tags:

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini adalah hari Isnin, 4hb November 2013. Hari keempat setelah keputusan peperiksaan semester 5 dikeluarkan. Seperti biasa.. Aku cuba untuk mencoretkan sesuatu tentang keputusan aku.

Baiklah.. Awalnya aku menjangkakan keputusan akan dikeluarkan pada pagi Jumaat, 1hb November. Akan tetapi keputusan telah dikeluarkan sedikit awal berbanding biasa. Lebih kurang jam 10.30 malam 31hb Oktober, aku terima SMS dari Fizal, dia minta semak email, keputusan telah diemailkan.

Aku terus semak email. Nampak ada satu email baru dari ‘sims’ menandakan email tersebut dari pihak UiTM. Perasaan masa tu usah cakap lah. Berdebar – debar.. Dan segala macam perasaan ada. Aku tabahkan hati untuk buka email tersebut.

Buka sahaja emel tu… Tada.. Mata tak henti-henti menatap keputusan yg dilihat. Betul ke ni? Aku sedikit keliru, sukar untuk bezakan antara GPA dan CGPA. Kemudian setelah dapat tenangkan hati… Baru aku dapat terima kenyataan, yang GPA aku turun kali ini.😦

Dalam 4 subjek yang diambil.. Aku mendapat gred B- untuk LAW299. Gred yang paling rendah untuk keputusan periksa kali ini. Dan yang paling rendah dalam sejarah aku ambil diploma ini. Sedih.. Usah cakaplah.. Memang perasaan itu bersarang di lubuk hati beberapa hari selepas itu.

Untuk subjek lain… Alhamdulillah. Walaupun tidak sebagus semester – semester sebelum ini.. Tapi tidak mengapalah. Subjek-subjek dalam semester 5 ini memang agak susah jika dibandingkan dengan semester – semester sebelumnya.

Aku kemudian dapat pujuk hati, yang ini mungkin yang terbaik, yang Allah rencanakan untuk aku. Aku terima. Aku redha. Aku dah berusaha sebaiknya … Dan ini adalah hasil dari apa yang telah aku usahakan.

Apa-apa pun… tahniah KP. You’re great!😉

KP 780

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s