Nama pensyarah semester 5

Posted: November 13, 2013 in 2013 Semester 5

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku lupa lagi… Aku belum membariskan nama-nama pensyarah semester 5, yang telah banyak berjasa dalam hidup aku sebagai seorang pelajar.

BMD151: Ms Huang

Aku dah lupa nama penuh beliau sebab dalam kelas Mandarin, kami cuma panggil beliau dengan panggilan Laoshi je. Laoshi bermaksud cikgu dalam bahasa melayu. Beliau amat tegas orangnya. Tidak seperti Mr Leow semasa semester 4 dahulu yang suka senyum, senang itu ini… Walaupun begitu, aku tetap hormat dia sebagai seorang guru dan cuba untuk menyiapkan segala tugasan tanpa melengahkannya. Alahmadulillah result aku baik.

ECO261: Puan Zuraidah Ismail

Puan Zuraidah seorang yang mudah tersenyum. Senang melihat beliau sebegitu. Pandai menyampaikan seminar Malaysian Economic. Beliau juga pandai bercerita.

MGT300: Encik Zambri

Seorang pensyarah yang paling sempoi pada semester 5. Senang membuatkan pelajar-pelajarnya ketawa terkekek-kekek dengan jenakanya yang boleh dikatakan selamba. Ada peluang untuk memasuki program jenaka seperti Raja Lawak Astro.

LAW299: Puan Che Audah

Pada awalnya Puan kelihatan amat tegas, dengan muka yang melambangkan gaya seorang pensyarah yang amat tegas dalam pemarkahan. Beliau suka membaca apa yang terkandung di dalam buku manual, di samping meminta seorang demi seorang membaca kes-kes yang banyak di dalam buku manual tersebut. Yep, para pelajar memang tak perlu risau, setiap orang akan mendapat peluang untuk membaca sekurang-kurangnya satu kes setiap seminar.🙂

Apa yang terjadi pada aku, aku tidak tahu kenapa, aku boleh baca apa yang diminta tetapi aku tak faham tentang apa yang aku baca. Haha… Kena baca berulang kali, barulah faham.

Semuanya berjalan dengan lancar, aku datang setiap kali seminar, aku hantar semua tugasan, walaupun pada mulanya aku tak berapa faham bagaimana untuk menjawab soalan yang diberi tapi lama -kelamaan, aku dapat menguasai cara menjawab. Yang tidak lancarnya adalah aku tidak dapat menjawab walau satu kes pun semasa peperiksaan final. Ye betul, aku telah tidak menjawab satu kes pun. Aku hanya manjawab soalan-soalan lain yang tidak berkaitan dengan kes.😦 Aku tidak ingat fakta kes, untuk kesemua soalan yang melibatkan kes. Sudahnya aku hanya mendapat B- untuk subjek ini.😦 Rasa nak nangis masa tengok result haritu. Sob sob.

Itu lah senarai nama keempat-empat pensyarah semester 5. Nama mereka tetap di hati, mereka banyak menyumbang dalam apa yang aku capai hari ini. Terima kasih wahai tuan puan sekalian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s