Semester 6: Seminar 1

Posted: December 31, 2013 in 2013 Semester 6
Tags:

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang sudi baca blog aku yang ntah apa hape ntah ni. Haha, ada pulak kata gitu kan? Merendah diri la kononnya tu. Kihkih… Okeylah, pada asalnya aku plan nak guna bahasa inggeris je untuk semester 6 ni kat dalam blog ni. Itu sebab kalau ada antara korang perasan, beberapa post sebelum ni kesemuanya dalam bahasa inggeris. Ekekek… Tapi, bila mood dah malas camni, dan malas nak karang ayat dalam bahasa mat saleh tu, aku tulislah jugak dalam bahasa melayu. Okay, mari kita ke tujuan utama yang menyebabkan aku tulis entry ini.

Seperti kebiasaan, aku akan cuba coretkan serba sedikit trentang apa yang berlaku pada setiap seminar yang berlalu. Seminar 1 untuk semester 6 ini baru je berlalu pada hari Ahad lepas, 29hb Disember 2013. Aku macam biasa keluar dari rumah agak awal. Aku ingatkan aku orang yang pertama sampai, tapi tidak… Kak Nor dah ada menunggu di kerusi panjang tidak jauh dari bilik kuliah BM406. Bilik ini masih tidak dibuka, walaupun grillnya sudah tidak bermangga. Tidak mengapalah sebab masa tu pun awal lagi. Aku berjalan ke arah Kak Nor, cuba untuk bertanyakan khabar sebab dah lama juga tak jumpa rakan-rakan sekelas ni, lebih kurang 2 bulan rasanya. Aku matikan niat aku nak menghampiri dia sebab dia di ketika itu nampaknya sedang berborak dengan seorang yang berdiri di hadapannya.

Aku berhenti di satu papan kenyataan, yang terletak tidak jauh dari lif, cuba untuk melihat apa jua yang terpampang di situ. Tiada apa yang menarik minat aku, semuanya nampak sama, nampak lama macam sebelum ini. Tak lama kemudian Fairuz muncul dengan tiba-tiba. Aku memang tak perasan dia datang dari mana. Terus dia tanya aku tentang keputusan periksa semester 5 hari tu. Aku kata, “Okay lah, bolehlah…”. Aku nyatakan yang aku dapat keputusan teruk untuk LAW299. Terus dia kata yang ada juga yang gagal subjek ini. Haaa… memang aku tak hairan pun, sebab memang susah pun jawab kertas soalan subjek ini masa peperiksaan final hari tu.

Kemudian kami nampak macam ada orang yang dah buka bilik kuliah tadi, dan terus kami melangkah ke situ. Sampai sahaja depan pintu, nampak satu nota yang diselitkan di antara besi gril yang menyatakan kami perlu guna bilik kuliah BM408. Terus kami ke sana. Aku gamit Kak Nor dari jauh, nak bagitau dia yang kelas dah dibuka.

Subjek pertama yang dijadualkan adalah MGT321 iaitu Organizational Behaviour (OB). Puan Zubaidah sebagai pensyarahnya. Pandai juga Puan Zu ni bercerita. Mula-mula dia terangkan tentang pemarkahan serba sedikit, tentang apa yang akan dikira dalam 40% carry mark dan selebihnya 60% akan diambil dari peperiksaan final. Biasalah semua tu, rasanya semua subjek pun 40% carry mark kecuali subjek CTU sahaja yang 50% carry mark (kalau aku tak silap).

Selepas itu subjek MGT340, Human Resource Management (HRM). Pensyarahnya adalah seorang yang sama jantinanya dengan aku, lelaki. Encik Mohamad Anuar namanya. Orangnya mula-mula nampak macam serius, tapi lama kelamaan okey pulak. Beliau gemar bercerita itu ini. Boleh dikatakan sepanjang 2 jam masa yang diperuntukkan untuk subjek ini, banyak sungguh cerita yang dikongsikan dengan kami semua. Dia beritahu, yang dahulu dia adalah seorang askar. Dia tinggalkan askar sebab nak cuba benda baru dalam hidupnya. Keluar dari askar, ambil diploma dan grad pada umur 36 tahun. Pada umur 40 tahun dah pegang master. Memang tabiklah dengan dia. Dari perwatakannya, nampak dia seorang yang pandai itu ini, bijak berkata, dan pandai mencuri tumpuan orang untuk mendengar apa yang dikatakannya.

Selepas makan tengahari, kelas untuk subjek MKT310, Public Relations pun bermula. Pensyarahnya adalah seorang wanita yang masih muda. Aku agak umurnya dalam lingkungan 30-an. Beliau masuk ke kelas agak lambat. Mengikut apa yang dikatakannya, beliau menunggu di kelas BM406 dan kemudian berasa pelik sebab tiada seorang pun di situ. Lalu menjenguk ke kelas sebelah dan barulah tahu yang kelas telah bertukar. Masuk sahaja beliau ke kelas, ramai yang terus ceria. Dari yang mata mengantuk terus segar, dari yang berborak terus senyap. Cantik dan comel orangnya. Ekekek.. kami ingatkan pelajar, tapi rupanya pensyarah.

Jam 4.15 petang, kelas FIN242, Fundamentals of Finance pun bermula. Pensyarahnya juga seorang lelaki, Encik Mohamad Faizal namanya. Aku tekankan pensyarah lelaki di sini sebab kebiasaannya tidak ramai penysyarah lelaki dalam satu-satu semester. Biasanya akan ada seorang pensyarah lelaki dan 3 orang pensyarah perempuan bagi setiap semester. Tapi semester 6 ini sedikit berbeza, kami mendapat 2 pensyarah lelaki dan 2 orang juga pensyarah perempuan. En Faizal nampak masih muda, mungkin juga umurnya dalam awal 30-an. Kami berbincang bab 1, agak senang untuk dihadamkan di minda. Kami tengok balik balance sheet, income statement, dan beberapa formula yang pernah dipelajari semasa semester 2 dahulu. Kemudian kami diminta untuk kira, jawab soalan 1 semester lepas. Senangnya rupanya. Mula-mula tengok haritu macam susah. Huhu… Eheheh…

Ish, panjang pulak rasanya dah taip ni. Itulah dia. Kekadang bila rasa malas tu, dan masa tu pulak takde idea apa, nak habiskan satu perenggan pun susah. Tapi bila dicoretkan sahaja apa yang terlintas di hati, macam ni lah jadinya.

Pada korang yang sama macam aku, yang baru masuk semester, selamat menempuh semester baru aku ucapkan. Mari kita sama-sama buat sehabis baik dalam semester ini. Target aku, aku nak dapatkan gred setinggi yang boleh, untuk kekalkan CGPA aku sekarang. Kalau tidak, semakin menurunlah ia nanti. Aku tak nak jadi macam tu. Aku nak cipta sejarah aku sendiri. Bukan senang nak dapat apa yang aku capai sekarang. Aku kena usaha lebih lagi… Aku doakan semoga perjalanan korang juga dimudahkan olehNya. Doakan juga aku ye. Terima kasih.

Kalau semuanya berjalan dengan lancar, aku akan tamatkan semester 8 pada tengah tahun hadapan (2015). Tak lama lagi tu, setahun setengah sahaja lagi. Pejam celik, celik pejam, aku percaya sekejap sahaja masa tu. Hari ini pun, adalah hari terakhir dalam tahun 2013 ni. Malam ini, tepat jam 12.00 tengah malam, akan masuk tahun baru. Jadi, selamat menyambut tahun baru 2014 pada semua yang sempat membaca coretan ni pada tahun 2013.

KP.

Comments
  1. cikmerah says:

    Hai..we are in d same boat but ur already in part 6 taking dbs while i’m taking dia part 2..nice knowing u n ur blog

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s