Semester 6: Seminar 3

Posted: February 1, 2014 in 2013 Semester 6
Tags:

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada hari Ahad lepas, 26hb Januari, berlalulah sudah seminar ke-3 untuk semester ini. Pada hari tersebut, pada asalnya hanya kelas untuk subjek FIN242 dijadualkan. Akan tetapi memandangkan yang kelas MGT340 sebelum ini tiada, jadi En. Anuar telah menggantikan kelas pada pukul 10 pagi. Memandangkan kami semua telah berada di dalam group WhatsApp, jadi agak senang untuk buat keputusan untuk menggantikan kelas tersebut.

Bercerita tentang WhatsApp, aku telah berjaya membuat 4 group untuk 4 subjek yang aku ambil dalam semester ini. Di dalam kesemua group tersebut, aku cuba masukkan setiap pelajar yang berada dalam kelas, termasuk dengan pensyarahnya sekali. Ramailah juga orang di dalam setiap group tersebut tapi tidaklah melebihi quota apps ini, iaitu 50 orang. Ada juga pelajar yang belum dimasukkan seperti group FIN242. Ada dikalangan pelajar dalam kelas aku, yang mereka ini sudah di semester 8, 9 dan sebagainya. Jadi, tidak semua yang aku kenal. Susah sikit nak masukkan mereka ke group.

Sebagai jalan mudah, aku post satu topik di i-class untuk subjek FIN242 , dan maklumkan pada semua yang aku dah buat group tersebut dan minta sesiap yang ingin join untuk hubungi aku. Alhamdulillah, tujuan aku untuk tambah ahli dalam group subjek ini tercapai. Beberapa orang telah hantar mesej menggunakan WhatsApp dan minta aku masukkan mereka sekali ke dalam group.😉

Berbalik kepada cerita kelas Ahad lepas, semasa kelas HR, banyak sungguh perkara telah diterangkan oleh En. Anuar. Satu persatu tugasan, ujian dan kerja rumah mind map diminta kami buat. Minggu ini kena hantar tajuk tugasan. Minggu depan pula kena hantar mind map. Banyak sungguh perkara yang akan berlaku pada minggu hadapan semasa seminar ke-4. Akan ada 2 ujian untuk subjek MGT321 dan MKT310. Aku masih belum sedia, sebab banyak sangat perkara perlu dilakukan minggu ini. Insyaallah sempat lagi nak siapkan diri. Aku ada masa lebih kurang seminggu sahaja lagi. Ya Allah, mudahkanlah segala urusan aku.

Selepas makan tengahari, tiada apa-apa kelas pada pukul 2. Kami hanya duduk santai sahaja di dalam kelas menunggu kelas FIN242 pada pukul 4 petang. En. Faizal masuk ke kelas seperti yang dijadualkan. Kami diterangkan tentang cara untuk membuat pro-forma balance sheet. Menarik sungguh topik ini. Banyak perkara dan formula yang perlu difahami, tapi alhamdulillah… aku dapat kuasai topik ini. Itulah hikmahnya membaca sebelum kelas bermula. Aku dah baca sedikit topik ini sebelum kelas, jadi agak senang untuk faham tentang apa yang disampaikan.🙂

KP @ 780

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s