Semester 6: seminar 6

Posted: March 16, 2014 in 2013 Semester 6
Tags:

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Pada hari Ahad, 9 Mac yang lalu, berlalulah seminar ke-6 untuk semester ini.

Pagi-pagi lagi, dalam 7.15 pagi aku dah keluar dari rumah. Aku hendak ke seksyen 7 untuk mencari kedai yang boleh buat binding. Malam sebelumnya, aku dah berhempas-pulas menyiapkan tugasan PR & HR. Kedua-duanya perlu dihantar pada hari Ahad tersebut. Sampai kat depan restoren Barra, aku nampak kedai alat tulis kat situ tutup tapi ada sebuah kedai runcit yang buka. Hish, aku ingatkan buka sebab sebelumnya aku dah tanya Fizal, Naqib dan Azni yang ada kedai yang buka 24 jam di situ.

Dalam hati, mungkin kedai tersebut berada di barisan kedai yang lain. Aku terus menyelusuri lorong demi lorong, tapi aku hampa sebab tiada kedai yang buka. Aku kemudian kembali ke kedai di depan Barra tadi. Aku perhatikan tulisan di depan kedai tersebut. Aku ternampak yang ia juga menjual alat tulis. Aku masuk, dan betullah ada perkhidmatan binding di situ. Hehe..

Aku kemudian tanya kepada seorang lelaki yang berada di kaunter, sama ada boleh atau tidak buat binding. Dia kata boleh. Aku serahkan kertas tugasan aku. Siap, aku dikenakan caj RM5 untuk 2 set tugasan. Setiap tugasan aku minta letakkan plastik lutsinar di depan dan belakang. Hmmmm, sedikit mahal pada pandangan aku. Sebelum ini, aku pernah buat perkara yang sama. Ketika itu, aku hanya dicaj RM2 untuk 1 set tugasan. Jadi, kali ini aku dicaj RM2.50… sedikit mahal tapi takpelah, selesai masalah. Aku kemudian terus ke kelas.

8.30 pagi, kelas OB terakhir untuk semester ini bermula. Puan Zubaidah habiskan kedua bab terakhir sebelum menyerahkan kertas ujian 1 dan 2. Markah aku agak baik, alhamdulillah.

10.30 pagi, kelas terakhir HR pun bermula. Ini yang sangat merisaukan hati sejak semalam lagi. Encik Anuar meminta kami semua hantar tugasan masing-masing. Kemudian, beliau semak satu persatu tugasan kami dan komen. Macam-macam komen yang dilontarkan pada kami. Huhu… banyak yang aku perlu perbaiki.

Sebelah petang, ada ujian 2 untuk kelas PR di makmal komputer BM303. Pukul 2 petang, aku dah siap sedia tunggu kat depan bilik ini. Puan datang sedikit lewat. Masuk ke dalam, aku pilih satu komputer yang berdekatan dengan pintu. Pada hari tersebut, kami perlu menjalani ujian 2 dengan menggunakan komputer. Soalan ujian diletakkan di dalam i-class. Rupa-rupanya kami kena jawab soalan esei. Adoi… ingatkan objektif. Ada 3 soalan diberi dan kami diminta untuk jawab hanya 2 soalan. Soalannya agak susah, tapi aku dah berjaya goreng yang terbaik.🙂

Selepas itu kelas finance pula pada pukul 4.15 petang. Kelas kesukaan aku. Kali ini kami diterangkan mengenai ‘long term financing’. Senang pula melihat dan memahami apa yang diajar. Sebelumnya nampak macam susah ketika aku cuba baca sendiri. Betullah kata orang, nak belajar perlu berguru. Huhu…

KP @ 780

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s