Semester 6: seminar 7

Posted: March 22, 2014 in 2013 Semester 6
Tags:

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Pada hari Ahad yang lepas, berlalulah seminar yang terakhir untuk semester 6 ini. Kelas pertama dijadualkan pada pukul 12 tengahari. Paginya aku santai-santai dulu, sarapan… tengok TV, baring-baring… Akhirnya aku tertidur. Sedar dari tidur, aku tengok jam dah 11.30 pagi. Alamak… aku dah terlambat. Tanpa berlengah, aku terus bersiap dan bergegas ke UiTM.

Dalam pukul 12.20 tengahari, sampai sahaja kat fakulti, aku semak WhatsApp dulu, manalah tahu ada perubahan kelas dan sebagainya. Memang betul. Kelas berubah ke dewan kuliah B, yang terletak di sebelah tangga. Aku terus ke sana. Aku cuba buka pintu di bahagian bawah, yang berdekatan dengan meja pensyarah tapi ia terkunci. Aku tinjau ke dalam, nampak Puan Zarith tengah memberikan kuliah. Nampak juga beberapa rakan sekelas duduk di bahagian hadapan.

Aku panjat tangga, menuju ke pintu kedua di bahagian atas. Aku nampak Azni yang ketika itu sedang cuba buka pintu tersebut. Kami kemudian masuk bersama-sama. Inilah kali pertama aku masuk ke dewan kuliah ini. Ia luas, terdapat banyak tempat duduk… lalu aku duduk di sebelah Zaini, di barisan kedua terakhir di belakang. Aku pandang sekeliling, cuba menikmati pemandangan baru di dalam dewan ini.

Inilah kali pertama aku masuk ke sini. Sebelum ini, semua kuliah/kelas diadakan di bilik kelas biasa. Di hadapan dewan ada 2 skrin putih untuk projektor. Salah satu sarinya bersaiz besar, terletak di tengah-tengah, di bahagian hadapan dewan. Satu lagi kecil sahaja, terletak di bahagian hadapan, di sebelah kanan aku. Skrin inilah yang digunakan oleh Puan Zarith untuk memaparkan kandungan topik yang diterangkannya.

image

Banyak yang diterangkan olen Puan Zarith pada hari tersebut. Kami juga meneliti berapa soalan tahun-tahun sebelumnya, sebagai latihan sebelum menghadapi peperiksaan pada 10 April nanti. Kelas berakhir jam 2 petang.

Selepas itu aku mengajak Azni ke surau untuk menunaikan solat Zuhur. Sesudah itu kami bertiga (Fizal turut serta) ke satu meja yang berdekatan dengan tangga, di aras yang sama dengan surau. Kami buat latihan FIN242 bersama sebab kelas ini dijadualkan pada pukul 4.15 petang nanti.

Jam 4.15 petang, sepatutnya kelas dah bermula tapi kelas yang kami biasa gunakan masih belum dibuka. Akhirnya Azni mancadangkan untuk guna kelas sebelah (BM405) sebab kelas itu tidak berkunci dan ia tidak digunakan oleh sesiapa. Aku lalu telefon Encik Faizal dan maklumkan padanya tentang ini sebab sebelumnya, beliau cuba cari seseorang untuk buka bilik 406 (kelas biasa kami).

Kuliah berjalan seperti biasa. En. Faizal menerangkan bab ‘Time value of money’ dan ‘Capital budgeting’. Kami buat sedikit latihan sebelum kelas berakhir pada jam 6.15 petang.

KP @ 780

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s