Analisis PYQ FIN242

Posted: March 26, 2014 in 2013 Semester 6
Tags: ,

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Tika ini, terasa malas pulak diri nak menelaah subjek HR sempena menyediakan diri untuk peperiksaan esok. Ditambah pulak dengan mata yang semakin kuyu ni, aku cuba buat sesuatu yang lain. Hasilnya, adalah seperti gambar di bawah. Taraa….🙂

Boleh klik untuk paparan yang lebih jelas

Ia adalah satu cara yang aku panggil analisis PYQ FIN242. Heheh, hebat kan nama. Haha… Aku senaraikan setiap bab yang keluar dalam peperiksaan akhir, bagi setiap semester dari tahun 2010 hingga 2013, 8 semester kesemuanya.

Jika diteliti, kita dapati:

  1. Bab financial ratios adalah bab wajib bagi bahagian A. Nak atau tidak, memang kena jawab soalan ini.
  2. Bab capital budgeting pernah muncul sebagai soalan yang wajib dijawab dalam peperiksaan Mac 2011. Boleh tahan jugak susahnya nak faham bab ini. Kebiasaannya ia muncul dalam bahagian B, yang mana pelajar boleh pilih nak jawab 3 soalan dari bab mana, yang disukai. Tapi pada semester tersebut, hendak atau tidak, memang terpaksa jawab. Kalau tak jawab, dapat kosonglah markah. huhu..
  3. Ada 10 bab dalam subjek ini, yang mana akan ada 8 soalan dari setiap bab yang akan ditanya setiap kali peperiksaan.
  4. Penyata sources & uses tidak begitu popular. Ada kalanya ia tidak keluar langsung.

Itulah serba sedikit analisis yang berjaya aku buat untuk subjek ni. Hehe… Peperiksaan dijadualkan pada 2hb April nanti. Semoga kita semua dapat menjawab dengan yakin, betul dah insyaallah dapat markah yang tinggi. Sama-sama kita usaha.😉

KP

Comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s