Selesai kertas MGT340

Posted: March 31, 2014 in 2013 Semester 6
Tags:

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, pada petang 27hb Mac yang lepas selesailah sudah kertas periksa pertama untuk semester 6 ini, iaitu MGT340 – HR. Peperiksaan dijalankan di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 Shah Alam. Aku tak pernah lagi ke tempat ini sebelum ini, jadi aku keluar awal dari rumah dan sampai awal ke situ, lebih kurang jam 1.15 petang.

image

Sampai di sana, aku lihat sudah ramai orang dan aku terus melihat kedudukan meja aku nanti. Aku akan duduk di zon C. Aku lihat sekeliling dan nampak Red, Zul & Khairi lalu terus sertai mereka.

Aku kemudian naik ke surau di tingkat 2, tapi ramai sangat orang kat situ. Hajat di hati nak selak-selak nota kat situ, tapi takpelah…. aku turun semula ke tempat tadi, bersama Zul dan lain-lain. Dalam pukul 1.40 petang, aku ambil air sembahyang di dalam tandas di tingkat satu, sebab kebetulan air takde kat dewan ni. Yang ada pun dalam tong air, yang baru ditadah. Aku ambil air sembahyang secara ringkas dengan segera lalu naik ke surau untuk tunaikan solat Zuhur.

Selesai solat, aku terus masuk ke dewan. Hajat di hati tadi nak duduk di belakang sekali, tapi kat meja tu Erwan dah cop. Melepas kali ni. Hahaha.. Bukannya apa, aku suka duduk di belakang sebab boleh perhatikan gelagat semua orang dari kedudukan itu. Aku terus jalan ke depan dan duduk di tengah-tengah. Meja C117 kalau tak silap aku. Aku keluarkan segala alat tulis yang perlu dan letakkanya di bahagian kanan meja. Aku letak telefon dalam bekas pensil dan letakkannya di bawah meja. Kemudian, aku terus isi borang kedatangan periksa yang ada kat bahagian belakang sekali dalam buku jawapan. Pastu isi pula nama dan butiran lain di muka hadapan. Tak lupa juga aku tuliskan nama, sebab itu pesan En. Anuar. Tidak tahu apa tujuan beliau. Ntah…

Banyak lagi masa yang ada sebelum aku boleh mula menulis. Aku perhatikan gelagat manusia yang ada kat dalam dewan tu. Ada yang baru masuk, ada yang cari tempat duduk, dan macam-macam lagi. Tepat 2.15 petang, kami dibenarkan mula menjawab. Dengan lafaz bismillah dan sedikit doa, aku buka kertas soalan. Dalam bahagian A, ada 5 soalan kesemuanya dan aku perlu jawab hanya 3 soalan. Aku baca satu persatu soalan. Aku catitkan isi-isi penting yang aku ingat di waktu itu. Habis kelima-lima soalan aku catitkan apa yang terlintas di fikiran.

Aku kemudian beralih pula ke bahagian B, ada 3 soalan kesemuanya dan aku hanya perlu jawab 2 soalan. Pun aku buat perkara yang sama macam tadi. Aku catitkan apa yang aku ingat. Setelah itu, aku kembali semula ke bahgian A. Setelah memerah otak seketika mencari isi-isi penting yang dikehendaki oleh soalan, dan setelah ditimbang tara, aku jawab soalan 1, 2 dan 4. Untuk bahagian B pula, aku jawab soalan 1 dan 3.

Secara amnya, aku bersyukur… Alhamdulillah, banyak soalan berkaitan dengan apa yang aku dah baca. Syukur, terima kasih ya Allah. Aku puas. Puas kerana berjaya menjawab setiap soalan yang aku pilih dengan lengkap. Ada juga bahagian yang aku tak yakin dengan penjelasan aku. Isinya aku dah dapat, tapi nak terangkan, terlupa pula… Haha. Tidak mengapa, aku andaikan dengan pembahagian markah yang dicatatkan, aku hanya mungkin kehilangan 1 atau 2 markah sahaja dalam bahagian tersebut.

Satu kertas periksa dah selesai. Sekarang, aku sedang mengulangkaji untuk periksa FIN242 pula pada hari Rabu ini. Pada korang yang bakal menduduki kertas periksa finance ini, selamat mengulangkaji dan selamat menjawab aku ucapkan. Sama-sama kita berdoa supaya dimudahkan urusan kita, dan dapat kita menjawab dengan yakin, tenang, lancar, dan betul semasa periksa kali ini. Insyaallah…

KP.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s