Keputusan peperiksaan akan diumumkan 8 hari lagi

Posted: April 30, 2014 in 2013 Semester 6
Tags:

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang sudi membaca blog ini. Apa khabar?šŸ™‚

Hari ini 30hb April, dan mengikut pada kalendar UiTM, keputusan peperiksaan diploma akan dikeluarkan pada 9hb Mei. Ini bermakna, dalam 8 hari lagi aku akan mendapat keputusan peperiksaan semester 6 aku. Huish, dekat sangat dah tu. Dup dap, dup dap, jantung berdegup kencang. Hehe…

Kebiasaannya, aku akan mendapat keputusan pada hari Jumaat. Aku baru je belek kalendar, dan memang betul yang 9hb Mei itu nanti adalah hari Jumaat. Mungkin UiTM ingin mengambil keberkatan sempena hari Jumaat, yang mana seperti ramai antara kita dah tahu hari Jumaat adalah penghulu segala hari.

Aku berdoa supaya aku dikurniakanĀ keputusan yang cemerlang. JikaĀ diizinkan oleh Allah SWT, biarlah aku mendapat A dalam semua 4 subjek yang aku ambil dalam semester lepas. Aku dah pun berusaha, dan sekarang tinggal menanti keputusan sahaja dikeluarkan. Jika itu menjadi kenyataan, alangkah indahnya hidup ini. Insyaallah.šŸ™‚

KP

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s