Keputusan peperiksaan semester 6

Posted: May 9, 2014 in 2013 Semester 6
Tags:

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Aku terpegun, keputusan periksa yang ada di tangan aku, aku lihat berkali-kali. “Betulkah ini?”, detik hatiku. Aku tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Keputusan aku agak teruk. Aku tidak berjaya mendapat A untuk subjek FIN242. Aku telah membuat sehabis baik semasa periksa tempohari. Dengan yakin aku menjawab 4 soalan dalam bahagian B untuk kertas periksa FIN242, walaupun aku hanya diminta untuk menjawab 3 soalan. Aku yakin aku boleh mendapat A.

Begitu juga dengan subjek OB, gred yang aku dapat agak teruk. Aku mengelamun sendirian mengenangkan nasib badan. Kalau beginilah jadinya…

 

Tiba-tiba aku terjaga dari tidur. Baru aku sedar yang apa yang aku alami sebentar tadi hanyalah mimpi. Begitulah akibatnya jika asyik menanti keputusan periksa diumumkan, hingga terbawa-bawa ke dalam mimpi. Mana tidaknya, aku telah berjaga sehingga pukul 1 pagi, menanti keputusan tersebut. Aku andaikan, mungkin ia akan diberikan seawal 11 malam, sama seperti semester 5 dahulu. Rupa-rupanyanya setelah aku semak, keputusan itu diemailkan pada jam 1.05 pagi, iaitu 5 minit selepas aku masuk tidur. Haha..🙂

Aku kemudian duduk di tepi katil, cuba mengingati apa yang berlaku. Aku cuba bandingkan antara mimpi dan kenyataan. Aku pasti, aku di alam nyata sekarang. Aku bersyukur kerana apa yang berlaku sebentar tadi hanya mimpi, bukannya benar-benar terjadi.

Ketika itu jam menunjukkan pukul 4.55 pagi. Aku terus bergerak mendapatkan telefon. Cuba untuk melihat jika ada email baru dari ‘sims’, tapi tiada sebarang tanda yang ada email baru masuk. Aku kemudian semak sambungan internet. “Laaa… patutlah”, wifi dimatikan dan signal dari maxis berbentuk kapal terbang. Apa pulak yang berlaku ni. Tak pernah jadi macam ni.

Aku biarkan semua itu, dan terus aku aktifkan sambungan wifi sebab aku memang telah jadualkan dalam telefon aku yang sambungan wifi akan dimatikan dari tengah malam sehingga subuh. Tujuan aku berbuat demikian adalah untuk menjimatkan penggunaan bateri.

Aku kemudiannya nampak ada tanda email baru masuk. Aku buka Gmail, dan tak syak lagi ia datangnya dari ‘sims ‘, menandakan keputusan periksa telah dihantar kepada aku. Terus aku buka email tersebut dengan lafaz bismillah. Aku scroll ke bawah perlahan-lahan. Mata tidak berkelip memandang keputusan periksa semester 6 di depan mata.

Hati terdetik sedikit kecewa melihat gred untuk subjek MKT310 – Public Relations. Aku hanya berjaya mendapat gred B-. Aku lihat pula CGPA, ia sedikit turun. Lama aku tatap keputusan tersebut. Lama begitu, tanpa aku sedari waktu subuh hampir masuk. Aku bersihkan diri, bersedia untuk tunaikan kewajipan diri.

Selesai solat, dan setelah anak-anak ke sekolah, aku tunjukkan keputusan tersebut kepada isteri. Aku lahirkan kekecewaan aku padanya. Walau bagaimana pun, aku bersyukur. Alhamdulillah…

Secara amnya, keputusan aku tidaklah seteruk mana. Ia masih lagi tinggi pada mereka yang mengetahui apa yang aku dapat. Akan tetapi pada aku, aku ada target yang cuba aku capai… dan aku tidak berjaya lagi capai target itu, pada kali ini.

Tinggal lagi dua semester sebelum aku menamatkan pengajian diploma ini. Aku berazam untuk berusaha sebaik mungkin dan aku akan cuba lagi untuk mencapai target aku di 2 semester yang akan datang. Insyaallah, jika diizinkan Allah, aku akan dapat mencapai apa yang aku hajatkan.😉

Teruskan berusaha KP. Go, go go!

 

KP

9 Mei 2014.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s