Jadual seminar semester 7

Posted: May 30, 2014 in 2014 Semester 7
Tags:

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sudah agak lama aku tidak tulis apa-apa di blog ini. Kebelakangan ini agak sibuk dengan tugas di tempat kerja. Balik pula, badan dah penat lalu tidur awal. Keesokannya perkara yang sama berulang dan begitulah hari-hari yang berlalu kebelakangan ini. Huhu…šŸ˜¦

Baiklah, satu perkara baru untuk dimasukkan dalam lipatan sejarah blog ini, iaitu jadual seminar untuk semester 7 telah pun dikeluarkan, seperti yang dapat kita lihat bawah ni.

 

Jadual S7

 

 

Seperti biasa, aku akan ada 4 kelas dari pagi hingga ke petang. 3 subjekĀ akan ada 5 kali seminar dan subjek FIN358 adalah satu-satunya subjek yang akan mempunyai 7 kali seminar untuk semester ini. Itu sudah menjadi kebiasaan di mana subjek mengira akan ada lebih seminar berbanding subjek yang lain.

Seminar pertama akan bermula pada 28 Jun 2014. Kalau tak silap keesokan harinya, 1 Ramadhan. Aku dijangka akan boleh mula mendaftar pada 3 Jun nanti. Tak lama dah tu, minggu depan.

Semester baru akan bermula. Aku kena setkan target baru, untuk capai hajat yang aku idamkan. Insyaallah, dengan terus berusaha segalanya boleh dicapai.

Go, go, go KP!

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s