Nama pensyarah semester 7

Posted: November 29, 2014 in 2014 Semester 7

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Alhamdulillah… Habis dah segalanya untuk semester 7 yang lepas. Tak lama lagi nak masuk semester 8 lak. Lama dah sebenarnya nak tulis pasal ni, tapi masa yang tidak mengizinkan, membuatkan ia terbiar begitu sahaja.

Baiklah.. Seperti biasa, aku akan mencoretkan serba sedikit perihal pensyarah untuk semester yang lepas, iaitu semester 7. Di bawah inilah nama-nama pensyarah yang banyak berjasa pada aku pada semester lepas.

1. PM Puan Norlida Kamaluddin.

Kami memanggil beliau dengan panggilan ‘Puan’ sahaja, walaupun di hadapan nama beliau ada ‘PM’ yang bermaksud Prof. Madya. Pada mulanya, ada antara kami nak panggil beliau dengan panggilan ‘Prof’, akan tetapi entah bagaimana… Panggilan Puan juga yang lekat. Tak kisah lah… Beliau pun tak pernah tegaskan nak panggil beliau dengan panggilan apa. Yang penting, panggilan itu menunjukkan rasa hormat kami sebagai pelajar kepada beliau seorang pensyarah.

Beliau seorang yang fasih berbahasa Inggeris. Beliau menggunakan bahasa ini sebagai perantaraan semasa di dalam kelas. Jarang sekali beliau menggunakan Bahasa Melayu.

Banyak juga ilmu yang beliau curahkan sepanjang mengajar kami subjek MGT269 – Business Communication. Kami ditunjukkan cara bagaimana untuk mengendalikan mesyuarat, interview, membuat surat rasmi, membuat laporan dan sebagainya. Banyak yang aku belajar dari beliau.

Pengalaman mengendalikan mesyuarat dan interview yang paling aku suka. Kami diminta untuk membuat mock meeting dan mock interview. Aku satu group dengan Erwan, Hani dan Mariani. Memang syok berlakon. Kami berlatih, kemudian rakam, edit dan lihat semula hasil lakonan kami. Memang best.

2. Puan Norina Ahmad Jamil.

Beliau mengajar subjek MGT345 – Operation Management. Orangnya bersederhana dalam penampilan. Mempunyai tutur kata yang tegas dan jelas. Senang memahami apa yang beliau sampaikan.

Melihat pada gaya beliau mengajar, menunjukkan pengalaman beliau yang sudah banyak dalam subjek ini. Kami ditunjukkan jalan yang senang untuk selesaikan soalan dalam peperiksaan. Memang senang… Praktikkan beberapa kali dan alhamdulillah… Aku berjaya untuk dapatkan A untuk subjek ini. Syukur.

3. Encik Syah Rizal Zambahari.

Pensyarah ini mengajar subjek FIN358 – Investment Management, mempunyai perwatakan yang tersendiri. Nampak agak ‘straight to the wall’ pada mulanya. Beliau tegas dengan apa yang disampaikan. Semasa ujian pun, meja akan dijarakkan antara sesama pelajar dan beliau memantau bak burung helang terbang di udara mencari mangsa. Bagus.

Walaupun begitu, aku tak segan dan gentar. Aku tanyakan juga apa yang aku tak pasti. Beliau juga seorang yang agak aktif di dalam i-class. Banyak soalan yang aku tanyakan, dan beliau telah membantu dengan jayanya.

4. Encik Ahmad Shazeer Bin Mohamed Thaheer.

Encik Shazeer mengajar subjek MGT361 – Introduction to International Business. Beliau kelihatan masih agak muda. Mungkin lewat 30-an. Beliau juga menggunakan Bahasa Inggeris sepanjang masa, kebanyakannya.

Beliau suka tanya pelajar. Disebabkan beliau tahu nama aku, sebab aku merangkap ketua kelas lah kiranya, jadi tanpa segan silu, beliau akan menyebut nama aku. Tak kisahlah ketika memberi contoh atau ketika menanyakan soalan. Hehe…

Ada bagusnya juga jika pensyarah kenal dan tahu nama kita. Ianya akan menyebabkan ikatan antara pelajar dan pensyarah akan menjadi semakin rapat. Bagus subjek ni. Banyak yang aku belajar dari nota dan assignment.

Orait. Itu sahaja yang sempat aku coretan kali ini. Hari ni pun, nak senaraikan nama mereka, aku kena semak balik catatan yang lepas. Huhu… Cepat sungguh masa berlalu dan secepat itu juga ingatan aku semakin kelam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s