About Me !

Blog ini adalah tempat aku merapu meraban, setelah penat lelah menjalani kehidupan seharian, di samping kerja dan keluarga tersayang, ditambah lagi dengan belajar. Insyaallah boleh tamatkan belajar ini dengan jayanya, ini adalah jalan yang aku pilih.

Aku mengambil Diploma Pengajian Perniagaan (atau dikenali juga sebagai Diploma in Business Study, ย DBS – BM111) di Fakulti Pengurusan Perniagaan, dalam mod Program Pengajian Luar Kampus (PPLK) di UiTM Shah Alam, sejak May 2011 hingga kini. Aku cuba mencoretkan perjalanan hidup aku semasa bergelar pelajar ni, kat sini. Insyaallah, boleh dijadikan rujukan atau kenangan suatu hari nanti. Mana tahu, ada yang berminat… anak cucu mungkin.๐Ÿ™‚

Good Luck KP !

Facebook / Email:ย kerintingputih[at]gmail.com

Comments
  1. iela says:

    Salam, saya pun ambik kos yg same BM111 hehehe baru 1st seminar aritu….harap2 saudara boleh berkongsi ilmu dengan daya yer…^_^ budak baru belajar

  2. along says:

    x ada beza la course kta ni kan..sya ambik course bm112 banking..uhuhu agak ssah jga la kn course kta ni..

    • KP says:

      Mmm… tak pasti sangat apa beza antara BM111 dan BM112, tapi rasanya kebanyakan subjek sama, mungkin ada satu dua yang berbeza. Nak kata susah, memang susah, tapi insyaallah kalau terus berusaha, yang susah akan menjadi senang.๐Ÿ˜‰

  3. riz says:

    as salam nk tnye study dip business ni ok x?ssh sgt ke?sbb sy pn ingt nk amik course ni.minta pandangan.

    • KP says:

      Salam Riz, program DBS ni pada saya tidaklah susah sangat. Masih boleh difahami dan boleh score jika berusaha. Ada juga antara sahabat sekelas yang tidak berapa menguasai bahasa inggeris (sebab buku dan exam dalam English), tapi masih boleh mendapat pointer yang baik kerana mereka terus berusaha.๐Ÿ™‚

      DBS ni bagus, ada antara subjek yang berdasarkan pengiraan dan pemahaman. Setakat sehingga 3 semester yang lepas, memang seimbang.

  4. riz says:

    oo.cm lecturer pn mngajar dlm english ke bm?handout di beri atau kte yg kne cri sndri?maaf bnyk tnye.he2

  5. KP says:

    Lecturer biasanya akan guna bahasa melayu dan Engish masa mengajar. Sebab diorang pun paham tak semua yang teror English.๐Ÿ™‚ Buku nota biasanya pihak UiTM ada sediakan. Nota tambahan ada juga lecturer beri. Kiranya semua hampir lengkap, terpulang kepada pelajar tu sendiri nak usaha banyak mana, utk dapat apa yang dia nak.๐Ÿ˜€

  6. riz says:

    oo cmtu.snang skt dpt tau cmtu.thanks 4 the info.:)

  7. jalan-jalan sini.๐Ÿ™‚ baguslah buat blog cerita macam ni. at least nanti kalau ada yang terpinga-pinga nak cari rujukan yang related dengan course awak ni, senang sikit diorang kan.. all the best ye utk study.

    • KP says:

      Terima kasih sebab sudi singgah sini.. and thanks for the wishes.

      Yep, selain untuk rujukan pelajar lain, saya juga suka untuk baca semula coretan yang lepas-lepas. Tentu lagi seronok mengimbau kenangan lama, bila blog ini dibaca semua pada tahun-tahun mendatang.๐Ÿ™‚

  8. mdnor says:

    salam, awak dah habis ker belum.. saya baru belajar akaun.

    • KP says:

      Salam mdnor. Saya sekarang di semester 6, tinggal lagi satu paper exam nak habiskan minggu depan. Hehe.

      Kalau takde aral melintang, insyaallah 2 sem lagi habis lah study nih.

      Amik akaun? Best tu.

  9. Anna says:

    Assalam. Sy nk tanya, kalau amek kos ni boleh lead to nk buka business ke? And, antara kos nie and account mana lgi berat?

    • KP says:

      Salam. Mengenai buka bisnes tu, saya tak pasti sangat. Tapi banyak perkara yang boleh dipelajari, dan kemudian gunakan dalam menguruskan bisnes. Ini memang ada.

      Antara 2 kos tersebut, saya rasa akaun lagi berat. Kena mahir math dan sebagainya. Business study boleh lagi bawa, tak sehebat akaun pada pandangan saya.๐Ÿ™‚

  10. Nurul Ain says:

    Assalamualaikum. I’ll start my studies for this course on 2nd June. Cuak pun ada sebenarnya hehe i just wanna ask, course ni punya market ok tak in future nanti? Mathematics dia complicated sangat tak? Haaa im not really good in maths tho.

    • KP says:

      First of all, congratulation! Bukan senang nak dapat tempat untuk sepenuh masa, walaupun secara PJJ @ PLK.

      Secara jujurnya, saya tidak tahu bagaimana ‘market’ untuk kursus ini. Saya ambil kursus ini pun sebab nak ‘pegang sesuatu di tangan’ untuk senang dinaikkan pangkat atau jika hendak minta jawatan lain di kemudian hari. Sekarang ni pun ramai orang yang dapat kerja tidak sama dengan apa yang dipelajari. Perkara biasa.

      Subjek yang melibatkan pengiraan tidaklah susah sangat. Jika tumpukan perhatian dalam kelas, rajin buat latihan, kemudian rajin bertanya jika tak tahu, insyaallah tak ada masalah.

      Semoga berjaya.

  11. pikacu says:

    salam..cuma nak minta pendapat..sya amik kos bm111 jgk..sya dgr cam2 pndgn tntg bisness study nie..dgr2 peluag pkrrjaan course nie terhad lagi2 tuk owg pompuan..sya mohon course nie kat inst pro baitumal(ipb)..course nie pro under uitm..tpi sya takut + rgu2 la nak amik..ape beza eek kita amik course nie kat ipb gan kt uitm sndiri?

  12. nana says:

    salam..saya sem 1.macam mana nk beli buku2 course BM111 untuk buat rujukan study. harap tuan dapat membantu.

    • KP says:

      Salam Nana. Tahniah sebab dah masuk sem 1.

      Semasa saya study dahulu, buku boleh diambil dari Dwelling 6 (kalau tak silap) kat InED. Tunjukkan resit pembayaran yuran dan salinan slip pendaftaran untuk subjek yang diambil. Kemudian dapat lah buku teks.

      Kalau buku rujukan tambahan pula, biasanya pensyarah yang akan cadangkan buku mana yang bagus, yang mereka gunakan.

      Harap Membantu.๐Ÿ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s