Archive for the ‘2011 Semester 1’ Category

Nama pensyarah sem 1

Posted: November 23, 2011 in 2011 Semester 1

Aku pasti setelah beberapa ketika nanti, setelah jauh meninggalkan semester 1, aku dan pelajar yang lain akan lupa akan nama2 pensyarah yang telah banyak berjasa kepada kami. Jadi, untuk mengabadikan nama2 mereka, sekurang-kurangnya ke dalam blog ini, aku ingin menyenaraikan nama mereka di sini:

1. Pn Roziah Ani, untuk subjek MAT112: Business Mathematics

2. Ustazah Kamariah Yusoff, untuk subjek CTU101: Prinsip-Prinsip Asas Islam

3. Cik Norhashima Shukor (Ms Shima), untuk subjek BEL120: Consolidating Language Skills

4. Encik Saiful Azmir Bin Kasdi ( Mr. Q), untuk subjek MGT162: Fundamental of Managements

Merekalah yang telah banyak berjasa kepada kami semua. Segala tunjuk ajar, tips dan trik yang diturunkan kepada kami, telah digunakan sebaiknya, dan alhamdulillah keputusan semester 1 amat memberansangkan sekali. 🙂

Advertisements

Keputusan periksa semester 1

Posted: November 11, 2011 in 2011 Semester 1
Tags:

Keputusan peperiksaan semester 1 dah keluar hari Jumaat lepas, 4 November. Pagi tu, pagi-pagi lagi, lepas sembahyang subuh, aku terus buka laptop, semak dalam Student Portal, nak tengok sama ada, ada atau tidak keputusan periksa dikeluarkan oleh pihak UiTM seperti yang dijanjikan mereka sebelum ini. Aku login, nak klik pada Examination Result, tapi tak boleh, link tersebut macam tak aktif. Aku agak kecewa, tapi tak mengapalah mungkin ada la nanti-nanti tu.

Memandangkan aku dah buka intenet ni, aku buka sekali Google Reader, nak tengok perkembangan blog-blog yang aku subscribe, dan seterusnya buka akaun Gmail aku.  Tup tup nampak pulak satu email dari sims, yang menyatakan keputusan dah dikeluarkan. Aku terus buka email tersebut, dan terpegun seketika. Alhamdulillah, aku dapat keputusan yang amat bermakna sekali dalam kehidupan aku sebagai pelajar ini, di mana aku mendapat pointer tertinggi dalam gred GPA. Alhamdulillah, syukur padamu ya Allah.

Keciwa

Posted: October 24, 2011 in 2011 Semester 1
Tags:

Jumaat malam Sabtu lepas aku ke Pusat Sukan UiTM sebab dah janji dengan rakan-rakan sekelas yang lain, nak main badminton sama2 kat situ. Court memang dah booked, amik B & C, dari pukul 8.00-12.00 tengahmalam, 4 jam. Pukul 8.40 malam aku dah tercegat kat situ, punyalah ramai orang. Dari pukul berapa diorang ni datang tak taulah.

Sebelumnya dah janji dengan yang lain termasuk Rome, SS, Azni, Edy, tapi nampaknya hanya 3 orang yang datang, termasuk aku, Anita dan Hani. 😦 Malam tu hujan, ramai yang terkandas, tak dapat datang. Jadi, kami bertiga je lah malam tu. Edy datang kejap, hantar shuttle. Ingatkan dia nak main sekali, ok lah jugak ada 4 orang. Ceh !

Keesokannya, Sabtu malam Ahad, kami plan nak main lagi. Kebanyakan yang tak dapat datang hari Jumaat, kata nak datang hari Sabtu. Tup-tup aku ada hal pulak, aku ke Meru  klang. Lama pulak kat sana, balik sampai rumah dah pukul 11.00 malam, tak sempat nak join diorang. Tapi okay la jugak, hari Sabtu ramai yang datang. Dari gambar yang Edy letak kat Facebook, ada SS, Rome, Edy, Raja Jamil, Red Baron dan Anita. Ramai gak tu, dah boleh dah lawan. Sayang, aku tak dapat join. Nanti nak set baik tarikh lain, nak repeat. 🙂

Sabtu yang happening di INTEC

Posted: October 18, 2011 in 2011 Semester 1
Tags: ,

Alhamdulillah, speaking test dan listening test BEL120 dah abis minggu lepas,  lega rasanya. Mengikut jadual asal, kelas sepatutnya start pukul 10.00 pagi, tapi kemudian diberitahu yang kelas hanya start pukul 10.30 pagi, sebab kelas kat INTEC tu akan dibuka hanya pada 10.30 pagi. Sementara menunggu, explore INTEC jap, nak cari kat mana gelanggang badminton, tapi tak jumpa kat mana.

Listening test, ok je, dengar rakaman suara yang dimainkan dalam kelas dan jawab soalan objektif dan subjektif dalam kertas yang disediakan. Kira kacang gak la. 🙂

Speaking test yang agak mencabar, sebab masing2 kena cakap dalam bahasa inggeris. Ramai gak la yang terkedu, tak tahu nak cakap apa, masing2 kat luar kelas bawak diri masing2, cuba untuk tenangkan diri, agaknya… Satu kumpulan perlu ada maksima 6 orang je boleh. Sementara satu kumpulan buat test, yang lain kena duduk kat luar sementara giliran masing2 sampai. Aku dapat kumpulan yang paling akhir, satu kumpulan dengan Pauzi, akmal, Ameeruddin dan Qamar… 5 orang je. Tapi diorang ni best, banyak idea yang diorang luahkan, menambahkan kehangatan perbincangan dan tentunya menambahkan jawapan yang perlu aku ucapkan sebab masa tu, aku ambil peranan ala2 pengerusi. 🙂

Kitorang dapat topik ‘bagaimana nak dapatkan lebih ramai ahli untuk kelab pertahanan diri (martial arts)’. Kena berikan kelebihan memasuki kelab ni (mmg dah ada) masa dapat soalan ni. Dan jugak, kena tambahkan sebarang bantahan, tak boleh semua orang dalam kumpulan sokong je apa yang diusulkan. Best, pasal Akmal dan Qamar bertindak macam pembangkang, Pauzi dan Ameeruddin sebagai pencadang. Hebat gak lah kitorang, kejap je rasa 10 minit masa perbincangan tu. Kitorang dapat markah 23/24, cayalah kumpulan kami. 🙂

Abis test, lebih kurang 1.45 petang. Ye memang lambat… pasal amik masa gak nak abiskan semua test, utk semua kumpulan, memang dah agak dah. Terus kitorang pergi makan dekat satu gerai kat belakang stesen bas Seksyen 17. Ramai2 pergi makan, termasuk Ameeruddin, Akmal, Pauzi, Qamar, Naqib, Azizi (Summer Smoke), Hani, Anita dan Syafura. Azni dan Hafizal tak join kitorang makan, dia tunggu kat gelanggang badminton.

Habis makan, tak tunggu apa dah, terus pergi ke gelanggang badminton, sebab dah buat tempahan dari pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang. Masa habis makan tu pun dah 2.15 petang. Cari punya cari, gelanggang badminton ni (dalam gimnasium) dekat je rupanya dengan pejabat bendahari INTEC. Haha… kitorang main sampai pukul 4.15 lebih kurang, tak larat dah nak main, pasal mungkin baru je makan, terus melompat itu ini. Kalau ikutkan boleh je main lagi, takde sapa pun jaga tempat tu.

Exam dah abis

Posted: October 14, 2011 in 2011 Semester 1
Tags:

Jumaat, 30 September 2011, berakhirlah kertas terakhir utk semester ni. Aku jawab kertas MAT112 pada hari tersebut. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar, apa yang aku ulangkaji untuk paper ni, amat berbaloi sekali. Aku dah buat yang terbaik, selebihnya terserah padaNya untuk menentukan, berapa yang akan aku dapat nanti.

Ni senarai tarikh periksa semester ni:

BEL120: 19hb Sept 2011

CTU101: 20hb Sept 2011

MGT162: 26hb Sept 2011

MAT112: 30hb Sept 2011

Yeah, sekarang tengah cuti, menghabiskan masa yang ada sebelum semester kedua bermula. Post ni aku update lambat sikit, asalnya dah buat sikit tapi save as draft. Hari ni baru terniat nak sambung semula. 🙂

Badminton time

Posted: October 14, 2011 in 2011 Semester 1
Tags:

Tomorrow, after the BEL120 tests, I planned to play badminton with my classmates at INTEC, Shah Alam. I’ve booked the court, INTEC’s HEP charged me for RM20 for 2 hours from 2.00 pm until 4.00 pm. Earlier, I though it will be free as I’m utilizing university’s facility but looks like I’m wrong. Outsiders also will be charged at the same rate, RM10 per hour.

Right now, it’s  confirmed that I’ll play with 4 of the invited members, they are Summer Smoke, Romezan, Azni and Hafizal. Edy is not confirmed yet whether he is joining us or not. I also invited the other classmates. Right now, Anita and Hani are interested to join us. Alright, the more members the merrier the day will…. Looking to the schedule at HEP yesterday, there is nobody else will be playing on that day. So, if the other courts will be not occupied, I just thinking of occupying them. Hehe. 😉

This activity is just idea from me to utilize the free time we have now, as we have finished our exam on the last day of September. The second semester expected will be started by end of November. So, there is still many free time for us, before we start concentrating on study, again.

BEL120 tests

Posted: October 14, 2011 in 2011 Semester 1
Tags:

Tomorrow, 15th October 2011, 10.00 am, my classmates and I will have to sit for 2 tests, which are speaking and listening test. The tests will be held at INTEC, Seksyen 17, Shah Alam.

Those tests supposed to be finished already, but I understand that the lecturer has many things to do. As a result, we will do our test tomorrow, 2 weeks after the last exam paper, for this semester.

It’s okay, as long as I try my best tomorrow, everything is gonna be okay ! 🙂