Archive for the ‘2011 Semester 2’ Category

Mesej #UITM.STUDENT

Posted: May 31, 2012 in 2011 Semester 2
Tags:

Tak tahu apa yang terjadi, akhir-akhir ini selalu dapat mesej kat henpon, macam bawah ni:

#UITM.STUDENT : Selamat pagi kepada semua pelajar UiTM.. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. UiTM dihatiku. Sahol Hamid

Bukan mesej sebenarnya, ia macam notification. Ia tak masuk ke inbox henpon, cuma dipaparkan kat muka depan. Tak boleh reply, cuma boleh pilih “OK” je untuk hilangkannya. Dah cuba juga tanya rakan-rakan seperjuangan lain, kat Facebook dan nampaknya hanya aku sorang je yang dapat mesej camni. Kenapa eh?

Masa terima mesej ni tak tentu. Adakalanya siang, malam, pagi, petang… memang tak tentu. Kadang-kadang, masa nak tidur pun, mesej ni masuk jugak. Ingatkan ada sapa-sapa yang hantar mesej, tapi mesej ini rupanya. Adakalanya, bila terlalu kerap terima, macam mengganggu pun iye jugak.

Nak kata aku subscribe ke mana-mana perkhidmatan yang ditawarkan oleh UiTM, takde lah pulak. Nak kata aku langgan kata-kata indah, penyeri suasana, takde jugak. Aku memang tak biasa langgan apa jua servis yang disediakan oleh Maxis atau apa jua rangkaian perkhidmatan lain.

Ada jugak yang memberi pandangan, mungkin kena virus… jangan lah. 🙂

Teringat semasa dulu

Posted: May 18, 2012 in 2011 Semester 2
Tags:

Semalam adalah sejarah. Itu hakikat yang tidak dapat diubah.

Teringat semasa dulu, masa mula-mula daftar kat Dewan Sri Budiman. Pagi-pagi lagi aku keluar dari rumah, mengahala ke UiTM Shah Alam, datang dengan tak tahu jalan ke dewan ni, tanya kat pakcik pengawal kat pintu masuk UiTM. Lepas tu terus menuju ke tempat yang ditunjukkan, ke satu bangunan tinggi di atas bukit. Sampai sana, orang dah ramai dan aku terus ikut beratur. Dapat satu beg berwarna merah berlogo UiTM, yang di dalamnya ada sebotol air mineral, sebuku roti dan sebuah buku panduan tentang cara menggunakan i-class. Isi borang itu ini, ambil gambar, beratur tunggu giliran.

Sebelah tengahari, alhamdulillah makan disediakan, jadi tak perlu fikir mana nak makan. Lepas makan, sembahyang zuhur kat surau yang ada kat situ. Sebelah petang pulak, dengar penerangan dari banyak pihak seperti dari wakil bendahari, pengarah InED dan lain-lain lagi. Bermulalah hari pertama aku sebagai salah seorang pelajar di UiTM Shah Alam.

Semester 1

Masa semester 1, hari pertama kelas agak ceria. Masing-masing saling berkenalan. Inilah kali pertama jumpa rakan sekelas, aku tak pernah jumpa mereka walaupun semasa daftar tempohari. Subjek pertama pada pukul 8.30 pagi, di hari itu adalah Business Mathematic (MAT112) kalau tak silap. Penyarahnya (Puan Roziah Ani) mengajar dengan begitu efisien sekali, membuatkan aku terus meminati subjek ini, dah alhamdulillah aku berjaya mendapat markah yang terbaik dalam peperiksaan. 🙂

Sempat juga kami buat beberapa study group, bertempat di tempat kerja Kak Nor di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil. Kali pertama, kami berjaga hingga 2.30 pagi menyiapkan test 1 MAT112 yang perlu dihantar pada keesokan harinya. Ramai juga yang datang, lebih kurang 9 orang rasanya. Ramai juga yang terlentok, tidak dapat menahan mengantuk tapi kami tabahkan juga menyiapkan kesemua soalan yang diterima. Yelah, di siang hari kami bekerja, perlu korbankan masa selebihnya untuk membuat pelbagai tugasan yang diberi. Syabas untuk mereka yang hadir: Aku, Edy, Fauzi, Romezan, Faiz, Anita, Fazdillah, Kak Nor dan Kak Ti.

Sebelum periksa bermula, Puan Roziah dengan rasa bertanggungjawabnya, untuk membantu para pelajarnya memahami subjek MAT112, telah mengadakan satu bengkel matematik. Bengkel ini diadakan di fakulti perakuanan, di Menara SAAS. Pertama kali aku naik menara ni, ke satu kelas di tingkat 7 kalau tak silap. Ramai juga rakan sekelas yang datang di samping pelajar-palajar perakaunan yang mengambil subjek yang sama.

Kemudian, musim periksa bermula. Peperiksaan untuk keempat-empat subjek  diadakan di Kompleks Sukan UiTM. Dewan ni besar, kalau takde acara atau takde periksa, dewan ini boleh digunakan untuk main badminton. Ada 8 gelanggang dalam dewan ni. Banyak kan? Habis je periksa untuk subjek terakhir (MAT112), ramai antara kami yang sama-sama minum kat Wong Solo, Seksyen 7. Masa ni memang lega sangat, terasa bebas dari belenggu irama, terasa sangat merdeka. Balik rumah, terus tidur untuk menggantikan semula tidur yang tertunggak. 😀

Habis periksa, ada antara sahabat menyarankan untuk main badminton. Aku aturkan. Selepas habis test BEL120 di INTEC, Seksyen 17 Shah Alam, kami main badminton di tempat yang sama, di dalam INTEC. Kemudian, kami rancang untuk main semula untuk kali kedua. Kami plan untuk main di Kompleks Sukan. Pada hari pertama tak ramai yang datang, 3 orang je. Aku, Hani, Anita dan Edy (yang datang sekejap sahaja). Hari kedua pulak, aku tak dapat nak datang, ada hal lain. Masa tu ramai juga yang datang, seramai 6 orang, macam dalam gambar atas ni. Kredit untuk Edy, untuk gambar yang aku ambil di Facebook.

Semester 2

Masa semester 2, kelas di hari pertama tu, pada tengaharinya kami makan bersama-sama, beramai-ramai sebab aku tunaikan nazar aku, untuk belanja semua rakan sekelas makan. Seronok ramai-ramai makan ayam penyet, ayam bakar dan ada juga yang pilih pecel lele kat Wong Solo. Ramai juga yang ada masa tu, lebih kurang 22 orang. Alhamdulillah, selesai sudah satu perkara yang wajib aku laksanakan.

Sempat juga kami berkelas sebelah malam, untuk subjek MKT243. Adalah sebanyak 2 kali rasanya di tingkat 1, bangunan fakulti tempat kami belajar. Pertama kali tu, kami kena jawab kuiz, memang tak sedia, jadi jawapan dan markah pun haru biru je. Kelas kedua pulak, perlu jawab test 2. Memang haru, susah jugak soalan-soalan yang diberi. Tapi aku siapkan jugak. Terima kasih Puan Ainul atas budi bicara yang amat baik sekali pada kami semua. Kami hargainya.

Antara subjek mencabar adalah CTU151. Untuk menyiapkan tugasan berkumpulan, aku dan rakan sekumpulanku Naqib perlu mencari bahan di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. 2 kali kami ke sana untuk mencari bahan. Akhirnya siap juga tugasan ni, lepas tu kena present pulak kat depan kelas. Kena sediakan sedikit slide dan bentangkan. Syabas untuk Naqib, dia telah bentangkan tugasan kami dengan begitu baik sekali. Aku? Tukang klik untuk tukar slide je. Hehe… 😀

Untuk subjek BEL260, kami juga telah menjalani speaking dan listening tests. Setakat listening test tu okay lagi sebab agak senang. Perlu dengar dengan teliti, dan kemudian jawab soalan berdasarkan apa yang didengar. Tapi bila memikirkan tentang speaking test, seram sejuklah jugak. Yang paling best, semua orang kena berpakaian formal. Bagi lelaki, perlu pakai baju kemeja, seluar slack, dan berkasut hitam. Memandangkan aku bukan berpakaian begini semasa kerja, agak kekok lah jugak. Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar, dan kumpulan aku telah membuat yang terbaik tanpa banyak komen dari Ms Doreen, 🙂

Antara kenangan manis yang lain ialah, aku telah mengajak rakan sekelas untuk cabaran belanja makan. Selain untuk menguji diri sendiri untuk membuat yang terbaik dalam sejarah hidup, aku juga ingin sahabat lain turut serta, untuk mereka membuat yang terbaik ketika periksa, untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Sambutannya, biasa sahaja. Ada juga yang agak keberatan untuk turut serta, tapi tidak mengapa. Keputusan periksa telah keluar, dan nampaknya orang yang perlu belanja orang lain untuk makan kali ini adalah Odah.

Rasanya itu sahaja yang dapat aku coretkan buat masa ni. Sesekali, seronok juga mengimbau kenangan lama. Yep, kenangan itu indah. Aku kerinduan. Rindu untuk kembali ke kelas semester 3 nanti, kembali balajar, kembali membuat tugasan dan test, dan periksa. 😀

Beberapa ketika selepas mendapat keputusan periksa untuk semester 2 yang lepas, aku sempat sembang dengan Hafizal, sebelum kami main paintball kat Dome Paintball. Ketika itu juga ada Bob Lagenda di situ, dan kami sempat bertukar pandangan. Hajat di hati, nak tanya pendapat orang lain, untuk ambil lebih subjek di dalam semester akan datang, supaya jumlah semester dapat dikurangkan.

Dalam pelan pembelajaran InED untuk DBS yang aku ambil ini, aku perlu habiskan 8 semester untuk menggenggam segulung diploma di tangan. Jika aku ambil 5 subjek di dalam setiap semester, di antara semester 3 hingga 7, aku akan dapat jimatkan satu semester. Tidak perlu belajar pada semester kelapan. Di sini, aku dapat jimat masa pembelajaran, dari 4 tahun kepada 3 tahun setengah. Itu kelebihannya.

Keburukannya pula, masa aku akan banyak dihabiskan dengan belajar, masa untuk perkara lain akan berkurangan. Aku perlu betul-betul tumpukan perhatian, jika ingin score kesemua subjek. Kalau setakat dapat cukup makan je untuk subjek yang diambil, macam tidak berbaloi juga. Kalau aku gagal mana-mana subjek, aku perlu repeat semula subjek tersebut. Isk, banyak risikonya.

Lagi, subjek kelima mungkin kelasnya adalah pada hari lain, tidak sama dengan hari seminar untuk 4 lagi subjek yang lain. Jadi, aku perlu korbankan masa, tenaga, wang tinggit dan banyak lagi aspek lain untuk subjek tambahan ini. Rasa membazir pula jika perlu datang ke UiTM 14 kali setiap semester, disebabkan oleh subjek kelima ini. Kalau ambil 4 subjek, hanya perlu datang 7 kali je setiap semester.

Jadi, setelah ditibang tara, aku telah membuat keputusan yang aku akan ikut pelan yang telah digariskan oleh InED, iaitu mengambil 4 subjek dalam setiap semester hingga semester kelapan. 🙂

Alhamdulillah, hari Ahad lepas, 6hb May 2012, plan main paintball kat Dome Paintball, The Summit USJ menjadi kenyataan.

Seperti yang telah dirancang, aku keluar rumah awal untuk sampai awal kat Summit. Asalnya nak jumpa Hafizal kat satu tempat untuk kami pergi sama-sama, tapi kemudian dia bagitau yang dia pergi sendiri. 1.15 petang aku dah siap parkir motor kat tempat parkir motor dalam Summit. Cek henpon, ada 2 missed call, satu dari Hafizal dan satu lagi dari Syafura. Aku telefon balik keduanya, mana tau ada hal penting. Hafizal tak angkat panggilan, masih atas motor lah tu. Syafura pulak tanya aku kat mana, dia kemudian minta aku cek reservation bila dia tau yang aku dah sampai.

Aku sebenarnya tak tahu tingkat mana tempat main paintball ni, aku agak je yg ia terlatak kat tingkat 4. Tekaan aku betul, bila aku naik je tangga eskalator dari tingkat 3 ke 4, dah nampak dah pintu masuk ke Dome Paintball ni. Aku mesej rakan-rakan yang lain, beritahu diorang yang tempat ni memang kat tingkat 4. Takut nanti ada yang tersesat pulak ke tingkat lain. 🙂

Melilau jugak mata mencari kalau-kalau ada orang yang aku kenal, tapi nampaknya aku adalah orang yang pertama sampai. Aku kemudian terus ke kaunter, cuba nak semak reservation. Alhamdulillah, semuanya ok, nama Syafura (dia yang buat booking reservation) ada kat dalam senarai. Team kami dijadualkan pada pukul 2 petang.

Tak lama kemudian, Hafizal sampai. Kami sembahyang zuhur dulu kat surau yang ada kat tingkat yang sama, tak jauh dari pintu masuk ke Dome Paintball ni. Selesai solat, kami masuk semula. Mana tahu ada rakan lain yang dah sampai, tapi takde… Tak lama kemudian Bob Lagenda muncul (aku tak tau nama sebenar dia, ini pun nama dalam Facebook je, hehe). Lebih kurang pukul 2 petang, Adi pulak sampai, cukuplah 4 orang untuk satu team 2 orang: 2 lawan 2. Yang lain-lain tak nampak batang hidung lagi, walaupun jam dah menunjukkan sudahpun pukul 2 lebih. Ceh, diorang ni memang janji *tut*. Hahahahah… tak tau nak gelak marah ke gelak suka, ikut suka korang lah camne nada korang baca. 😀

AT: Sebelum bertempur

Posing dulu sebelum bertempur

Lama jugak menanti, rasanya dalam pukul 3 petang pun kami tak mula lagi sebab masih lagi menunggu rakan lain yang masih belum tiba. Orang kelima sampai adalah Syafura, kemudian diikuti oleh Odah beserta suami dan anak-anaknya. Akhir sekali Hani sampai diikuti dengan kawan-kawan dia. Cukuplah 12 orang untuk main, walaupun kami target mula-mula, 16 orang (yang dah setuju).  Ada di antara mereka yang beritahu awal tak boleh datang, jadi bolehlah cari pengganti, tapi ada juga yang tak bagitau, maka kuranglah sedikit bilangan yang jadi main.

Sebelum main, ada sorang staff Dome Paintball (referee) yang beri kami tunjuk ajar, untuk bagaimana nak main, cara main, cara pegang marker (panggilan utk senapang tu), cara tembak, dan macam-macam lagi. Secara amnya, kalau sapa-sapa yang tak pernah main pun tak perlu risau, memang ada penerangan lengkap sebelum main permainan ni.

Setelah semua siap sedia, kami 12 orang ni pun masuk ke padang tempat bertempur. Tempat ni rasanya lagi challenging dari padang yang satu lagi. Kat dalam padang ni ada tangga (sesuai bagi yang nak jadi ala-ala sniper), ada bermacam objek (belon plastik) yang berbentuk kereta kebal, dinding pertahanan, castle dan sebagainya. Sesuai untuk main sorok-sorok sambil tembak menembak. Kat padang satu lagi, macam rata je, belon plastik pun bentuk biasa je. Macam tak berapa best.

Ready for action

Round pertama, team aku (team hijau) kalah. Yelah, belum apa2, baru je nyorok balik tiang, cuba nak carik musuh, dah kena tembak kat kepala. Yep, sebahagian rambut aku kat tempat kena tembak tu, berbekas cecair berwarna merah jambu. Binawe punya Hafizal, dia dapat naik ke atas tangga, dan senang nak tembak sorang-sorang dari atas tu. Cis… Tempat diorang, belah yang boleh naik ke tangga, senang nak serang, ada kelebihan tangga tu. Cis lagi…

Round kedua, team aku menang. Aku dapat tembak sorang tepat kat kepala, tapi kena mask dia lah. Masa tu aku nampak kepala jer, bahagian badan dia terlindung di sebalik satu belon plastik yang ada kat situ. Apalagi, takkan nak lepas peluang kan? 🙂 Kami dapat kelebihan tempat, walaupun aku rasa takde antara team member aku yang naik tangga. Haaa, baru korang rasa.

Round ketiga dan keempat aku tak pasti sapa menang. Aku kena tembak awal, jadi perlu berada di safety zone/area, di sebalik satu belon plastik berupa dinding. Masa round keempat tu, aku tak sedar yang peluru aku dah habis, dan aku main tembak je macam peluru masih ada. Tiba-tiba je sorang referee ni jerit sambil tunjuk kat aku, “Out !”. Aku yang terpinga-pinga terus melangkah ke tempat safety zone/area. Lepas buka tabung peluru, baru aku tau yang peluru memang dah habis. Cis, kalau aku tau, awal-awal lagi, aku tembak bila perlu je.

Tapi aku respek lah dengan Bob, Adi, Hafizal, Hani dan Odah dan korang yang lain, yang sempat main sampai round ketujuh. Pandai korang main. Jeles aku. Takpe, lain kali ada rezeki, kita repeat lagi. 🙂

Nama pensyarah semester 2

Posted: April 30, 2012 in 2011 Semester 2

Seperti yang pernah dibuat dalam semester 1 sebelum ini, aku akan mencatatkan nama-nama pensyarah setiap semester di dalam blog ini. Satu tujuan di hati, supaya nama mereka yang banyak berjasa dalam hidup aku, tidak terlupa dari pada ingatan diri yang semakin meningkat usia ini. 🙂

Untuk semester 2, di bawah ini adalah nama-nama pensyarah tersebut:

1. Encik Kamaruzzaman Muhammad.

Beliau mengajar subjek ACC115, Financial Accounting. Beliau cool, relax dengan perwatakan yang bersahaja dan dari gaya bahasanya, mungkin beliau berasal dari Kelantan atau pun Terengganu. Kadangkala berseloroh untuk menghilangkan kebosanan pelajarnya di dalam kelas. Mana tidaknya, rata-rata antara kami, tidak begitu memahami apa yang diajar, mungkin agak laju cara penyampaiannya.  Aku? Alhamdulillah, dapat memahami apa yang diajar dan dengan latihan yang konsisten, telah dapat merekodkan keputusan yang terbaik untuk subjek ini. Cayalah KP. 😀

 

2. Ms Doreen Azlina Ab Rahman

Beliau mengajar subjek BEL260, Intermediate English. Beliau masih muda lagi, mungkin awal 30-an, seorang yang amat fasih berbahasa inggeris (sudah tentunya), boleh bercakap tanpa henti membuatkan semua pelajar terpaku mendengar kata-katanya yang sungguh jelas dan nyaring sekali. Kalau duduk di belakang kelas sekali pun, suaranya boleh didengari dengan jelas sekali. Itu kelebihannya.

Pertama kali dalam kelasnya, semua pelajar perlu bercakap di dalam bahasa ingeeris, kalau tidak akan menerima sindiran yang pedas sekali, seperti yang terkena pada Syafura pada hari pertama kelas, di mana dia telah menjawab dalam bahasa melayu, dan dia ditanya semula, “What language is that? German?” Haha…

 

3. Ustazah Che Zaharah Bte Abdullah

Beliau mengajar subjek 151, Pemikiran dan Tamadun Islam. Orangnya berperwatakan sederhana, agak berusia (mungkin awal 50-an), menutup aurat, sesuai dengan panggilan diri yang dibawa oleh seorang ustazah. Bila berbincang mengenai subjek yang diajar, beliau akan cuba menerangkan dengan lebih mendalam tentang tamadun, juga tentang Islam…. menunjukkan pengalaman diri yang begitu meluas. Kelas untuk subjek ini pada sebelah petang (4.15 petang) dan ini membuatkan ramai yang tertidur kepenatan. Yelah, kelas telah pun bermula seawal 8.30 pagi. 😦

 

4. Puan Ainulmaawa Bte Hamat

Beliau mengajar subjek MKT243, Fundamentals of Marketing. Orangnya berpakaian biasa, simple dan bersuara nyaring. Masih muda lagi, aku anggarkan usianya dalam 30-an. Melihatkan usia anaknya yang pernah beliau bawa ke kelas, mungkin beliau lebih kurang sebaya dengan aku, tapi tak pasti.

Walaupun kelas hanya bermula pada kelas ke-3 (kelas pertama dan kedua tiada siapa yang mengajar), tapi beliau dapat menghabiskan silibus pembelajaran tepat pada masanya. Kalau tak silap, lebih awal dari pensyarah yang lain. Ini adalah kerana beliau adalah pensyarah pertama yang mengadakan kelas pada waktu malam.

Semalam, Jumaat 27 April 2012, buat kesekian kalinya pelajar diploma UiTM berdebar hati sewaktu menyemak keputusan masing-masing untuk peperiksaan semester lepas.

Pagi-pagi lagi sebelum subuh, lebih kurang pukul 4.30 pagi aku dah terjaga sebab anak kedua aku kejut, haus katanya. Lepas tu tak boleh nak tidur dah walaupun cuba dipaksa. Nak tak nak terpaksa lah aku gagahkan diri membuka laptop, bertujuan untuk menyemak keputusan periksa. Cari punya cari dalam akaun Gmail aku, takde pulak email dari SIMS UiTM. Hati berkata, “Aik, tak jadi ke result keluar hari ni?”

Aku pergi ke event yang dibuka oleh salah sorang penuntut UiTM di Facebook. Aku lihat ramai yang dah mencoretkan hasil keputusan diorang. Aku keliru kejap, pasal aku masih lagi mencari jalan bagaimana untuk melihat keputusan aku. Aku scroll satu persatu komen pelajar di situ. Ada seorang yang menyatakan yang email SIMS mungkin masuk ke folder SPAM dalam Gmail. “Lah, patut pun tak nampak kat Inbox tadi”. Aku terus ke folder SPAM, memang ada email dari SIMS. Aku sempat berfikir lagi, “Nak tengok sekarang ke nanti?”. Akhirnya, DISEBABKAN tak dapat menahan sabar, aku klik jugak email tersebut untuk mengetahui kandungannya.

Aku scroll perlahan-lahan, sambil cuba untuk menahan debaran di dada. Aku terkejut, terpaku seketika melihat keputusan di depan mata. Diri seakan tidak percaya, hati berkata lagi, “adakah aku masih bermimpi?”. Lama aku tatap setiap butiran yang tercatat, cuba untuk mencari kesalahan ejaan nama atau pun nombor kad matrik. Tapi aku tidak berjaya mencari sebarang kesilapan, keputusan tersebut adalah keputusan aku, bukan orang lain.

Alhamdulillah, keputusan sem 2 pada amnya boleh dikira baik, walaupun ia jauh meleset dari target aku. Aku telah set target untuk mendapat pointer yang tertinggi, tapi apakan daya aku hanya mampu merancang dan berusaha, selebihnya Allah jua yang menentukan. Aku terima, walaupun di kala ini hati kecil ini masih ralat dengan result yang diterima. “Takpe, sabar dan bersyukur ye KP, ada hikmah disebalik yang berlaku ini. Boleh cuba lagi di semester yang akan datang.” Aku memujuk hati.

Aku hanya mendapat satu A+ untuk subjek ACC115, dan ketiga-tiga subjek yang lain di bawah paras gred A. Apa-apa pun tahniah KP ! 🙂

Hati keluh kesah

Posted: April 22, 2012 in 2011 Semester 2
Tags:

Bila dah menaip tajuk entri kali ini, terfikir pula, “Betul ke apa yang nak diperkatakan ni. Keluh kesah? betul ke perkataan ini yang patut dipilih untuk menggambarkan perasaan aku saat ini?”

Ye, hati di kala ini agak keluh kesah atau secara bahasa mudahnya gusar memikirkan banyak perkara yang akan berlaku dalam masa terdekat ni. Yang pertama tak nak cerita kat sini.

Yang kedua, mengenai keputusan periksa untuk semester 2 yang lepas, yang dijangka akan dikeluarkan pada hari Jumaat 27 April nanti. Tinggal 5 hari je lagi. Hati agak berdebar-debar. Semakin nak sampai ke tarikh itu, semakin tak dapat duduk diam. Hmm…. 😦

Yang ketiga, plan main paintball pada 6 May nanti. Kemungkinan besar aku mungkin tidak akan hadir. Walaupun, aku telah pun membuat bayaran, tapi aku rasa aku tak dapat nak hadirkan diri. Tapi, tak tahulah, jika keadaan berubah, aku mungkin akan join juga rakan sekelas lain pada hari tu nanti. Tapi, buat masa ini, nampaknya tidak.

Tak lama lepas dapat result tu nanti, nak kena daftar untuk semester 3 pula. Hajat di hati untuk semester depan ni, nak ambil lebih subjek supaya tempoh pengajian dapat dipendekkan sedikit. Kalau ikutkan plan ined, aku kena habiskan 8 semester untuk dapatkan diploma DBS ni. 8 semester agak lama bagi aku yang dah berusia ini. Yep aku dah berusia, jika dibandingkan dengan rakan sekelas lain yang rata-ratanya masih lagi 20-an umur mereka. 🙂

Hmm…