Archive for the ‘2012 Semester 3’ Category

Nama pensyarah semester 3

Posted: November 22, 2012 in 2012 Semester 3
Tags:

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semester 3 dan tamat, keputusan periksa pun dah dapat. Sekarang ni hanya menunggu masa untuk daftar untuk semester 4 dan kemudian bolehlah hadir seminar yang dijangka akan bermula pada pertengahan bulan Disember nanti. Bila boleh daftar dan bila kelas akan mula semula? Itu tidaklah diketahui lagi.

Seperti biasa, seperti yang pernah aku lakukan pada semester-semester yang lepas, aku akan menyenaraikan nama-nama pensyarah untuk semester 3 yang lepas. Tujuannya masih sama, aku ingin menyematkan nama-nama mereka yang pernah berjasa dalam hidup aku ini, di dalam blog ini. Sekurang-kurangnya, boleh dibaca dan dikenang semula di kemudian hari. ๐Ÿ˜€

Nama-nama pensyarah tersebut adalah:

1. Ustaz Mahbob Bin Mahfot

Pensyarah ini mengajar untuk subjek CTU241 iaitu Asas Ekonomi Islam. Cara penyampaiannya bersahaja, beliau suka duduk di meja pensyarah sambil menerangkan apa yang ditunjukkan pada slides nota di papan putih. Kelas beliau adalah yang pertama sekali di waktu pagi, nasib baik kami semua masih segar lagi ketika itu, jadi semuanya berjalan dengan lancar.

2. Puan Y. Nurli Abu Bakar

Pensyarah ini mengajar subjek ACC116 iaitu Introduction to Cost Accounting. Beliau hanya meminta kami memanggilnya dengan panggilan Puan Y sahaja. Kulitnya putih bak seorang yang dilahirkan dari keluarga berbangsa Cina. Cara pertuturannya teratur, pengetahuannya amat mendalam dalam subjek ini. Kebetulan aku memang minat dengan pengiraan, jadi semuanya berjalan dengan lancar sepanjang kelas selama 7 kali yang lepas. Alhamdulillah, aku berjaya mendapat gred terbaik, yang aku idamkan.

3. Puan Fatimah Setapa

Puan Fatimah mengajar untuk subjek ECO162 iaitu Microeconomics. Subjek ini boleh tahan susahnya, banyak bab yang perlu dibaca dah difahami. Banyak juga tugasan dan ujian. Alhamdulillah, semuanya dapat aku siapkan sebaiknya, dan mendapat carry mark yang boleh dikira agak baik, tapi tak cukup baik untuk mendapat gred A. Puan selalu membuat perkara menarik untuk mendapat perhatian dari pelajar dalam kelas.

Antara keletahnya yang masih aku ingat adalah, beliau akan berkata, “feeeeewwiiiiittt !” apabila ramai yang lena diulit intan. Hahaha, memang nasib Puan yang mana kelas ini adalah selepas makan tengahari. Tentu sahaja ramai yang mengantuk bila perut sudah terisi. Alhamdulillah, aku dapat memahami apa yang diajar, dan menzahirkannya dalam peperiksaan. ๐Ÿ™‚

4. Mr Daljit Singh

Mr Daljit mengajar subjek BEL311, iaitu English for acedemic purposes. Perkara yang paling mencabar adalah tugasan menyiapkan term paper. Fuh, nak dapatkan tajuk yang sesuai sahaja sudah berapa lama. Akan tetapi apabila semuanya sudah sedia, tiada banyak masalah untuk siapkan term paper tersebut. Aku agak kecewa dengan keputusan peperiksaan untuk subjek ini. Tak sangka betul, aku hanya mendapat B+. Aku dah yakin sangat yang aku akan dapat A, tapi tidak…. Memang, agak kecewa, bila yang diharapkan tidak menjadi kenyetaan.

Sehari selepas mendapat keputusan peperiksaan, seperti biasa… aku telah menghantar SMS kepada semua pensyarah tersebut, aku ucapkan terima kasih atas tunjuk ajar mereka selama ini…, di samping menyatakan apa gred yang aku dapat untuk subjek yang mereka ajar. Aku nak mereka rasa diri mereka dihargai, walaupun dengan ucapan yang tak seberapa itu. Ini memang biasa aku lakukan pada setiap semester. Insyaallah, akan aku kekalkan hingga bila-bila.

KP

Keputusan periksa semester 3

Posted: November 12, 2012 in 2012 Semester 3
Tags: ,

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Pertama sekali, aku dah tengok keputusan periksa semester 3 pada hari Sabtu lepas. Pada awalnya nak peram lama sikit. Tapi kemudian, bila dengar kisah adik ipar mengenai keputusannya, yang dikhabarkan oleh isteri… terus bercadang nak tengok keputusan pada hari Jumaat malam Sabtu yang lepas… tapi tak kesampaian sebab sibuk buat hal lain lalu tertidur. Aku tengok keputusan yang diemailkan kepada aku pada pagi Sabtu, bersama isteri di sisi. Aku sendiri yang minta isteri bukakan email tersebut. Saje…, memberi penghargaan kepadanya. ๐Ÿ˜€

Pertama kali tengok, aku cari keputusan untuk ECO162.. dan alhamdulillah lulus. Lega sangat… sebab subjek ni yang menyebabkan aku tak lalu makan, mandi tak basah dab sebagainya. Tapi, bila dah tengok result, sama je… makan tetap tak lalu cuma mandi je memang basah. Hehehe… Kemudian tengok pointer, alaaa… turun lagi. Sob sob… ๐Ÿ˜ฆ Secara automatik, bila GPA dah turun, maka CGPA pun akan turun sama. Tak best, rasa macam nak makan Big Apple je untuk meredakan kekecewaan.. Grr…

Walaupun begitu, walaupun muka aku menggambarkan kekecewaan, isteri tetap mengucapkan tahniah dan meminta aku untuk cuba lagi untuk dapat pointer yang lebih baik di semester yang akan datang. Thanks my love. I know, you believe in me as I believe in myself.

Secara amnya, keputusan aku okay pada pandangan orang lain, tapi tidak bagi aku. Alhamdulillah, aku bersyukur dengan apa yang aku capai, walaupun ia sememangnya tidak mencapai apa yang aku hajatkan. Keputusan aku semakin menurun, menurun di semester 2 dan kali ini menurun lagi di semester 3. Semester 4, aku nak usaha lebih lagi supaya ia naik semula.

Satu subjek iaitu BEL 311 yang membuatkan aku ralat sangat-sangat. Aku hanya mendapat B+. Ye, aku cuma dapat B+ je untuk subjek omputih ni. Aku tak tahu di mana silapnya. Aku amat yakin semasa menjawab soalan di final exam, yang aku telah membuat yang terbaik, dan aku juga yakin yang aku akan mendapat A. Keyakinan itulah yang membuatkan aku untuk tidak membuka keputusan periksa pada hari Jumaat lepas. Tapi nampaknya aku silap, keyakinan aku mungkin terlebih, aku dah berusaha sebaik mungkin yang mana amat aku yakini untuk peroleh A. Tapi Allah lebih mengetahui dan telah menentukan gred yang patut aku dapat.

Hmm… tu je rasanya yang hendak dicoretkan buat masa ni. Pada korang yang lain, yang sudi baca blog aku nih, terima kasih aku ucapkan. Kalau ingin berkongsi alamat blog korang, boleh juga tinggalkan komen di bawah. Insyaallah, akan aku lawati blog korang.

KP

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang sudi baca blog ni.

Sebagaimana yang ramai sudah pun tahu, hari ni adalah hari yang amat ditunggu oleh pelajar diploma UiTM. Ia adalah kerana keputusan periksa sudahpun diketahui sejak pukul 2 lebih pagi tadi. Ramai jugak yang dah canang keputusan masing-masing kat blog diorang. Ramai yang dapat pointer tinggi. Tahniah pada mereka semua.

Aku, sebagaimana yang aku rancangkan sebelum ini… aku bercadang untuk tidak lihat keputusan aku selama beberapa hari. Sehingga ke saat ini, aku masih dapat mengotakan hasrat tersebut. Bukan aku tak mahu lihat result aku sendiri, masti nak… nak tahu berapa dapat, okey ke tidak? tapi ada satu perasaan yang susah untuk diceritakan. Mungkin aku sorang je yang faham. Kot…

Pagi tadi, sebelum bersiap nak ke tempat kerja.. isteri dah tanya,

“Bila result keluar?”

Lalu aku jawab,

“Hari ini, tapi tak nak tengok lagi. Nak surprise diri sendiri…”

Itu jawapan yang aku beri. Hehe, sabar kan aku? ๐Ÿ˜€

Untuk korang yang dah tengok keputusan periksa masing-masing, selamat bergumbira dan selamat menikmati saat-saat indah dalam hidup, yang memang indah untuk dikenang. Kalau tak gumbira pun, buat-buatlah gumbira ek. Sekurang-kurangnya, ada harapan untuk lihat matahari kembali bersinar, di hari-hari yang mana setiap hari kala ini, pasti akan hujan… Hek hek…

KP.

Earlier today, I saw someone wrote in his blog that result will be coming out on a few more days. I tried to find more info about this, but I can’t find any… Later in the afternoon, I just tried my luck to check this through student portal UiTM and the information that I’m looking for, is there, as you can see above.

Yes, it’s true that the result will be coming out on 9th November. I don’t expect it will be out this fast. Yes, I really don’t expect that. I thought, it will be out on middle of this month. Hmm… if everything is on schedule, I can see my result on a few more hour, less than 30 more hours.

I’m planning to surprise myself. Yes… that’s what in my mind right now. What I’m going to do? I thinking of not to open the email, or will not check the result through student portal, when the result coming out this Friday, 9th November 2012. Can I do that? Don’t really want to see the result until next week? Lets see. Heheheh… ๐Ÿ™‚

I did my best

Posted: November 2, 2012 in 2012 Semester 3
Tags:

Assalamualaikum….ย It’s been a while since I posted the last post around 17th October, it was when I finished examination for my last paper for semester 3.

Basically, I’ve done my best, and now I just wait for the result to come out. I do not know when. Last time, when I was in semester 1, the examination finished around 30th September and then the result came out around 4th November if I’m not mistaken. It takes about one month for UiTM to publish its student’s results.ย Considering the same timeline, I think the result for last semester will be coming out around middle of November 2012.

Today is 2nd of November and it is about two more weeks. Two weeks after that, I expect I can start do the online registration for semester 4. Wow, I never imagined that the time will pass so fast. 5 more semesters to go before I can finish this DBS (Diplome in Business Study). Fuhh…

I wish all the best for all of you who are still studying and don’t forget to wish me luck too !

I like this popular quota, “I do the best and let Allah do the rest” ๐Ÿ˜€

KP.

Selesai periksa ACC116

Posted: October 18, 2012 in 2012 Semester 3
Tags:

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada sesiapa jua yang sudi baca blog ini. Terima kasih.

Semalam adalah hari terakhir aku menjawab kertas periksa, iaitu untuk subjek ACC116. Belum pun 8.30 pagi, aku dah berada di depan pintu masuk Dewan Sri Budiman. Anita dah Dayah dah ada kat situ. Aku semak tempat duduk, dan terus borak dan bincang dengan diorang. Tak ramai rakan sekelas yang ada pada masa ni, mungkin ramai yang terkandas dalam kesesakan lalulintas, dan mungkin ada yang masih mengulangkaji. Mungkin… Aku cepat sampai, biasalah naik motor. ๐Ÿ™‚

8.45 pagi lebih kurang, kami dah boleh masuk ke dalam dewan. Aku tulis apa yang patut ke atas slip kehadiran dan butiran ke atas buku jawapan, dan tunggu masa untuk mula menjawab. 9.00 pagi, aku dah boleh mula menjawab soalan. Ada 5 soalan kesemuanya. Seperti yang dinasihatkan oleh Puan Y, aku baca kesemua soalan dahulu. Kemudian aku buat keputusan untuk jawab soalan nombor 3 dahulu, yang berkaitan dengan labour, soalannya nampak senang.

Orait, soalan bahagian ini tiadalah sesusah mana, cuma kali ini kami ditanya gaji kasar dalam sebulan. Sebelum ini sepanjang membuat latihan dari soalan-soalan tahun-tahun lepas, hanya membuat kiraan gaji kasar untuk seminggu, tapi dalam periksa semalam kami diminta untuk mengira gaji kasar sebulan. Dengarnya ramai juga yang salah, mereka tidak membaca soalan betul-betul. Ada yang menjawab gaji kasar untuk seminggu sahaja. Aku? Alhamdulillah, ok boleh jawab dengan jayanya soalan ini.

Kemudian aku beralih pula kepada soalan nombor 4, yang berkaitan dengan overhead. Ini antara bab yang mencabar, perlu buat dan kira betul-betul sebab kalau dah salah kira dari mula, jawapan akhir tentu akan salah. Aku buat dengan berhati-hati. Bahagian apportion dapat aku buat dengan jayanya. Kemudian beralih kepada bahagian reapportionment pulak. Juga berjaya buat dengan baik sekali, hinggalah ke bahagian OAR, semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Biasanya kalau dilihat kepada soalan-soalan tahun-tahun lepas, soalan akan lebih panjang, pelajar akan ditanya hingga ke bahagian over/under absorbed tapi kali ini bahagian tersebut tiada. Senang sikit kerja. Banyak masa untuk buat soalan lain.

Selepas itu, aku beralih ke soalan 5, bahagian job costing. Soalan tidaklah sesusah mana, aku dapat jawab dengan baik sekali. Tapi ketika sampai ke bahagian profit, aku keliru. Soalan meminta untuk kira profit margin. Aku tak pasti ketika itu, ia berdasarkan kepada total cost atau selling price. Setelah ditimbang tara, aku jawab profit ni berdasarkan total cost. Setelah habis periksa, aku sempat berbincang dengan yang lain, dan setelah semak buku, barulah aku tahu, sepatutnya kiraan aku berdasarkan selling price. Mmmm…. dah rugi satu atau dua markah kat sini. ๐Ÿ˜ฆ

Kemudian baru aku beralih ke soalan 2, berkenaan materials. Soalan agak mencabar. Bahagian A perlu kira EOQ, tapi tiada masalah bagi aku, hanya gunakan formula untuk dapatkan jawapannya. Bahagian kedua perlu dapatkan annual saving jika menggunakan EOQ. Kat sini aku tak dapat nak teruskan sebab tak dapat idea bagaimana nak mulakan. Aku kira cost ordering dan bandingkan keduanya, tapi jawapan yang aku dapat menunjukkan jika menggunakan EOQ, kosnya lebih tinggi berbanding cara biasa. Sampai ke minit terakhir aku tak dapat selesaikan masalah ini. Bahagian seterusnya adalah berkenaan store ledger card, perlu tunjukkan cara LIFO. Alhamdulillah senang.

Petangnya, ketika dalam perjalan pulang baru aku dapat idea bagaimana nak kira annual saving tersebut. ย Sepatutnya aku perlu buat table, kira ordering size, order quantity hinggalah ke total cost, barulah akan nampak perbezaan harga antara menggunakan EOQ dengan cara biasa. Tapi masa ni dah terlambat, tapi tidak mengapa, hati aku senang sebab dah terjawab persoalan yang bermain di fikiran. Malam tadi boleh tidur dengan lena. Heheh….

Selepas menjawab soalan materials, barulah aku beralih ke soalan nombor 1 yang berkaitan dengan Introduction. Soalan yang ditanya agak senang. Ada bahagian untuk jawab true dan false… Nyatakan jenis kos, tapi ada satu bahagian yang aku tak puas hati sebab aku dapat jawab 2 bahagian sahaja. Ia adalah perbezaan antara financial aaccounting fan cost accounting. Aku tiada idea langsung bagaimana nak senaraikan jawapan untuk kriteria statutory requirement. Sudahnya, aku tak jawab langsung kriteria ketiga tersebut. Dah hilang 2 markah kat sini. ๐Ÿ˜ฆ

Memandangkan masa agak banyak, 3 jam untuk periksa ACC116 ini, aku luangkan masa untuk semak jawapan aku dan sempat juga ke tandas. Sejuk juga dewan ni pagi semalam. Nasib baik aku bawak sweater, takdelah sejuk sangat. Ada juga antara pelajar yang memakai t-shirt dan baju kurung sahaja. Tak sejuk ke diorang tu? Entah, diorang tu darah panas agaknya, muda lagi….

Habis periksa, aku dan beberapa rakan sekelas yang lain menuju ke Restoran Barra, Seksyen 7 untuk makan tengahari. Antara yang dapat turut serta adalah Hafizal, Naqib, Qamar, Hani dan Anita. Kami berenam sahaja. Yang lain, ada yang kena balik awal, mereka ada urusan masing-masing. Lebih kurang pukul 1.35 petang aku minta diri, sebab aku perlu ke tempat kerja. Hanya ambil cuti setengah hari sahaja, untuk periksa.

Alhamdulillah, selesai sudah segalanya untuk semester 3 ini. Mungkin dalam sebulan lagi, dapatlah keputusan periksa. Target aku tinggi, untuk dapat GPA tertinggi, dan seterusnya untuk baiki lagi CGPA aku. Aku dah cuba, dah buat yang terbaik untuk keempat-empat subjek. Selebihnya aku berserah pada Allah untuk tentukan apa yang bakal aku dapat nanti. ๐Ÿ˜€

 

Exam ACC116 beberapa jam lagi

Posted: October 17, 2012 in 2012 Semester 3
Tags:

Salam. Aku terbangun dari tidur pagi ini… tidak lagi dapat melelapkan mata. mungkinkah ini penangan sempena bakal menjawab soalan exam ACC116 lebih kurang 4 jam sahaja lagi? Mungkin…

Exam pagi nanti… jam 9 pagi di Dewan Sri Budiman adalah exam terakhir untuk semester 3 ini. Insyaallah… aku telah sediakan diri sebaik mungkin. Insyaallah akan boleh menjawab soalan-soalan yang ditanya nanti dengan baik.

I believe I can do it. I will do my best to get the highest marks. ๐Ÿ™‚