Archive for the ‘2012 Semester 4’ Category

Assalamualaikum….

Hari ini teringat yang aku belum lagi menyenaraikan nama pensyarah bagi semester 4. Ini adalah satu rutin yang biasa aku lakukan di setiap semester.

Baiklah, mari mulakan.

ECO211 Puan Noraisah Ahmad

Pada awal perkenalan, di kelas pertama Puan Aisah kelihatan amat tegas, dan juga garang. Tak banyak senyuman terukir di wajahnya. Beliau amat tegas dalam penghantaran tugasan, tidak boleh lambat. Jika lambat tidak akan diterima. Ada sekali tu, aku memang tak sempat buat tugasan 2. Ramai juga pelajar lain yang sebegitu. Dalam kelas, kami sibuk tiru jawapan orang lain. Dan pada masa yang sama, Puan dah mula nak beri jawapan. Aduh… Ramai yang keluar kelas untuk siapkan, dan tak ramai yang tinggal untuk dengar seminar pada hari itu.

BMD101 Mr. Leow Hon Ping

Di awal pembelajaran, aku susah nak faham apa yang diajar. Yelah, bahasa lain dari bahasa yang biasa aku gunakan seharian. Tetapi kemudian selepas beberapa kelas berlalu, dan selepas aku gagahkan diri… dapat juga aku kuasai bahasa mandarin ni. Leow Laoshi banyak membantu, di dalam kelas dan juga di dalam i-class. Beliau banyak memberikan latihan di i-class. Beliau pandai mengajar. Aku suka caranya, hinggakan aku beritahu dia melalui SMS yang aku harap dia akan mengajar lagi untuk bahasa mandarin tahap 2. Tetapi itu tidak akan menjadi kenyataan, sebab memang pengajar lain yang akan mengajar aku nanti.

INS312 Puan Faziatul Amillia Mohamad Basir

Puan Amillia muda lagi, lagi muda dari aku. Cara beliau mengajar juga amat menarik, dengan suara yang pandai menambat hati mereka yan mendengar. ๐Ÿ™‚ Beliau boleh dan senang dibawa berbincang dan alhamdulillah, aku dapat score A untuk subjek ini.

QMT181 Puan Norezatty Mohd Yusop

Beliau mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam subjek statistik. Sempat juga aku dan beberapa rakan lain berbincang dengannya semasa kelas terakhir, agak lama juga dalam setengah jam. Kami bincangkan tentang bagaimana untuk membuat 3 atau 4 moving average. Alhamdulillah, semasa periksa aku dapat jawab soalan bab ini dengan yakin sekali. ๐Ÿ™‚

Advertisements

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terima kasih pada korang yang sudi singgah baca coretan aku dalam blog yang ntahapahapantah ni. ๐Ÿ™‚

Sebagaimana yang ramai student UiTM sedia maklum, keputusan periksa diploma dah lama dah keluar, sejak 9hb Mei yang lepas. Aku pagi-pagi lagi dah nampak dah email dari sims UiTM. Pada masa tu aku macam jual mahal sikit, eheheheh…. Aku biarkan keputusan tu dulu. Tak nak tengok lagi.

Lagi pun pada masa tu aku kat tempat kerja, malas nak sibukkan diri dengan keputusan yang ntah ok ke tidak. Itu sebab aku tak buka lagi email tu. Tapi, ada juga terlintas di fikiran, nak tengok keputusan tu… tapi aku cekalkan hati, dan aku berjaya untuk tidak mengikut nafsu, untuk melihat keputusan tersebut.

Betul, ada ramai pendapat umum yang menyatakan jika kita ingin melawan nafsu, kita harus berbuat begini: Jika nasfu kata minum air dulu ketika menjamu selera, jangan minum dulu. Sebaliknya, makan nasi dulu. Kalau ingin dipanjangkan lagi cerita nafsu ini memang berbagai. Antara contoh lain ialah ketika melihat perempuan cantik melintas, nafsu pasti berkata itu ini, begitu begini. Jangan diikutkan… insyaallah selamat. Hehehe… dah melalut ke cerita nafsu pula. Takpe, kita berselingan sebentar.

Akhirnya, aku telah melihat keputusan tersebut pada sebelah malamnya. Itu pun atas teguran isteri, dia menanyakan sama ada aku telah melihat keputusan ke belum. Aku nyatakan yang aku belum lihat lagi. Terus isteri suakan telefon, minta aku tengok result periksa melalui telefon. Ketika itu internet aku ada masalah, menyebabkan aku tidak boleh online melalui komputer.

Aku cuba login melalui student portal, tetapi tidak boleh. Aku agak yang aku dah lupa password untuk login, tetapi tidak. Password aku mengandungi huruf besar dan kecil. Jadi aku perlu masukkan password sebetulnya. Kalau kat komputer senang, Google Chrome dah ingat password tersebut, tak perlu aku taip setiap kali nak masuk ke student portal.

Bila aku tatap keputusan periksa ketika itu bersama isteri di sisi… aku rasa bersyukur sangat-sangat. Aku tak sangka, ia sebegitu. Pada andaian aku, amat susah untuk mendapat A untuk subjek Fundamental of Insuran (INS312), akan tetapi alhamdulillah… aku berjaya dapat A. Itulah subjek yang membuatkan aku gentar untuk melihat result periksa.

Aku bersyukur, result aku kali ini amat memberangsangkan. Ia masih tidak lagi mecapat target yang aku impikan, tapi alhamdulillah. Aku faham di atas apa yang aku capai. Pasti ada hikmah disebaliknya. Jika aku berjaya mendapat aku impikan, mungkin akan ada implikasi selepas itu. Sebab itu aku kata, pasti ada hikmahnya…

Okeh, sampai di sini rasanya untuk kali ini. Ini pun setelah lama aku pendamkan untuk menulis sesuatu tentang keputusan periksa semester 4 ini. Semoga bertemu lagi di lain kali… babai…

Cuti 2 bulan

Posted: April 30, 2013 in 2012 Semester 4
Tags:

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lama sungguh rasanya tidak post apa-apa di blog ini sejak habis periksa 9hb April yang lalu. Alhamdulillah, selesai sudah segala tugas pembelajaran untuk semester 4. Sekarang ini sedang bercuti dalam jangkamasa 2 bulan. Lama jugak tu. Baru hari ni rasa berkesempatan untuk menulis lagi. Sebelum ini agak sibuk dengan rutin harian – bekerja dan keluarga.

Tak lama lagi, dijangka dalam 10hb Mei 2013, keputusan untuk semester lepas akan keluar. Memang kebiasaan pihak UiTM untuk keluarkan keputusan tersebut pada hari Jumaat. Sebelum ni pun sama jugak, takde hari lain dah, melainkan hari Jumaat. Mungkin sempena mengambil keberkatan hari Jumaat itu sendiri. Tak lama lagi tu, hari ni dah 30hb April, lebih kurang 10 hari sahaja lagi. Isk isk…

Aku rasa, aku macam nak peram keputusan tu lama sikit, lebih lama dari yang aku buat pada semester lepas. Apa yang aku maksudkan dengan peram adalah – aku tak mahu lihat keputusan tersebut pada hari ianya dikeluarkan. Aku akan tengok pada hari yang lain, mungkin Sabtu, atau Ahad kot. Kalau semester lepas, aku dapat peram sehari je.

Kenapa aku peram? Mungkin ada yang bertanya begitu. Ntah, aku takde jawapan yang khusus. Mungkin sebab nak ‘surprise’ kan diri sendiri. Mungkin juga sebab nak tengok keputusan kawan-kawan yang lain dulu. Mungkin aku tak yakin… banyak jugaklah sebab lain. Hmm….

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selepas sembahyang Subuh sebentar tadi, teringat kepada keluhan beberapa sahabat seperjuangan yang telah mereka luahkan di Facebook, melalui telefon dan juga SMS. Teringatkan perkara itu, saya terfikir… bagus juga jika saya kongsikan cara saya cuba ‘menakluki’ subjek ini. Mudah-mudahan bolehlah kita sama-sama score A subjek Macroeconomic ini. Hehe… target kena tinggi, ye dak? ๐Ÿ™‚

Baiklah… jom kita mulakan.

Bahagian A: Soalan objektif

Soalan berbentuk MCQ (Multi Choice Question) sebanyak 20 soalan, yang mana sudah ada 4 jawapan diberikan tetapi perlu pilih yang mana satu yang betul. Hendak hentam keromo, memang tak patutlah, tapi boleh juga kalau tiada pilihan lain. Hehe… ๐Ÿ™‚ Bagi saya, cara untuk jawab soalan MCQ ini adalah dengan membaca nota, kalau larat… sampai habis. Dengannya, akan faham keseluruhan subjek dan senang untuk menjawab. Tiada cara lain.

Bahagian B:

4 soalan dari pelbagai tajuk. Apa yang saya lakukan ialah, saya senaraikan sub-topik apa yang ditanya satu-persatu, dari atas ke bawah. Saya mulakan dengan soalan dari semester lepas iaitu October 2012.

Soalan 1: berkenaan International Trade, saya labelkan dengan ‘Trade’.
Soalan 2: berkenaan ‘GDP’, saya tulis ‘GDP’ (ikut pemahaman saya, lain orang lain cara) ๐Ÿ™‚
Soalan 3: mengira ‘National Income Equilibrium’. Saya labelkan sebagai ‘NI’.
Soalan 4: mengira M1, M2 & Trade. Saya labelkan sebagai ‘Money & Trade’.

Selepas itu, saya lihat pula kepada bahagian soalan yang sama, dari kertas periksa March 2012. Saya senaraikan sub-topik yang ditanya, di sebelah kanan Oct 2012 tadi. Akhirnya, ia akan jadi seperti contoh di bawah ni:

Bhgn B ECO211

Bila dah nampak patern soalan (yep, soalan dari sub-topik yang sama diulang), bolehlah tumpukan kepada soalan satu persatu. Baca dan cuba fahamkan nota dan contoh di dalamnya, kemudian bolehlah cuba menjawab soalan-soalan tahun-tahun lepas. Buat satu persatu. Katalah saya mulakan dengan International Trade. Baca, dan tengok cara penyelesaian dalam nota, dan kemudian cuba buat soalan dari semester-semester lepas. Kalau dah dapat buat soalan dari satu semester, kemudian bolehlah beralih kepada soalan dari sub-topik yang sama dari semester berikutnya.

Ulang cara yang sama untuk topik GDP pula, dan seterusnya sampai ke soalan 4. Insyaallah, boleh faham cara jawab soalan bahagian B ni lepas buat beberapa soalan dari setiap bahagian. Sedikit keyakinan akan terasa di hati dan sinar harapan akan nampak semakin terang, insyaallah…

Bahagian C & D:

Soalan esei. Saya senaraikan kesemua soalan, satu persatu mengikut tahun. Dari sini, akan dapat dilihat corak atau patern tentang bagaimana soalan itu ditanya dari tahun ke tahun. Contoh: Soalan 1 dari bahaian C October 2012, bertanyakan berkenaan ‘Macroeconomic objective from the convetional perspective’. Jika dilihat kepada semester-semester sebelumnya, soalan yang sama ditanya pada semester April 2010. Soalan lain juga hampir begitu, diulang dari semester-semester sebelumnya.

Bagi saya, saya gunakan program Xmind untuk senaraikan soalan-soalan tersebut. Saya pernah buat satu tutorial mengenainya di sini. Letak kesemua soalan tersebut pada satu muka surat dan kemudian cetak. Lepas tu, boleh guna highlighter untuk highlight soalan-soalan yang diulang. Dah siap, bolehlah tumpukan buat nota ringkas tentangnya dan praktis untuk jawab. Jika mahu muat turun fail yang saya dah siapkan, bolehlah klik di sini. Saya kongsikan melalui file hosting Mediafire.

Itulah cara saya. Semoga bermanfaat pada yang sudi membaca. Saya doakan anda semua akan dapat jawab soalan-soalan dengan tenang dan betul semasa periksa hari Sabtu, 30hb Mac nanti. Doakan saya sama. Terima kasih. ๐Ÿ˜€

Semester 4: Seminar 5

Posted: February 28, 2013 in 2012 Semester 4
Tags: , ,

Hari ni adalah hari terakhir untuk bulan Februari. Hampir 2 minggu lepas, iaitu pada 17hb Februari 2013, seminar ke-5 telah pun berlalu.ย Pada hari tersebut, hanya ada 3 kelas sahaja kerana pensyarah untuk subjek ECO211 tiada kerana beliau telah pergi menunaikan umrah.ย Kelasnya ditunda ke 23hb Februari.

Sebelah pagi, semasa kelas insurans Puan Amy telah memberi kami ujian 1. Kesemuanya soalan esei yang diambil dari peperiksaan semester-semester sebelumnya. Hari-hari sebelumnya, aku telah sibukkan diri dengan mengulangkaji subjek ini. Kalau soalan MCQ (Multiple Choice Question), senang nak jawab. Tapi kali ini, ujian tersebut adalah berdasarkan soalan esei. Hendak atau tidak, aku kena ingat point-point penting yang biasa keluar dalam peperiksaan.

2 soalan pertama agak senang, itu bagi aku sebab aku dah baca tentang soalan ini. eheheh… ๐Ÿ™‚ 2 soalan selebihnya aku tak pasti sebab mungkin aku tak baca, dan juga mungkin ada point yang aku tak faham dan mungkin susah nak jawab. Sudahnya, aku buat keputusan untuk jawab soalan 1 dan 2. Soalan pertama menanyakan tentang fundamental dan particular risks, beserta contohnya sekali. Kira kacang jugak nak jawab sebab dah sedia lah katakan. hahahah… untuk soalan 2 pula tentang mmm.., ntah aku dah lupa.

Kelas selepas itu, kelas QMT181 iaitu Statistik. Kelas ni pun agak berat jugak bagi aku. Nak kata pensyarah ngajar laju, tak juga. Nak kata aku tak paham, tak juga. Masalahnya, aku masih lagi tak dapat menguasai subjek ini. Banyak dah sebenarnya beliau letak tutorial di i-class, cuma aku jer yang tak sempat buat dan ikut apa yang diajar. Ye, salah aku… aku mengaku.

Lepas makan, kelas mandarin pulak. Aku tak tahu kenapa, aku suka sangat dengan kelas bahasa ketiga ini. Mungkin sebab ia benda baru bagi aku, jadi seronok belajar bahasa baru. Mula-mula dulu, masa kelas pertama dan kedua memang banyak yang aku tak faham, tapi kini setelah banyak berusaha, dengar CD yang diberi dengan buku manual, dan penglibatan dalam i-class, fuh alhamdulillah. Banyak yang aku dah faham.

Kali ini, kami kena menjalani ujian oral, iaitu kena bertanya dan menjawab soalan dalam bahasa mandarin. Soalan untuk ujian oral ini telah diberikan kepada kami sejak awal semester lagi. Seminggu sebelumya, aku dah mula cuba memahami dan menghafal soalan yang diberi, dan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut. Pada awalnya memang terasa agak seram, meremang juga bulu roma mengingatkan dasyatnya ujianย ini. Betul…, terasa seram sejuk sungguh. Aku perlu banyak praktis… dan alhamdulillah… lama-kelamaan aku okey, dah boleh menguasai kedua-dua bahagian soalan dan jawapan.

Caranya ujian ini dijalankan adalah begini, Laoshi (cikgu) akan memanggil 2 orang secara rawak dari senarai nama. Kemudian beliau akan memberikan 5 soalan kepada setiap orang yang dipanggil tadi. Soalan yang diberi adalah dalam bahasa melayu. Setiap pelajar perlu menanyakan soalan tadi di dalam bahasa mandarin kepada pelajar yang seorang lagi. Tidak boleh tulis atas kertas soalan, jadi kena ingat dan hafal dalam hati sahaja. Setiap soalan dan jawapan diberikan 2 markah maksimum. Maknanya, jika dapat bertanya dan menjawab kesemua 10 soalan tersebut dengan jayanya, aku boleh dapat markah penuh, 20 markah.

Pelajar lain perlu berada di luar kelas. Cuma mereka yang dipanggil sahaja, perlu berada di dalam kelas. Masa giliran aku sampai, aku masuk ke kelas bersama Qamar. Yep, dia parner aku untuk ujian ini. Aku menjadi orang pertama yang perlu bertanyakan soalan kepada Qamar, dan Qamar perlu jawab soalan yang aku tanya. Kemudian tukar, Qamar tanya aku pula, dan aku jawab.

Semuanya berjalan dengan lancar. Cuma satu bahagian soalan sahaja, aku tak berapa yakin dengan ayat apa yang perlu digunakan. Ketika itu, Laoshi bantu aku dan disebabkan itu aku tidak dapat markah penuh, kurang setengah markah. Keseluruhannya, aku mendapat 19.5/20 markah. Alhamdulillah… Aku keluar kelas senyum je, sebab pelajar-pelajar lain yang masuk sebelum aku, kesemuanya mendapat markah sedikit kurang dari aku, ๐Ÿ˜€

Erwan lagi hebat. Dia dapat 20/20 markah. Jeles aku. Nak buat gane (bak kate orang Ganu), dia memang dah lama guna bahasa orang cina ni. Kalau tak silap, semasa kecik dahulu dia sekolah di sekolah jenis kebangsaan cina.

Lebih kurang sebulan sahaja lagi peperiksaan final akan bermula. Aku plan minggu ni nak siapkan segala tugasan yang ada, lepas tu nak concentrate dengan buat mind map x-mind, dan cuba buat soalan-soalan tahun lepas. Tak banyak lagi masa yang tinggal, aku tak boleh leka dah.

Go go go KP !

Assalamualaikum…

Tadi, selepas je sampai rumah dari tempat kerja, lepas je makan terus buka laptop. Hajat di hati nak tengok cerita Super Spontan yang lepas, kemudian tangan ni gatal pulak nak semak jadual periksa. Tengok kat dalam Student Portal UiTM, memang dah ada… alamak…

Jadual ni baru je diletakkan di sana pada hari ini, 19hb February 2013.

Jadual exam s4

Memandangkan semester ini, untuk subjek BMD101 tidak ada final exam, maka saya akan ada hanya 3 subjek semasa final nanti. Secara ringkasnya, ini adalah jadual exam saya:

ECO211, 30 Mac 2013, 2.15-5.15 petang

INS312, 31 Mac 2013, 9.00 pagi – 12.00 tengahari

QMT181, 9 April 2013, 9.00 pagi – 12 tengahari

Periksa untuk ECO211 dan INS312 hanya berselang beberapa hari sahaja. Itu pun tak sampai sehari. Habis je periksa ECO211, beberapa jam lepas tu (keesokan paginya) dah nak periksa untuk INS312 pulak. Cuma periksa untuk QMT181 sahaja yang jaraknya agak jauh dengan yang lain, 9 hari selepas itu. Legalah sikit, ada banyak masa untuk ulangkaji, alhamdulillah…

Dah cuba juga cari tempat periksa, tapi setakat ini belum diletakkan lagi.

Boleh klik sini untuk terus tengok jadual periksa tersebut.

Semester 4: Seminar 4

Posted: February 17, 2013 in 2012 Semester 4
Tags:

Tak senang rasa di hati jika rutin ini tidak dilangsaikan. Saya sepatutnya sudah meletakkan post ini sebelum seminar seterusnya, akan tetapi apa kan daya, cuma hari ini nampaknya saya ada masa untuk post seminar ke-4 ini. Siang tadi, seminar ke-5 telah berlalu.

Lebih 2 mingu sudah berlalu sejak seminar keempat tempohari. Pada hari tersebut, hanya ada 2 kelas untuk 2 subjek sahaja, iaitu subjek Statistik dan Makroekonomi. 2 subjek ini mempunyai 7 kali seminar, manakala subjek 2 lai iaitu Insurans dan Bahasa Mandarin hanya ada 5 kali seeminar.

Pada sebelah pagi 3hb Februari tersebut, kelas untuk statistik berlalu seperti biasa, banyak perkara yang saya masih tak faham dengan subjek ini. Pada awalnya ia kelihatan seperti senang sahaja, akan tetapi kini setelah beberapa kelas berlalu, saya masih tidak dapat memahami apa yang diajar dengan baik. Puan Noorezatty telah memberikan kami ujian 1 pada hari tersebut. Soalannya agak senang, akan tetapi setelah mendapat keputusan beberapa hari lepas, saya agak terkedu.

Saya hanya mendapat 12 markah daripada 20 markah yang diperuntukkan. Semacam tidak percaya, sebab saya telah membuat sehabis baik. Ramai juga rakan lain yang mendapat markah tinggi, 19 markah pun ada. Kalau diikutkan kepada peratusan yang diperuntukkan, iaitu 15%, saya telah kerugian 6%, saya cuma mendapat 9% sahaja. Hmm… kena usaha dengan lebih lagi ni.

Sebelah petang, semasa kelas makroekonomi, kami juga telah menduduki ujian 1. Soalan yang ditanya agak mencabar, banyak… ada kiraan dan esei. Walau bagaimana pun saya telah membuat yang terbaik. Kini hanya perlu tunggu keputusan sahaja.