Archive for the ‘2013 Semester 5’ Category

Nama pensyarah semester 5

Posted: November 13, 2013 in 2013 Semester 5

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku lupa lagi… Aku belum membariskan nama-nama pensyarah semester 5, yang telah banyak berjasa dalam hidup aku sebagai seorang pelajar.

BMD151: Ms Huang

Aku dah lupa nama penuh beliau sebab dalam kelas Mandarin, kami cuma panggil beliau dengan panggilan Laoshi je. Laoshi bermaksud cikgu dalam bahasa melayu. Beliau amat tegas orangnya. Tidak seperti Mr Leow semasa semester 4 dahulu yang suka senyum, senang itu ini…Β Walaupun begitu, aku tetap hormat dia sebagai seorang guru dan cuba untuk menyiapkan segala tugasan tanpa melengahkannya. Alahmadulillah result aku baik.

ECO261: Puan Zuraidah Ismail

Puan Zuraidah seorang yang mudah tersenyum. Senang melihat beliau sebegitu. Pandai menyampaikan seminar Malaysian Economic. Beliau juga pandai bercerita.

MGT300: Encik Zambri

Seorang pensyarah yang paling sempoi pada semester 5. Senang membuatkan pelajar-pelajarnya ketawa terkekek-kekek dengan jenakanya yang boleh dikatakan selamba. Ada peluang untuk memasuki program jenaka seperti Raja Lawak Astro.

LAW299: Puan Che Audah

Pada awalnya Puan kelihatan amat tegas, dengan muka yang melambangkan gaya seorang pensyarah yang amat tegas dalam pemarkahan. Beliau suka membaca apa yang terkandung di dalam buku manual, di samping meminta seorang demi seorang membaca kes-kes yang banyak di dalam buku manual tersebut. Yep, para pelajar memang tak perlu risau, setiap orang akan mendapat peluang untuk membaca sekurang-kurangnya satu kes setiap seminar. πŸ™‚

Apa yang terjadi pada aku, aku tidak tahu kenapa, aku boleh baca apa yang diminta tetapi aku tak faham tentang apa yang aku baca. Haha… Kena baca berulang kali, barulah faham.

Semuanya berjalan dengan lancar, aku datang setiap kali seminar, aku hantar semua tugasan, walaupun pada mulanya aku tak berapa faham bagaimana untuk menjawab soalan yang diberi tapi lama -kelamaan, aku dapat menguasai cara menjawab. Yang tidak lancarnya adalah aku tidak dapat menjawab walau satu kes pun semasa peperiksaan final. Ye betul, aku telah tidak menjawab satu kes pun. Aku hanya manjawab soalan-soalan lain yang tidak berkaitan dengan kes. 😦 Aku tidak ingat fakta kes, untuk kesemua soalan yang melibatkan kes. Sudahnya aku hanya mendapat B- untuk subjek ini. 😦 Rasa nak nangis masa tengok result haritu. Sob sob.

Itu lah senarai nama keempat-empat pensyarah semester 5. Nama mereka tetap di hati, mereka banyak menyumbang dalam apa yang aku capai hari ini. Terima kasih wahai tuan puan sekalian.

Advertisements

Keputusan peperiksaan semester 5

Posted: November 4, 2013 in 2013 Semester 5
Tags:

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini adalah hari Isnin, 4hb November 2013. Hari keempat setelah keputusan peperiksaan semester 5 dikeluarkan. Seperti biasa.. Aku cuba untuk mencoretkan sesuatu tentang keputusan aku.

Baiklah.. Awalnya aku menjangkakan keputusan akan dikeluarkan pada pagi Jumaat, 1hb November. Akan tetapi keputusan telah dikeluarkan sedikit awal berbanding biasa. Lebih kurang jam 10.30 malam 31hb Oktober, aku terima SMS dari Fizal, dia minta semak email, keputusan telah diemailkan.

Aku terus semak email. Nampak ada satu email baru dari ‘sims’ menandakan email tersebut dari pihak UiTM. Perasaan masa tu usah cakap lah. Berdebar – debar.. Dan segala macam perasaan ada. Aku tabahkan hati untuk buka email tersebut.

Buka sahaja emel tu… Tada.. Mata tak henti-henti menatap keputusan yg dilihat. Betul ke ni? Aku sedikit keliru, sukar untuk bezakan antara GPA dan CGPA. Kemudian setelah dapat tenangkan hati… Baru aku dapat terima kenyataan, yang GPA aku turun kali ini. 😦

Dalam 4 subjek yang diambil.. Aku mendapat gred B- untuk LAW299. Gred yang paling rendah untuk keputusan periksa kali ini. Dan yang paling rendah dalam sejarah aku ambil diploma ini. Sedih.. Usah cakaplah.. Memang perasaan itu bersarang di lubuk hati beberapa hari selepas itu.

Untuk subjek lain… Alhamdulillah. Walaupun tidak sebagus semester – semester sebelum ini.. Tapi tidak mengapalah. Subjek-subjek dalam semester 5 ini memang agak susah jika dibandingkan dengan semester – semester sebelumnya.

Aku kemudian dapat pujuk hati, yang ini mungkin yang terbaik, yang Allah rencanakan untuk aku. Aku terima. Aku redha. Aku dah berusaha sebaiknya … Dan ini adalah hasil dari apa yang telah aku usahakan.

Apa-apa pun… tahniah KP. You’re great! πŸ˜‰

KP 780

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang sudi membaca coretan aku yang ntah apa hape ntah di blog ini. πŸ™‚ Terima kasih.

Okey, kalau ikut kelendar UiTM, keputusan bagi peperiksaan diploma sessi Oktober 2013 telah dijadualkan yang ia akan diumumkan pada esok hari, 1hb November 2013. Maknanya tak sampai sehari sahaja lagi, keputusan akan keluar. Tak tahu camana nak gambarkan perasaan aku tatkala ini. Semuanya ada… berdebar-debar, takut, dan segalanya…

Memandangkan hari ini adalah 31hb Oktober 2013, dan kalau ikut trend semester-semester yang lepas, keputusan akan dihantar ke email masing-masing seawal pukul 3 pagi MALAM INI. Ye, malam ini… Kalau begitu, beberapa jam sahaja lagi tu, 12 jam je lagi… Huhu.. 😦

Insyaallah result akan okay, aku doakan pada semua yang sama-sama akan tengok keputusan nanti, semoga dapat keputusan yang baik, cemerlang. Kita sama-sama berdoa. Insyaallah diperkenankan oleh Nya. Kalau tak dapat pun yang diharapkan, tidak mengapa. Usaha lagi… Pasti ada hikmah disebaliknya. πŸ˜‰

KP

Exam LAW299

Posted: October 15, 2013 in 2013 Semester 5
Tags:

Alhamdulillah.. Pada 11hb Oktober yang lepas berakhir lah sudah peperiksaan kertas terakhir untuk semester 5 ini. Macam biasa… Aku agak lambat untuk menulis tentang ini. Huhu.. 😦

Macam biasa juga, kalau ada peperiksaan pada hari Jumaat di sebelah petang, aku akan menunaikan sembahyang Jumaat di Masjid Al Mizan UiTM dahulu sebelum periksa. Senang begitu… Takdelah nanti tergesa-gesa nak ke dewan peperiksaan.

Aku bertolak awal dari rumah, seawal pukul 12 tengahari. Sampai kat masjid, ambil air sembahyang dan terus masuk ke dewan sembahyang. Inilah pertama kali aku masuk ke dalam dewan sembahyang tu. Sebelum ni aku hanya duduk dan sembahyang di luar dewan sahaja. Besar rupanya ruangan dewan ni. Seronok melihat keluasan yang ada, dengan ketenangan yang dapat dirasai hingga ke jiwa.

Kemudian, aku duduk dan membelek nota-nota yang telah dibuat senelum itu. Akku cuba mengingati fakta-fakta penting macam nama kes, kandungan kes dan macam-macam lagi supaya senang aku aplikasikan semasa menjawab soalan periksa petang nanti.

Lepas sembahyang, aku terus ke dewan periksa di DATC. Sampai di sana, aku semak tempat duduk di pintu masuk. Tak lama lepas tu, dah boleh masuk. Aku cuba untuk duduk di belakang sekali, sebab itu adalah salah satu kesukaan aku bila menjawab periksa. Sebab senang nak perhati orang lain dari belakang, nampak semua. πŸ™‚ Tapi tak dapat, sebab dah ada orang duduk kat situ, iaitu Dayang. Aku ke depan sedikit, 5 meja dari belakang.

Soalan objektif bahagian A, alhamdulillah… insyaallah boleh score. Bahagian B pulak kena jawab 3 dari 7 soalan esei yang diberi. Aku baca satu persatu soalan. Kesemua soalan yang berkaitan dengan kes, aku tak ingat fakta kes langsun… Aduh! Memang lari dari jangkaan aku. Aku tak dapat nak recall nama kes, dan kandungan kes untuk kesemua soalan yang berkaitan dengan kes. Sudahnya, aku tak jawab satu pun soalan yang berkaitan dengan kes. Aku cuma jawab, soalan yang berkaitan dengan minor, crossing cheque, dan soalan-soalan lain. Huhu…

Aku agak down kali ini, masa menjawab soalan LAW299 ni. Aku tak bersedia…. 😦 Aku dapat jangkakan yang markah aku nanti akan tak seberapa. Nak lulus tu, insyaallah boleh, tapi tak taulah macamana nanti. Aku hanya berdoa, supaya dimudahkan pensyarah menyemak kertas aku, dan berikan markah yang terbaik.

KP

Exam MGT300

Posted: October 5, 2013 in 2013 Semester 5
Tags:

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Pada 1hb Oktober yang lepas aku telah menjawab soalan periksa MGT300. Fuh.. Memang terasa payahnya. Tak tahulah kenapa. Mungkin soalan yang diberi memang betul – betul susah. Atau… Mungkin aku sendiri yang tidak sedia. Entahlah… Sudah nya.. Aku hanya menjawab mengikut kemampuan aku sahaja.

Bahagian A tentang true and false, ok. Aku agak yakin dengan jawapan aku. Bahagian B, soalan objektif pun okay jugak. Bahagian C, 5 soalan esei yang boleh pilih 2. Tak berapa yakin dengan jawapan aku. Bahagian D, pun aku tak yakin. Pada amnya sepatutnya soalan ini senang je. Kenapa ntah aku susah sangat nak jawab. Dah belek berulang kali pun tak dapat – dapat fikir apa lah jawapannya. 😦

Keluar dari dewan periksa, aku sembang dengan Fizal. Kami bercerita tentang driver of SCM. Aku katakan yang aku jawab dengan menerangkan tentang 4 perkara iaitu SC partners, strategy bla bla bla… Fizal kata salah. Sepatutnya ia adalah tentang speed, competitive bla bla bla.. Aduh… Terasa begitu kecewa sekali. Kat situ pun dah hilang 10 markah camtu je. 😦

Terasa down lah jugak. Berapa lah agaknya markah yang aku dapat nanti? Nak dapat tinggi macam tak boleh je.

KP 780

Exam LAW299 lagi seminggu

Posted: October 4, 2013 in 2013 Semester 5
Tags:

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Yep, lagi seminggu je lagi untuk final exam LAW299. Minggu depan pada 11hb October, aku akan menjawab soalan exam lagi untuk subjek ini di DATC.

Sekarang, aku cuba untuk sediakan diri, semampu yang boleh. Baru sahaja tengok buku aka manual yang tebal tu. Aku selak bahagian belakang lalu terjumpa satu bahagian yang mana di situ ada tips tentang bagaimana untuk menjawab soalan esei subjek ini. Hmm… Kenapalah aku tak jumpa tips ni dari dulu lagi? Tulah… rajin sangat. 😦

Okay, di situ ada penerangan yang mana pelajar dinasihatkan untuk menjawab mengikut langkah sepertiΒ  bawah ini:

1. Issue
2.Theory
3. Supporting cases
4. Application
5. Conclusion

Begitulah cara menjawab soalan esei dengan langkah yang betul.

Satu ayat yang aku suka;

“Understanding law is not difficult. What makes it difficult is a person’s perception. If you believe it is difficult, it is; otherwise you will love it. It is all in your mind. “

Mulai dari sekarang kena set dalam minda yang exam LAW299 ini adalah senang. πŸ™‚

KP @ 780

Exam ECO261

Posted: October 1, 2013 in 2013 Semester 5
Tags:

Semalam, 30hb September berlalulah sudah exam untuk subjek ECO261.

Pagi itu, aku telah berjanji dengan Naqib dan Hafizal untuk berjumpa di perpustakaan PTAR1. Aku datang awal, 8.45 lagi dah sampai kat tingkat bawah, tempat di mana ada satu bilik besar yang boleh digunakan untuk study 24 jam. Aku suka study kat situ pasal bebas nak berbincang apa sahaja. Kalau kat bahagian atas kena senyap. πŸ™‚

Pukul 12 Tengahari, kami berempat (Aku, Naqib, Hafizal dan Qamar) menuju ke Restoran Barra untuk makan tengahari. Aku order nasi goreng ayam Barra dan teh o limau panas. Sambil makan sambil tengok nota. Camtulah kehidupan pelajar PLK. Masa yang ada perlu digunakan sebaiknya. πŸ˜‰

Lepas makan, Aku dan Fizal kembali semula ke PTAR1, kami belek sedikit nota, mana yang sempat sebelum bergerak ke Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC). Pukuk 2.15 petang, exam bermula. Selak kertas soalan.. Fuh.. Mengancam giler soalan. Tak banyak yang aku baca keluar. Nak atau tidak, aku kena goreng hingga masak.

Dahlah semua soalan esei. Bahagian A kena jawab kesemua 5 soalan, wajib. Bahagian B pula boleh pilih untuk jawab 2 soalan sahaja dari 4 soalan yang diberi. Kebiasaannya aku akan cuba jawab lebih satu soalan esei.. Tapi kali ini aku tidak berpeluang. Soalan yang diberikan sungguh susah sekali. Aku hanya sempat jawab 2 soalan sahaja dari bahagian D. Maknanya takde jawapan spare untuk cover mana2 jawapan aku yang mungkin tersasar. Huhu…

Aku sedikit kecewa dengan jawapan aku smalam. Tak tahulah apa gred yang bakal aku dapat nanti. Kalau ada keajaiban berlaku, dapatlah tinggi sikit. Kalau tidak… Itu jelah. 😦

Habis periksa aku ajak Fizal minum petang. Kamk ke restoran Hakim. Kemudian balik, sampai rumah dah Maghrib.

KP @ 780