Archive for the ‘2013 Semester 6’ Category

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Aku terpegun, keputusan periksa yang ada di tangan aku, aku lihat berkali-kali. “Betulkah ini?”, detik hatiku. Aku tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Keputusan aku agak teruk. Aku tidak berjaya mendapat A untuk subjek FIN242. Aku telah membuat sehabis baik semasa periksa tempohari. Dengan yakin aku menjawab 4 soalan dalam bahagian B untuk kertas periksa FIN242, walaupun aku hanya diminta untuk menjawab 3 soalan. Aku yakin aku boleh┬ámendapat A.

Begitu juga dengan subjek OB, gred yang aku dapat agak teruk. Aku mengelamun sendirian mengenangkan nasib badan. Kalau beginilah jadinya…

 

Tiba-tiba aku terjaga dari tidur. Baru aku sedar yang apa yang aku alami sebentar tadi hanyalah mimpi. Begitulah akibatnya jika asyik menanti keputusan periksa diumumkan, hingga terbawa-bawa ke dalam mimpi. Mana tidaknya, aku telah berjaga sehingga pukul 1 pagi, menanti keputusan tersebut. Aku andaikan, mungkin ia akan diberikan seawal 11 malam, sama seperti semester 5 dahulu. Rupa-rupanyanya setelah aku semak, keputusan itu diemailkan pada jam 1.05 pagi, iaitu 5 minit selepas aku masuk tidur. Haha.. ­čÖé

Aku kemudian duduk di tepi katil, cuba mengingati apa yang berlaku. Aku cuba bandingkan antara mimpi dan kenyataan. Aku pasti, aku di alam nyata sekarang. Aku bersyukur kerana apa yang berlaku sebentar tadi hanya mimpi, bukannya benar-benar terjadi.

Ketika itu jam menunjukkan pukul 4.55 pagi. Aku terus bergerak mendapatkan telefon. Cuba┬áuntuk melihat jika ada email baru dari ‘sims’, tapi tiada sebarang tanda yang ada┬áemail baru masuk. Aku kemudian semak sambungan internet. “Laaa… patutlah”, wifi dimatikan┬ádan signal dari maxis berbentuk kapal terbang. Apa pulak yang berlaku ni. Tak pernah jadi┬ámacam ni.

Aku biarkan semua itu, dan terus aku aktifkan sambungan wifi sebab aku memang telah jadualkan dalam telefon aku yang sambungan wifi akan dimatikan dari tengah malam sehingga subuh. Tujuan aku berbuat demikian adalah untuk menjimatkan penggunaan bateri.

Aku kemudiannya nampak ada tanda email baru masuk. Aku buka Gmail, dan tak syak lagi ia datangnya dari ‘sims ‘, menandakan keputusan periksa telah dihantar kepada aku. Terus aku buka email tersebut dengan lafaz bismillah. Aku scroll ke bawah perlahan-lahan. Mata tidak berkelip memandang keputusan periksa semester 6 di depan mata.

Hati terdetik sedikit kecewa melihat gred untuk subjek MKT310 – Public Relations. Aku hanya berjaya mendapat gred B-. Aku lihat pula CGPA, ia sedikit turun. Lama aku tatap keputusan tersebut. Lama begitu, tanpa aku sedari waktu subuh hampir masuk. Aku bersihkan diri, bersedia untuk tunaikan kewajipan diri.

Selesai solat, dan setelah anak-anak ke sekolah, aku tunjukkan keputusan tersebut kepada┬áisteri. Aku lahirkan kekecewaan aku padanya. Walau bagaimana pun, aku bersyukur. Alhamdulillah…

Secara amnya, keputusan aku tidaklah seteruk mana. Ia masih lagi tinggi pada mereka yang mengetahui apa yang aku dapat. Akan tetapi pada aku, aku ada target yang cuba aku capai… dan aku tidak berjaya lagi capai target itu, pada kali ini.

Tinggal lagi dua semester sebelum aku menamatkan pengajian diploma ini. Aku berazam untuk berusaha sebaik mungkin dan aku akan cuba lagi untuk mencapai target aku di 2 semester yang akan datang. Insyaallah, jika diizinkan Allah, aku akan dapat mencapai apa yang aku hajatkan. ­čśë

Teruskan berusaha KP. Go, go go!

 

KP

9 Mei 2014.

 

Advertisements

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sudah menjadi kebiasaan aku untuk meletakkan nama-nama pensyarah yang telah lama berjasa dalam kehidupan aku sebagai seorang pelajar di UitM Shah Alam, di dalam blog ini. Untuk semester 6 yang lepas, di bawah ini aku senaraikan nama-nama mereka.

1. Encik Mohamad Anuar Bin Harun

Beliau mengajar kelas MGT340 – Human Resource Management. Orangnya bersahaja, suka tersenyum dan melawak. Masa mula-mula jumpa beliau semasa kelas pertama, memang gelak tak kering gusi. Ada saje pengalaman hidupnya yang sudi dikongsikan bersama kami.

Bercakap tentang pelajaran, beliau suka menerangkan secara asas tentang sesuatu bab. Selepas itu beliau akan meminta kami membuat huraian lanjut mengenai ‘learning objectives’ bagi satu-satu topik. Kaedah ini sangat berkesan yang mana ia akan menguatkan lagi pemahaman bila ada keperluan untuk membaca bagi menjawab soalan dalam ‘learning objectives’. Dah lah kena baca, buat penerangan, lepas tu kena hantar pulak tu. Memang┬áterbaik !

Selain itu, beliau juga banyak meminta kami untuk membuat peta minda. Memang banyak jugaklah peta minda yang kami buat. Selepas siap kena scan, dan hantar kepadanya melalui i-class. Fuh, memang tak menang tangan belajar subjek ni.

2. Encik Mohd Faizal Bin Basri

Beliau mengajar subjek FIN242 – Fundamentals of Finance, subjek yang paling aku minati pada semester lepas. Beliau masih muda orangnya, aku anggarkan dalam 35 tahun. Suka memakai kemeja, dipadankan dengan seluar jeans, memang nampak segak dan kemas.

Beliau juga tanpa segan silu telah menjawab segala pertanyaan aku di dalam i-class. Ada juga balasan beliau yang sedikit lambat. Tapi, jika aku memerlukan jawapan dengan segera, aku akan hantar mesej ke akaun WhatsApp beliau, dan beliau akan membalasnya tak lama kemudian. Terbaiklah Encik Faizal.

3. Puan Zubaidah Binti Zahirudin

Beliau mengajar subjek MGT321 – Organizational Behaviour. Satu subjek yang amat bagus pada pandangan aku yang sedang bekerja ni. Banyak perkara yang berlaku dalam satu-satu organisasi dapat dipelajari dan difahami. Ditambah lagi dengan pengajarnya yang banyak pengalaman, memang satu kombinasi yang bagus sekali untuk pemahaman yang terbaik.

Beliau pandai mengajar, contoh-contoh yang diberikan juga sangat senang difahami. Dalam i-class, beliau memberikan ‘individual mini assignment’ setiap minggu, 10 minggu kesemuanya. Bagus cara camni, kalau nak jawab satu-satu soalan tu, kena lah baca topik tu dahulu, baru boleh faham. Seronok sangat jawab soalan setiap minggu.

4. Puan Zarith Delaila Bt Abd Aziz

Beliau mengajar subjek MKT310 – Principles of Public Relations. Perwatakannya simple, suka memakai seluar jeans dan baju apa ek, tak tau lah apa namanya diorang pompuan panggil. Muka beliau comel, dan muda lagi mungkin dalam anggaran 30 tahun… tapi jangan terpedaya dengan semua itu sebab di dalam kelas, beliau sangat tegas dengan para pelajarnya.

 

Itulah antara serba sedikit yang dapat aku coretkan tentang para pengajar aku dalam semester lepas. Inilah antara cara yang aku buat, supaya nama mereka yang banyak berjasa dalam hidup aku sebagai seorang pelajar ini, dapat diabadikan sekurang-kurangnya di dalam blog ini. Pada masa akan datang kalau jikalau ada masa, boleh lah aku rujuk kembali post-post dalam blog ini, untuk mengubat kerinduan semasa bergelar pelajar kat UiTM, Shah Alam ini.

KP

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang sudi membaca blog ini. Apa khabar? ­čÖé

Hari ini 30hb April, dan mengikut pada kalendar UiTM, keputusan peperiksaan diploma akan dikeluarkan pada 9hb Mei. Ini bermakna, dalam 8 hari lagi aku akan mendapat keputusan peperiksaan semester 6 aku. Huish, dekat sangat dah tu. Dup dap, dup dap, jantung berdegup kencang. Hehe…

Kebiasaannya, aku akan mendapat keputusan pada hari Jumaat. Aku baru je belek kalendar, dan memang betul yang 9hb Mei itu nanti adalah hari Jumaat. Mungkin UiTM ingin mengambil keberkatan sempena hari Jumaat, yang mana seperti ramai antara kita dah tahu hari Jumaat adalah penghulu segala hari.

Aku berdoa supaya aku dikurniakan┬ákeputusan yang cemerlang. Jika┬ádiizinkan oleh Allah SWT, biarlah aku mendapat A dalam semua 4 subjek yang aku ambil dalam semester lepas. Aku dah pun berusaha, dan sekarang tinggal menanti keputusan sahaja dikeluarkan. Jika itu menjadi kenyataan, alangkah indahnya hidup ini. Insyaallah. ­čÖé

KP

 

 

Selesai kertas MKT310

Posted: April 11, 2014 in 2013 Semester 6
Tags:

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua yang sudi membaca coretan dalam blog aku nih.

Semalam, 10hb April 2014.. berakhirlah sudah kertas periksa terakhir aku untuk semester ini, iaitu MKT310 – PR. Kali ini terdapat pembaharuan lagi dalam format soalan, jika dibandingkan dengan periksa dalam semester-semester sebelum ini. Tiada lagi soalan objektif. Hanya tinggal soalan-soalan betul atau salah, dan esei sahaja.

Setelah diberi kebenaran untuk menjawab, aku mulakan dengan membaca satu persatu ayat dalam bahagian A – betul atau salah. Tidak menjadi masalah sebab aku hanya perlu pilih betul atau salah pernyataan yang diberi. Kemudian beralih pula ke bahagian B, esei pendek. Ada 5 soalan, yang mana setiap satunya diperuntukkan 10 markah. Bahagian ini, soalannya agak mencabar bagi aku sebab ada soalan yang aku tak dapat nak ingay isi penting dengan sekali baca soalan.

Bahagian B pula ada 3 soalan, dan aku hanya perlu jawab 2 soalan. Alhamdulillah, aku dapat ingat segala isi penting yang diminta. Bahagian ini adalah yang pertama aku jawab. Hehe.. 3 jam yang diperuntukkan untuk menjawab memang cukup. Aku siap sempat ke tandas untuk basuh muka lagi. Ramai juga yang aku nampak keluar awal. Hebat mereka ni.

Sekarang, selesailah segalanya untuk semester 6 ini. Sekarang aku dah boleh rehat, tido ikut suka hati, tengok wayang dan lain lain. Hehe… ­čÖé

Selesai kertas MGT321

Posted: April 8, 2014 in 2013 Semester 6
Tags:

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, ini adalah kertas peperiksaan ke-3 telah berjaya aku jawab pada 5hb April yang lepas, 2 hari selepas kertas FIN242.

Bahagian A masih sama seperti semester-semester sebelumnya. Ia mengandungi 8 soalan yang wajib dijawab kesemuanya. Soalan masih okay bagi aku. Kebanyakannya minta senaraikan apa yang diminta, dan tak perlukan banyak penerangan.

Untuk bahagian B,┬ásatu pembaharuan telah berlaku.┬áPada semester-semester sebelumnya, pelajar boleh memilih untuk menjawab mana-mana 3 soalan dari 5 soalan dalam bahagian ini, tapi pada semester ini kami diberikan HANYA 3┬ásoalan yang mana sudah menjadi kewajipan untuk menjawab setiap soalan. Fuh… Memang mencabar betul bila wajib menjawab kesemua soalan tanpa ada pilihan. Minta-mintalah hanya kertas ini sahaja yang buat begini, kertas soalan PR MKT310 pada hari Khamis nanti masih sama seperti sebelum-sebelum ini.

Secara amnya, aku telah cuba untuk menjawab kesemua soalan. Ada juga soalan yang aku telah lupa isi pentingnya, tapi aku berjaya juga menjawab dengan andaian logik aku. Haha… Yang penting jangan dibiarkan kosong. Takpelah, untung sabut timbul. Hehe… ­čÖé

KP

Selesai kertas FIN242

Posted: April 8, 2014 in 2013 Semester 6
Tags:

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada 2hb April yang lepas, berakhirlah peperiksaan akhir untuk kertas FIN242. Alhamdulillah, 2 kertas dah selesai.

Seperti yang pernah aku buat analisis pada post sebelum ini, soalan berkaitan dengan capital budgeting keluar dalam bahagian A, yang mana ia menjadi soalan wajib untuk dijawab. Ramai juga yang mengeluh, tak jangka soalan bahagian ini akan membuat kejutan sebegitu.

Aku cuba menjawab sebanyak mana soalan yang boleh dalam bahagian B. Sebenarnya aku hanya perlu menjawab 3 soalan sahaja dalam bahagian B ini, tapi memandangkan masa masih ada, dan aku agak yakin dengan jawapan yang aku dah jawab, jadi aku teruskan dengan menjawab soalan ke-4 dalam bahagian B. Cuma satu soalan je yang aku tak jawab, iaitu soalan yang berkaitan dengan inventori dan cash management.

Secara amnya, aku gembira kerana aku dapat menjawab soalan-soalan yang ditanya dengan jayanya. Insyaallah, jika diizinkan Allah, aku akan dapat capai gred yang bagus untuk subjek ini.

KP

Selesai kertas MGT340

Posted: March 31, 2014 in 2013 Semester 6
Tags:

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, pada petang 27hb Mac yang lepas selesailah sudah kertas periksa pertama untuk semester 6 ini, iaitu MGT340 – HR. Peperiksaan dijalankan di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 Shah Alam. Aku tak pernah lagi ke tempat ini sebelum ini, jadi aku keluar awal dari rumah dan sampai awal ke situ, lebih kurang jam 1.15 petang.

image

Sampai di sana, aku lihat sudah ramai orang dan aku terus melihat kedudukan meja aku nanti. Aku akan duduk di zon C. Aku lihat sekeliling dan nampak Red, Zul & Khairi lalu terus sertai mereka.

Aku kemudian naik ke surau di tingkat 2, tapi ramai sangat orang kat situ. Hajat di hati nak selak-selak nota kat situ, tapi takpelah…. aku turun semula ke tempat tadi, bersama Zul dan lain-lain. Dalam pukul 1.40 petang, aku ambil air sembahyang di dalam tandas di tingkat satu, sebab kebetulan air takde kat dewan ni. Yang ada pun dalam tong air, yang baru ditadah. Aku ambil air sembahyang secara ringkas dengan segera lalu naik ke surau untuk tunaikan solat Zuhur.

Selesai solat, aku terus masuk ke dewan. Hajat di hati tadi nak duduk di belakang sekali, tapi kat meja tu Erwan dah cop. Melepas kali ni. Hahaha.. Bukannya apa, aku suka duduk di belakang sebab boleh perhatikan gelagat semua orang dari kedudukan itu. Aku terus jalan ke depan dan duduk di tengah-tengah. Meja C117 kalau tak silap aku. Aku keluarkan segala alat tulis yang perlu dan letakkanya di bahagian kanan meja. Aku letak telefon dalam bekas pensil dan letakkannya di bawah meja. Kemudian, aku terus isi borang kedatangan periksa yang ada kat bahagian belakang sekali dalam buku jawapan. Pastu isi pula nama dan butiran lain di muka hadapan. Tak┬álupa juga aku tuliskan nama, sebab itu pesan En. Anuar. Tidak tahu apa tujuan beliau. Ntah…

Banyak lagi masa yang ada sebelum aku boleh mula menulis. Aku perhatikan gelagat manusia yang ada kat dalam dewan tu. Ada yang baru masuk, ada yang cari tempat duduk, dan macam-macam lagi. Tepat 2.15 petang, kami dibenarkan mula menjawab. Dengan lafaz bismillah dan sedikit doa, aku buka kertas soalan. Dalam bahagian A, ada 5 soalan kesemuanya dan aku perlu jawab hanya 3 soalan. Aku baca satu persatu soalan. Aku catitkan isi-isi penting yang aku ingat di waktu itu. Habis kelima-lima soalan aku catitkan apa yang terlintas di fikiran.

Aku kemudian beralih pula ke bahagian B, ada 3 soalan kesemuanya dan aku hanya perlu jawab 2 soalan. Pun aku buat perkara yang sama macam tadi. Aku catitkan apa yang aku ingat. Setelah itu, aku kembali semula ke bahgian A. Setelah memerah otak seketika mencari isi-isi penting yang dikehendaki oleh soalan, dan setelah ditimbang tara, aku jawab soalan 1, 2 dan 4. Untuk bahagian B pula, aku jawab soalan 1 dan 3.

Secara amnya, aku bersyukur… Alhamdulillah, banyak soalan berkaitan dengan apa yang aku dah baca. Syukur, terima kasih ya Allah. Aku puas. Puas kerana berjaya menjawab setiap soalan yang aku pilih dengan lengkap. Ada juga bahagian yang aku tak yakin dengan penjelasan aku. Isinya aku dah dapat, tapi nak terangkan, terlupa pula… Haha. Tidak mengapa, aku andaikan dengan pembahagian markah yang dicatatkan, aku┬áhanya mungkin kehilangan 1 atau 2 markah sahaja dalam bahagian tersebut.

Satu kertas periksa dah selesai. Sekarang, aku sedang mengulangkaji untuk periksa FIN242 pula pada hari Rabu ini. Pada korang yang bakal menduduki kertas periksa finance ini, selamat mengulangkaji dan selamat menjawab aku ucapkan. Sama-sama kita berdoa supaya dimudahkan urusan kita, dan dapat kita menjawab dengan yakin, tenang, lancar, dan betul semasa periksa kali ini. Insyaallah…

KP.