Posts Tagged ‘History’

Seminar terakhir semester 8

Posted: March 20, 2015 in 2015 Semester 8
Tags:

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat para pembaca blog ini.

Alhamdulillah, kelas terakhir untuk semester 8 dah pun berakhir pada hari Ahad lepas, 15hb Mac 2015. Lega rasanya sekarang. Semuanya dah selesai. Tinggal nak jawab periksa yang akan bermula hujung bulan ni je.

Pada hari tersebut, 8.30 pagi kelas ENT300 – Fundamental of Entrepreneurship. Masuk kelas je, Puan Faizah tanya group mana nak present dulu. Semua diam. Sudahnya kena cabut nombor untuk tentukan giliran. Group aku dapat nombor 4, yang akhir sekali.

Group pertama macam tak sedia. Puan minta group aku present dulu sebab dia nampak aku macam dah sedia je. Aku okay, takde masalah. Dila cucuk thumb drive ke PC, lalu aku mula present. Sebelum tu Puan dah bagi guna pointer dia, senang nak tunjuk katanya.

Presentation aku berjalan dengan lancar. Aku tunjukkan satu persatu business plan group aku. Ops lupa nak bagitau, business plan aku berkaitan hotel. Aku memegang jawatan sebagai GM – General Manager. Aku mulakan dengan tunjukkan Introduction, owner’s background etc. Kemudian beralih kepada administration plan pulak. Tunjukkan organization’s chart, remuneration schedule etc.

Lepas tu beralih kepada marketing plan pulak. Tunjukkan senarai harga bilik hotel dengan harganya sekali. Tunjukkan juga strength dan weaknesses of the competitors. Kemudian beralih kepada operation plan pulak. Aku tunjukkan layout, process flow etc.

Banyak jugak yang aku dah present. Aku sorang je. Sampai ke hujung bila sampai ke bahagian financial plan, aku serahkan presentation seterusnya kepada Kak Nor, selaku Finance Manager. Dia teruskan present beberapa muka surat dari fail fine planner.

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Puan komen sedikit tentang slide kami dan report yang kami sediakan. Group aku mendapat 8.5/10 untuk presentation dan 18/20 untuk report. Dah hilang 3.5 markah kat situ. Huhu…

Lepas tu kelas TPT250 – Fundamental of Transport pulak. Encik Shahrin memang sempoi. Kami diminta untuk submit assignment. Aku terus bagi fail presentation aku untuk field trip assignment. Aku buat presentation tentang mode of transport – taxi dan aero plane. Beliau minta terangkan. Aku pun terangkan lebih kurang, sebab beliau scroll agak cepat. Tak sempat aku nak jelaskan, beliau dah scroll to next slide.

Masa break for lunch, aku ngan Fizal berlakon untuk assignment MGT315 – Creative and Critical Thinking. Ada satu bahagian tu, kami kena buat video promosi. Idea dah ada, cuma tunggu masa nak berlakon je. Asalnya nak berlakon sama-sama dengan group member yang lain, tapi diorang agak lambat sampai. Sudahnya aku ngan Fizal je berlakon. Sempat pun kami sediakan video tu. Letakkan dalam thumb drive, dan buat hyper link dalam slide presentation. Selesai…

Semasa kelas MGT315 pukul 2 petang, kelas bermula agak lambat. Masing-masing masuk ke kelas lambat. Tak tahu la ke mana semua orang pergi. Bila Puan masuk ke kelas, tak lama lepas tu beliau tanya siapa nak present dulu. Aku dengan senang hati, terus offer untuk mula. Haha… Memang agresif sungguh hari tersebut. Semua presentation aku nak buat dulu. Pada aku, senang kalau buat awal-awal. Takde lah tertunggu-tunggu, berdebar tunggu giliran.

Semua ahli kumpulan iaitu aku, Fizal, Shahrir, Azahareen dan Azriq present bahagian masing-masing. Banyak juga yang Puan tanya. Dia agak kagum dengan design produk kami, yang mana kami sediakan produk baru untuk air kotak. Label keliling air kotak tu Azahareen yang buat. Pandai dia design, cantik.

Itulah serba sedikit yang dapat aku catitkan untuk kali ini. Sekarang ni, aku dah habis dah kelas untuk semester 8. Kalau semuanya berjalan lancar, lepas periksa ni aku akan betul-betul merdeka. Tiada lagi kelas, tiada lagi assignment, tiada lagi bangun pagi-pagi untuk study. Merdekaaaa… Insyaallah, tak lama lagi tu. 🙂

KP @ 780

Semester 7: Seminar 3

Posted: July 21, 2014 in 2014 Semester 7
Tags:

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Hari ini terasa badan sedikit letih, mungkin disebabkan semalam kelas sepanjang hari. Itu pun nasib baik juga Encik Shazeer untuk kelas MGT361 yang akhir sekali, benarkan kami balik awal. Jadi, awal jugak sampai ke rumah. Kalau ikut jadual asal, 6.15 petang baru habis. Haru gitu.. Huhu..

Semalam, seminar ke-3 untuk FIN358 dan ke-2 untuk 3 lagi subjek yang lain. Sebelah pagi, Puan Norlida tunjukkan kami tentang bagaimana nak buat report nanti. Kena ikut format yang telah ditetapkan. Nampak macam senang. Hahaha.

Kemudian kelas MGT345 pulak. Puan Norina tunjukkan cara untuk selesaikan soalan berkenaan assembly line balancing dan project management. Best, lukis bulat-bulat, lepas tu ada anak panah untuk sambungkan bualatan tadi. Macam senang je. Haha..

Lepas Zuhur pulak kelas FIN358. Masuk je Encik Shah Rizal terus bagi test. Kena duduk jarak-jarak antara satu sama lain. Ada 4 soalan kesemuanya berkenaan bond, convertible bond, ratio dan common stock. Soalan memang kaw-kaw punya. Ada jugak yang aku tak dapat nak buat dengan sekali jalan. Aku tinggalkan dulu. Buat soalan lain, dan kembali semula soalan tu lepas siap soalan yang lain. Alhamdulillah, aku dapat buat kesemua soalan termasuk soalan berbentuk esei yang habis aku karang dengan jayanya. Haha.. Jangan tak caya, soalan investment pun kena jawab esei.

Lepas tu pulak kelas MGT361. Masa ni memang dah ngantuk dah. Sekarang ni kan bulan puasa, bangun awal, tidur pun mungkin sedikit lewat. Jadi, bila dah berjaga lama, kelas yang sebelah petang ni, memang mencabar. Puas dah tahan mata tak nak lentok, susah jugak. Encik Shazeer bincang pasal bab 3,4 dan 5. Mungkin beliau perasan kot, aku dah lemau. Lalu dia minta aku baca sedikit dari text book. Lepas tu terus segar. Haha…

 

Semester 7: seminar 2

Posted: July 19, 2014 in 2014 Semester 7
Tags:

Assalamualaikum dan selamat sejahtera…

Perasaan malas melanda diri lagi. Huhu. Sepatutnya lama dah aku post entry ni, tapi sebab perasaan sibuk, baru hari ni lah dapat post. Seminar ke-2 pada 6 Julai yang lepas, hanya ada satu kelas sahaja iaitu FIN358 pada pukul 2 petang.

Encik Shah Rizal masuk ke kelas lalu terus minta kami tengok PYQ tentang common stock. Banyak jugak kami buat latihan itu ini.

Dalam pukul 3 petang, Encik Shazeer mesej aku menggunakan WhatsApp. Beliau dah sampai kat tempat rehat pensyarah dan minta aku datang untuk ambil buku dari beliau. Buku tersebut adalah buku utama yang beliau gunakan sepanjang kelas beliau.

Seramai 8 orang yang setuju untuk dapatkan buku tersebut. Harganya ialah RM75. Aku gunakan duit tunai je, sebab tak dapat baucar buku. Ada juga antara kami yang gunakan baucar. Untunglah diorang tu.

Kelas tamat dalam pukul 4 petang.

KP @ P780

Semester 7: Seminar 1

Posted: July 7, 2014 in 2014 Semester 7
Tags:

Assalamualaikum and salam sejahtera to all…

This is just a quick update for the last seminar on 28th June 2014.

Early in the morning, Puan Norlida has came into the class for MGT269 – Business Communication. She has a title of ‘PM DR’ in front of her name. PM stands for Professor Madya and DR stands for Doctor. Wow, this is the first time I have a lecturer with such title. The class went well. She told us the requirement for this subject. There will be no test, but there are assignments like mock meeting, mock interview and group assignment besides of the individual assignment. Wow, that’s quite a lot of things to do.

In the afternoon, class for MGT345 – Operations Management started. The lecturer is Puan Norina. We did a few exercises for PYQ. She tought us on how to get the ranks, to get the best location etc.

After lunch, class for FIN358 – Investment Management started. The lecturer is Encik Shah Rizal Zambahari. He entered the class and straight away asked us to do one question from PYQ paper. Wow, this was so advance, out of my expectations. There was no introduction session. We were shocked, he was so aggressive.

After that, class for subject MGT361 – International Business started, The lecturer is Encik Ahmad Shazeer. He is still young I guess. His age is maybe around 35-40 years old. He talked much, he described much… he talked a lot. I admire him for able to talk on so many things, continuously.

Semester 6: seminar 7

Posted: March 22, 2014 in 2013 Semester 6
Tags:

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Pada hari Ahad yang lepas, berlalulah seminar yang terakhir untuk semester 6 ini. Kelas pertama dijadualkan pada pukul 12 tengahari. Paginya aku santai-santai dulu, sarapan… tengok TV, baring-baring… Akhirnya aku tertidur. Sedar dari tidur, aku tengok jam dah 11.30 pagi. Alamak… aku dah terlambat. Tanpa berlengah, aku terus bersiap dan bergegas ke UiTM.

Dalam pukul 12.20 tengahari, sampai sahaja kat fakulti, aku semak WhatsApp dulu, manalah tahu ada perubahan kelas dan sebagainya. Memang betul. Kelas berubah ke dewan kuliah B, yang terletak di sebelah tangga. Aku terus ke sana. Aku cuba buka pintu di bahagian bawah, yang berdekatan dengan meja pensyarah tapi ia terkunci. Aku tinjau ke dalam, nampak Puan Zarith tengah memberikan kuliah. Nampak juga beberapa rakan sekelas duduk di bahagian hadapan.

Aku panjat tangga, menuju ke pintu kedua di bahagian atas. Aku nampak Azni yang ketika itu sedang cuba buka pintu tersebut. Kami kemudian masuk bersama-sama. Inilah kali pertama aku masuk ke dewan kuliah ini. Ia luas, terdapat banyak tempat duduk… lalu aku duduk di sebelah Zaini, di barisan kedua terakhir di belakang. Aku pandang sekeliling, cuba menikmati pemandangan baru di dalam dewan ini.

Inilah kali pertama aku masuk ke sini. Sebelum ini, semua kuliah/kelas diadakan di bilik kelas biasa. Di hadapan dewan ada 2 skrin putih untuk projektor. Salah satu sarinya bersaiz besar, terletak di tengah-tengah, di bahagian hadapan dewan. Satu lagi kecil sahaja, terletak di bahagian hadapan, di sebelah kanan aku. Skrin inilah yang digunakan oleh Puan Zarith untuk memaparkan kandungan topik yang diterangkannya.

image

Banyak yang diterangkan olen Puan Zarith pada hari tersebut. Kami juga meneliti berapa soalan tahun-tahun sebelumnya, sebagai latihan sebelum menghadapi peperiksaan pada 10 April nanti. Kelas berakhir jam 2 petang.

Selepas itu aku mengajak Azni ke surau untuk menunaikan solat Zuhur. Sesudah itu kami bertiga (Fizal turut serta) ke satu meja yang berdekatan dengan tangga, di aras yang sama dengan surau. Kami buat latihan FIN242 bersama sebab kelas ini dijadualkan pada pukul 4.15 petang nanti.

Jam 4.15 petang, sepatutnya kelas dah bermula tapi kelas yang kami biasa gunakan masih belum dibuka. Akhirnya Azni mancadangkan untuk guna kelas sebelah (BM405) sebab kelas itu tidak berkunci dan ia tidak digunakan oleh sesiapa. Aku lalu telefon Encik Faizal dan maklumkan padanya tentang ini sebab sebelumnya, beliau cuba cari seseorang untuk buka bilik 406 (kelas biasa kami).

Kuliah berjalan seperti biasa. En. Faizal menerangkan bab ‘Time value of money’ dan ‘Capital budgeting’. Kami buat sedikit latihan sebelum kelas berakhir pada jam 6.15 petang.

KP @ 780

Semester 6: seminar 6

Posted: March 16, 2014 in 2013 Semester 6
Tags:

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Pada hari Ahad, 9 Mac yang lalu, berlalulah seminar ke-6 untuk semester ini.

Pagi-pagi lagi, dalam 7.15 pagi aku dah keluar dari rumah. Aku hendak ke seksyen 7 untuk mencari kedai yang boleh buat binding. Malam sebelumnya, aku dah berhempas-pulas menyiapkan tugasan PR & HR. Kedua-duanya perlu dihantar pada hari Ahad tersebut. Sampai kat depan restoren Barra, aku nampak kedai alat tulis kat situ tutup tapi ada sebuah kedai runcit yang buka. Hish, aku ingatkan buka sebab sebelumnya aku dah tanya Fizal, Naqib dan Azni yang ada kedai yang buka 24 jam di situ.

Dalam hati, mungkin kedai tersebut berada di barisan kedai yang lain. Aku terus menyelusuri lorong demi lorong, tapi aku hampa sebab tiada kedai yang buka. Aku kemudian kembali ke kedai di depan Barra tadi. Aku perhatikan tulisan di depan kedai tersebut. Aku ternampak yang ia juga menjual alat tulis. Aku masuk, dan betullah ada perkhidmatan binding di situ. Hehe..

Aku kemudian tanya kepada seorang lelaki yang berada di kaunter, sama ada boleh atau tidak buat binding. Dia kata boleh. Aku serahkan kertas tugasan aku. Siap, aku dikenakan caj RM5 untuk 2 set tugasan. Setiap tugasan aku minta letakkan plastik lutsinar di depan dan belakang. Hmmmm, sedikit mahal pada pandangan aku. Sebelum ini, aku pernah buat perkara yang sama. Ketika itu, aku hanya dicaj RM2 untuk 1 set tugasan. Jadi, kali ini aku dicaj RM2.50… sedikit mahal tapi takpelah, selesai masalah. Aku kemudian terus ke kelas.

8.30 pagi, kelas OB terakhir untuk semester ini bermula. Puan Zubaidah habiskan kedua bab terakhir sebelum menyerahkan kertas ujian 1 dan 2. Markah aku agak baik, alhamdulillah.

10.30 pagi, kelas terakhir HR pun bermula. Ini yang sangat merisaukan hati sejak semalam lagi. Encik Anuar meminta kami semua hantar tugasan masing-masing. Kemudian, beliau semak satu persatu tugasan kami dan komen. Macam-macam komen yang dilontarkan pada kami. Huhu… banyak yang aku perlu perbaiki.

Sebelah petang, ada ujian 2 untuk kelas PR di makmal komputer BM303. Pukul 2 petang, aku dah siap sedia tunggu kat depan bilik ini. Puan datang sedikit lewat. Masuk ke dalam, aku pilih satu komputer yang berdekatan dengan pintu. Pada hari tersebut, kami perlu menjalani ujian 2 dengan menggunakan komputer. Soalan ujian diletakkan di dalam i-class. Rupa-rupanya kami kena jawab soalan esei. Adoi… ingatkan objektif. Ada 3 soalan diberi dan kami diminta untuk jawab hanya 2 soalan. Soalannya agak susah, tapi aku dah berjaya goreng yang terbaik. 🙂

Selepas itu kelas finance pula pada pukul 4.15 petang. Kelas kesukaan aku. Kali ini kami diterangkan mengenai ‘long term financing’. Senang pula melihat dan memahami apa yang diajar. Sebelumnya nampak macam susah ketika aku cuba baca sendiri. Betullah kata orang, nak belajar perlu berguru. Huhu…

KP @ 780

Semester 6: seminar 5

Posted: March 5, 2014 in 2013 Semester 6
Tags:

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari Ahad 23 Februari yang lepas, berlalulah sudah seminar ke-5 untuk semester 6 ini. Sekejap sahaja dah 5 seminar. Tinggal lagi 2 kali sahaja lagi untuk berjumpa dengan pensyarah, sebelum periksa.

Sebelah pagi, Puan Zubaidah untuk kelas OB mengajar seperti biasa, sebelum memberikan kami ujian 2 kemudiannya. Selepas itu, kelas HR pula. 2 hari sebelumnya, En Anuar meminta kami membawa draft untuk tugasan individu masing-masing. Malam sebelumnya penat juga memerah otak untuk menyediakan apa yang patut, sebab aku memang tak sedia apa pun lagi. Tapi, mengingatkan pesanan yang mengatakan markah akan ditolak, aku cuba jugalah untuk nuat draft yang diminta.

Semasa kelas, memang ramai juga yang tak bawa draft masing-masing. Cuma beberapa orang je yang ada, termasuk Siti Aminah yang dah siap. Fuh, cepat sungguh dia buat.

Selepas makan tengahari, kelas PR pula. Puan Zarith memberikan semula kertas ujian 1 yang telah disemak. Seorang demi seorang dipanggil. Ada yang tersenyum sumbing melihat markah yang diterima. Tiba giliran aku, aku ke depan dan Puan Zarith ucapkan tahniah kepada aku. Aku tak sangka, tinggi juga markah yang aku dapat, alhamdulillah. Aku cuma kurang satu markah dari 50 markah yang diperuntukkan. Tak sia-sia aku baca, siapkan mind map tempohari.

Selepas itu kelas Finance pula. En. Faizal menerangkan kandungan bab EIR pada kami. Macam biasa, lepas tu kami diminta buat satu contoh soalan peperiksaan tahun sebelumnya.