Fail Excel untuk kira GPA dan CGPA

Posted: January 17, 2012 in 2011 Semester 2
Tags: ,

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Aku perasan, ramai yang cari cara bagaimana untuk kira GPA dan CGPA. Dahulu, aku pun begitu masa semester pertama, tanya rakan-rakan yang sama-sama belajar, tapi diorang pun tak tahu jugak. Cuba pula tanya dengan pensyarah, tapi nampaknya beliau pun ‘macam’ tak tahu jugak. Hehe… Sudahnya aku cari sendiri kat internet, dan alhamdulillah memang ada yang bermurah hati, berkongsi info bagaimana untuk mengira GPA dan CGPA.

Jadi, untuk berkongsi info dan manfaat sesama mereka yang mencari, aku kongsikan fail Microsoft Excel yang aku buat sendiri, kat link yang aku sertakan kat akhir post ni. Harap sesiapa jua yang mencari, dapat memanfaatkannya sebaik mungkin, jadikannya satu cara, plan untuk capai gred yang terbaik. Insyaallah boleh, tiada apa yang mustahil selagi ia boleh dicapai. 🙂

Bagaimana nak kira GPA dan CGPA? Dalam fail tersebut, cuma ubah subjek, jam kredit dan gred sepertimana yang dimahukan. Nilai mata dan jumlah mata akan dikira secara automatik.

Link untuk muat turun dari Mediafire.com: Klik di sini.

KP

Comments
  1. Macam mana pula dengan sem 3? Ikut sama juga macam sem 2?

  2. KP says:

    Secara amnya, utk kira CGPA utk sem 3 sama macam sem 2 iaitu campurkan keseluruhan mata terkumpul dari sem 1 hingga sem 3, kemudian dibahagikan dengan jumlah kredit yang diambil utk ketiga-tiga sem tersebut. 🙂

  3. Sampai sem akhir? Okaaay. Thanks! 🙂

  4. KP says:

    Ye, sampai sem akhir tapi ia akan berlainan jika ada repeated subjects. Agak rumit untuk diformulakan. 😀

  5. 1234 says:

    memudahkan urusan orang.. Allah akan memudahkan usrusan kita juga nanti. . terima kasih kongsi software ni

  6. minie says:

    kalau untuk yg ada repeat subjek mcm mana cara kira?

Leave a comment