Tutorial membuat peta minda menggunakan program Xmind

Posted: February 22, 2012 in 2011 Semester 2
Tags: ,

Seringkali, mengulangkaji subjek-subjek yang memerlukan hafalan, bertujuan menyematkannya di fikiran akan menjadi semacam satu beban kepada para pelajar. Tambahan lagi, jika subjek yang dipelajari, buku notanya adalah dalam Bahasa Inggeris dan tentunya kertas peperiksaan pun dalam bahasa yang sama. Untuk terus membaca dan mengingat (dalam masa yang sama), ia memerlukan usaha, kegigihan, dan daya ingatan yang tinggi.

Oleh itu, salah satu cara yang biasa digunakan untuk menguatkan ingatan tentang apa yang dibaca, adalah dengan menggunakan peta minda. Jikalau dahulu, peta minda dilukis di atas kertas tapi kini zaman sudah berubah, dunia pun sudah moden. Terima kasih pada teknologi moden masa kini, dan tak lupa juga kepada mereka yang mencipta program-program hebat ini. 🙂

Banyak program komputer yang ada di internet menawarkan cara untuk membuat peta minda dengan lebih efisien. Salah satu darinya adalah Xmind, dan ini adalah program membuat peta minda kegemaran saya buat masa ini. Bagi mereka yang berminat, mari kita lihat bagaimana caranya untuk membuat peta minda menggunakan program ini.

Langkah-langkahnya adalah:

1. Muat turun program ini dari laman rasminya, iaitu Xmind.net.

2. Klik pada butang berwarna biru yang menyatakan, “Download Xmind, It’s Free !“.

3. Pada laman seterusnya, jika anda pengguna Windows, boleh klik pada butang download di bawah “Windows Installer – EXE” untuk memasang program ini pada komputer atau boleh juga klik pada satu lagi butang download yang lain di bawah “Portable – ZIP * (Windows + Mac + Linux)” untuk tidak memasang pada komputer tapi boleh menggunakannya terus, begitu sahaja secara portable. Bagi versi portable, mungkin anda perlu extract folder yang telah dizipkan terlebih dahulu.

4. Setelah siap dipasang di komputer, bolehlah lancarkan program ini. Ia akan kelihatan sebegini, jika tidak, klik pada Menu File > New > New untuk membuka workbook yang baru, atau klik pada butang pertama di bawah menu File.

5. Baiklah, katalah saya ingin membuat satu peta minda mengenai Konsep Tamadun Dan Peradaban Islam (bab 1 dalam subjek CTU151). Cuma klik pada Central Topic, dan terus taip “Konsep Tamadun Dan Peradaban Islam”. Ia akan kelihatan seperti begini:

6. Seterusnya, tekan butang tab pada keyboard untuk membuat cabang yang baru, dan terus taip keyword yang dikehendaki. Bagi saya, saya ingin memasukkan keyword “Maksud sama dengan tamadun”.

7. Tekan butang tab lagi, untuk membuat cabang baru untuk keyword tadi. Saya bahagikan maksud ini kepada 3 bahagian, iaitu dalam Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

8. Sesudah itu, klik pada “Bahasa Arab” dan tekan tab lagi untuk masukkan perkataan umran dan tamaddun. Begitu juga dengan 2 baki bahasa yang lain, seperti yang dapat dilihat dari gambar di bawah ini.

9. Selain dari umran dan tamaddun, saya juga telah masukkan perkataan madaniyyah dan hadharah. Kemudian boleh tekan tab lagi untuk buat cabang baru dan saya telah masukkan definisi bagi perkataan madaniyyah dan juga hadharah. 

10. Begitulah seterusnya, ulangi langkah-langkah tadi untuk membuat cabang baru dan masukkan keyword yang penting. Jika dilihat pada gambar di bawah ini, saya telah catatkan banyak keyword atau nota penting bagi bab 1, subjek CTU151.  

Kemudian setelah selesai dan berpuas hati dengan hasil kerja, boleh lah print peta minda yang telah dibuat tadi, atau pun boleh juga export ia kepada fail berformat lain seperti pdf, jpg dan sebagainya. Pilihan-pilihan ini terdapat di bawah menu File.

Di bawah ini adalah final result, yang saya telah export kepada fail berformat jpg.

Okey, saya harap anda faham dan… selamat mencuba. 🙂

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh coretkan di ruangan komen yang disediakan di bawah post ini. Saya akan cuba bantu, semampu yang boleh, insyaallah. 😀

Nota: Contoh-contoh lain yang pernah dibuat oleh pengguna Xmind yang lain seluruh dunia, boleh dilihat di sini. Menarik bukan?

Comments
  1. najihah says:

    macamana nak wab tab tajuk besar sprt sama maksud dengan tamadun tuh…perlu ke tekan tab lagi?

  2. qiebaa says:

    hebat!. thanks..

  3. tim says:

    Sgt membantu…terima kasih 🙂

Leave a comment