Posts Tagged ‘Nama pensyarah’

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sudah menjadi kebiasaan aku untuk meletakkan nama-nama pensyarah yang telah lama berjasa dalam kehidupan aku sebagai seorang pelajar di UitM Shah Alam, di dalam blog ini. Untuk semester 6 yang lepas, di bawah ini aku senaraikan nama-nama mereka.

1. Encik Mohamad Anuar Bin Harun

Beliau mengajar kelas MGT340 – Human Resource Management. Orangnya bersahaja, suka tersenyum dan melawak. Masa mula-mula jumpa beliau semasa kelas pertama, memang gelak tak kering gusi. Ada saje pengalaman hidupnya yang sudi dikongsikan bersama kami.

Bercakap tentang pelajaran, beliau suka menerangkan secara asas tentang sesuatu bab. Selepas itu beliau akan meminta kami membuat huraian lanjut mengenai ‘learning objectives’ bagi satu-satu topik. Kaedah ini sangat berkesan yang mana ia akan menguatkan lagi pemahaman bila ada keperluan untuk membaca bagi menjawab soalan dalam ‘learning objectives’. Dah lah kena baca, buat penerangan, lepas tu kena hantar pulak tu. Memang terbaik !

Selain itu, beliau juga banyak meminta kami untuk membuat peta minda. Memang banyak jugaklah peta minda yang kami buat. Selepas siap kena scan, dan hantar kepadanya melalui i-class. Fuh, memang tak menang tangan belajar subjek ni.

2. Encik Mohd Faizal Bin Basri

Beliau mengajar subjek FIN242 – Fundamentals of Finance, subjek yang paling aku minati pada semester lepas. Beliau masih muda orangnya, aku anggarkan dalam 35 tahun. Suka memakai kemeja, dipadankan dengan seluar jeans, memang nampak segak dan kemas.

Beliau juga tanpa segan silu telah menjawab segala pertanyaan aku di dalam i-class. Ada juga balasan beliau yang sedikit lambat. Tapi, jika aku memerlukan jawapan dengan segera, aku akan hantar mesej ke akaun WhatsApp beliau, dan beliau akan membalasnya tak lama kemudian. Terbaiklah Encik Faizal.

3. Puan Zubaidah Binti Zahirudin

Beliau mengajar subjek MGT321 – Organizational Behaviour. Satu subjek yang amat bagus pada pandangan aku yang sedang bekerja ni. Banyak perkara yang berlaku dalam satu-satu organisasi dapat dipelajari dan difahami. Ditambah lagi dengan pengajarnya yang banyak pengalaman, memang satu kombinasi yang bagus sekali untuk pemahaman yang terbaik.

Beliau pandai mengajar, contoh-contoh yang diberikan juga sangat senang difahami. Dalam i-class, beliau memberikan ‘individual mini assignment’ setiap minggu, 10 minggu kesemuanya. Bagus cara camni, kalau nak jawab satu-satu soalan tu, kena lah baca topik tu dahulu, baru boleh faham. Seronok sangat jawab soalan setiap minggu.

4. Puan Zarith Delaila Bt Abd Aziz

Beliau mengajar subjek MKT310 – Principles of Public Relations. Perwatakannya simple, suka memakai seluar jeans dan baju apa ek, tak tau lah apa namanya diorang pompuan panggil. Muka beliau comel, dan muda lagi mungkin dalam anggaran 30 tahun… tapi jangan terpedaya dengan semua itu sebab di dalam kelas, beliau sangat tegas dengan para pelajarnya.

 

Itulah antara serba sedikit yang dapat aku coretkan tentang para pengajar aku dalam semester lepas. Inilah antara cara yang aku buat, supaya nama mereka yang banyak berjasa dalam hidup aku sebagai seorang pelajar ini, dapat diabadikan sekurang-kurangnya di dalam blog ini. Pada masa akan datang kalau jikalau ada masa, boleh lah aku rujuk kembali post-post dalam blog ini, untuk mengubat kerinduan semasa bergelar pelajar kat UiTM, Shah Alam ini.

KP

 

Assalamualaikum….

Hari ini teringat yang aku belum lagi menyenaraikan nama pensyarah bagi semester 4. Ini adalah satu rutin yang biasa aku lakukan di setiap semester.

Baiklah, mari mulakan.

ECO211 Puan Noraisah Ahmad

Pada awal perkenalan, di kelas pertama Puan Aisah kelihatan amat tegas, dan juga garang. Tak banyak senyuman terukir di wajahnya. Beliau amat tegas dalam penghantaran tugasan, tidak boleh lambat. Jika lambat tidak akan diterima. Ada sekali tu, aku memang tak sempat buat tugasan 2. Ramai juga pelajar lain yang sebegitu. Dalam kelas, kami sibuk tiru jawapan orang lain. Dan pada masa yang sama, Puan dah mula nak beri jawapan. Aduh… Ramai yang keluar kelas untuk siapkan, dan tak ramai yang tinggal untuk dengar seminar pada hari itu.

BMD101 Mr. Leow Hon Ping

Di awal pembelajaran, aku susah nak faham apa yang diajar. Yelah, bahasa lain dari bahasa yang biasa aku gunakan seharian. Tetapi kemudian selepas beberapa kelas berlalu, dan selepas aku gagahkan diri… dapat juga aku kuasai bahasa mandarin ni. Leow Laoshi banyak membantu, di dalam kelas dan juga di dalam i-class. Beliau banyak memberikan latihan di i-class. Beliau pandai mengajar. Aku suka caranya, hinggakan aku beritahu dia melalui SMS yang aku harap dia akan mengajar lagi untuk bahasa mandarin tahap 2. Tetapi itu tidak akan menjadi kenyataan, sebab memang pengajar lain yang akan mengajar aku nanti.

INS312 Puan Faziatul Amillia Mohamad Basir

Puan Amillia muda lagi, lagi muda dari aku. Cara beliau mengajar juga amat menarik, dengan suara yang pandai menambat hati mereka yan mendengar. 🙂 Beliau boleh dan senang dibawa berbincang dan alhamdulillah, aku dapat score A untuk subjek ini.

QMT181 Puan Norezatty Mohd Yusop

Beliau mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam subjek statistik. Sempat juga aku dan beberapa rakan lain berbincang dengannya semasa kelas terakhir, agak lama juga dalam setengah jam. Kami bincangkan tentang bagaimana untuk membuat 3 atau 4 moving average. Alhamdulillah, semasa periksa aku dapat jawab soalan bab ini dengan yakin sekali. 🙂